Sabtu lepas hujan mula turun membasahi bumi Allah dengan penuh RahmatNya.Alhamdulillah udara makin bersih dan segar mata memandang.Tiba-tiba angin kuat menyebabkan pintu bilik tertutup rapat.Rupa-rupanya terkunci terus dari dalam,mungkin sebelum ni tombolnya tertekan agaknya.Anak mula jerit ' ibu bilik terkunci' .Panik juga, sebab kipas berputar didalam, tingkap terbuka, bimbang terkena tempias.

Ana ni jenis yang tak suka terburu-buru, bertenang dulu biarkan seketika.Lepas siap masak,kemas dan duduk seketika  sambil berIstighfar banyak-banyak.Dah 'rileks' baru dapat idea.Mula-mula telefon suami, katanya kunci bilik tu memang rosak,tunggu je dia balik nanti pecahkan tombolnya.

Tak pe masih bertenang,tanya adik-adik di 'group wassup' macam-macam idea dapat tapi semua memerlukan kekuatan fizikal.Masih bertenang,dan terfikir nak Google pula...dan akhirnya jumpa cara yang agak boleh nak dilakukankan oleh seorang ibu.Ana jumpa di Youtube.Buka dengan kad kredit.





Ana cari didalam dompet dan jumpa sekeping kad keahlian yang dah luput tarikh.Naik ke atas dan cuba ikut seperti yang diajar di 'Youtube'.Cubaan pertama gagal,kedua juga gagal kad semakin bengkok.Pusingkan kad dan cuba kali ke tiga dan dengan Izin Allah swt sekelip mata berjaya terbuka pintu.Alhamdulillah dengan IzinNya berjaya membuka pintu bilik yang terkunci dari dalam dengan sekeping kad.

Ana kongsikan disini supaya manalah tahu situasi begini terjadi kepada kita khasnya ibu-ibu yang kurang kekuatan fizikalnya dan berhadapan masalah sebegini bolehlah cuba kaedah ini. Caranya bolehlah 'search di Youtube'.Yang baik semua datangnya dari Allah swt dan yang silap itu adalah kerana ana sebagai hambaNya yang kerdil ini.



~berkongsi pengalaman disini~






34 Comments

  1. Assalamualaikum kak ana... sheila pun selalu simpan kad tebal2 yang dah expired. memang untuk emergency case kalau pintu terlock daripada dalam. hiewhiew. singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  2. anis slalu buat mcm nie..gune kad lame2 tu..memg simpan n bawak g mne2 pon sebab hostel mse blaja dulu slalu terkunci tbe2..heheh.. mule2 dulu panik jugak..lme2 dh rileks je bukak pintu pkai kad..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Anizz pun ada pengalaman juga yer... baguskan spare manalah tahu kut2 terjadi lagi..

      Delete
  3. Terima kasih Ana atas perkongsian.. Dulu, pernah juga saya buat macam ni, guna kad.. Tapi skrg selalu berhati2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Shameel, kadang2 dlm hati2 tu terjadi juga sekarang ni ana sendal dengan stopper dan repair dah tombolnya..

      Delete
  4. paniknya situasi akak, kalau mama sure gelabah punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama..kadang2 boleh control akak control kdg2 gelabah juga..hehe

      Delete
  5. haha supermom... pun boleh dear..

    ReplyDelete
  6. dalam apa2 hal pon, yang penting, jgn panik dan jangan terburu2. pasti ketemu jalan penyelesaian.

    done follow sini. #589. :)

    ReplyDelete
  7. Saya pun pernah terkena macam ni.. Memang kad lah penyelamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga yang gunakan kad rupanya, kak ana je yang baru tahu agaknya Anisah..

      Delete
  8. eh sama mcm ina kak... hehehe terkunci dari dalam. pas tu guna kad sim yang keras tu kan... smpai bengkok2 dah.. last2 terbukak.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkunci ni memang menakutkan lebih2 lagi kalau kita keseorangan kan...

      Delete
  9. salam kak ana syg. sy mg selalu guna kad ni kalau kunci tertinggal hehehe....mg penyelamat sgt ni kekke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada kad spare satu dalam dompet kita kan liza sbg langkah berjaga-jaga..hehe

      Delete
  10. saya pernah kena skali macam ni di hostel dulu. cuak sgt2 sebab kawan ada kat dalam bilik tu. menangis sorg2 dia kt dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kawan farhana tu, fobia dia kan..syukurlah semua dapat diselesaikan segera..

      Delete
  11. ya yg bab guna kad tu epic..ada pintu yg boleh buat..eh sis sama la kita ada group famliy whatssup..snang nak tanya..mesti bayak idea dpt..pling penting btenang and coll :P

    mnbung inti :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan bila chat dalam family group ni,selalu berbual kenangan silam zaman kecil2 dulu... epic tu Sobri..dahsyat ayatnya..hehe

      Delete
    2. ha..ha.. sbab mesti ramai pandai guna kad,,,tu...dulu anak akak saya terkunci saya ppkai kad le..nak buka.. nasib baik pintu tombal tu..ha..ha...
      mnabung sini :P

      Delete
  12. Assalamualaikum Kak Ana.. ;)
    Terima kasih singgah di blog vic..
    Ramai nya kat sini... hihi
    i follow~~

    ReplyDelete
  13. Salam singgah sini n follow...

    Sy dh biase buat mcm nih mse study dlu kalo terluoa nk bwk knci bilik...senior yg ajar...skang kt opis kalo lupe bwk knci buat mcm nih gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Mimi Azirah, kak ana lihat ramai golongan pelajar yg menghadapi situasi sebegini,mungkin kerana nak cepat agaknya..hehe.. :)

      Delete
  14. Replies
    1. Fuza kalau dah terdesak superman pun boleh jadi kan hehe

      Delete
  15. betul.. guna kad untuk tombol pintu jenis bulat tu... masa dok kolej dulu pon guna cara ni kalau lupa bawk kunci, roomate tak balik lagi... sebab tu kalau guna tombol jenis ni... pastikan kena ada selak yang kuat dari dalam ..kalau tak orang boleh masuk... dan kalau depan rumah..kena ada grill atau selak lain pulak... cukup mudah nak buka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar mudah dibuka kalau orang yg tahu cara sebegini..tq atas peringatan Wafa Cw..

      Delete
  16. Kad tu kena letak kat mana? Celah pintu atau lubang kunci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. celah pintu antara pintu dengan tiangnya tu hawa :)

      Delete
  17. Takdapt la😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..kena cuba banyak kali gak ritu veeQa, baru terbuka.. :)

      Delete