sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 23 Mac 2014

Keindahan Taman-taman Jepun


Dibawah label 'yang indah-indah ' ana banyak menulis tentang keindahan alam ciptaanNya yang sangat cantik dan Maha Sempurna.Sebelum ini ana ada kongsikan sebuah entri tentang keindahan Taman-taman Inggeris di SINI . Ia merupakan antara entri-entri terawal ana berjinak-jinak dalam dunia blog.Bila di baca kembali banyak kekurangan yang ada , namun begitulah lumrahnya ibarat kata-kata 'saya budak baru belajar'.

Kali ini ana nak kongsikan pula satu lagi keindahan seni taman-taman Jepun yang sangat unik dan mempunyai ciri-ciri dan elemennya yang tersendiri.Taman-taman Jepun pasti akan mempunyai beberapa elemen penting seperti air,batu-batuan yang pelbagai saiz dan warna,jambatan kayu atau batu,pohon-pohon yang redup dan teduh dan hidupan air pastinya ikan koi.Ditambah pula dengan hiasan taman seperti ukiran batu,lampu-lampu taman yang bercirikan pagoda serta lumut-lumut halus atau rumput-rumput kecil yang menjadikan satu kemestian didalam seni lanskap taman-taman Jepun.

Di Malaysia kalau tidak salah ana, terdapat dua taman yang di ambil dari inspirasi seni taman Jepun yang pernah ana kunjungi iaitu satu di Ipoh, Perak dan satu lagi yang sangat terkenal iaitu Taman Jepun di Bukit Tinggi, Pahang.Di sini ana kongsikan keindahan seni taman Jepun yang ana perolehi dari Google Image, sekadar memberi inspirasi seni hias lanskap kediaman atau sekadar mencuci mata melihat satu lagi keindahan alam Ciptaan Yang Maha Esa di gubah dalam lanskap taman-taman Jepun.















kredit foto-foto: Google Image


~berkongsi keindahan disini~

4 ulasan:

  1. Memang nyaman permandangannya

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak ana.. Subhanallah. cantiknya. lama tak beriadah di taman..

    BalasPadam
  3. memang sejuk mata memandang sis... seni bina.. pnuh dgn budaya.. kat jepun klau nak bina kolam bkan sbarangan ada juga konsepnya ..he..he..

    BalasPadam
  4. cantiknye..kalau ada masalah, datang sini rasanye terus hilang masalah..tenang je :)

    BalasPadam