sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 2 Mac 2014

Kerabu Bunga Betik

Kerabu bunga betik

Kerabu Bunga Betik

Minggu lepas semasa di kampung, mak ana ada menyediakan kerabu bunga betik. Kalau ikutkan hati memang tak larat nak makan sebab rasanya pahit-pahit sedikit tetapi mengenangkan dah mak penat buat,ana rasalah juga tak sampai hati kat mak.Dah makan sikit macam sedap jugalah,ada kelazatannya.Mungkin air tangan mak yang sediakan itu membuat yang pahit jadi sedap agaknya.Sempatlah ana belajar dengan mak cara nak buat kerabu bunga betik ni.

Caranya: Bunga betik yang dipetik perlu direbus dengan asam keping terlebih dahulu untuk menggurangkan rasa pahitnya.Kemudian bilas dengan air bersih.Sediakan kerisik,udang kering yang di goreng terlebih dahulu,cili merah dan bawang besar yang dihiris dan gaulkan kesemua bahan.Akhirnya rasakan secubit garam dan gula disamping perahkan air asam limau kasturi.Siap.

Khasiat bunga betik


Bunga betik (Google Image)
Inilah rupa bunga betik bagi yang tak pernah lihat.Menurut mak, bunga betik ni berkhasiat untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.Anapun telah Google tentang khasiatnya dan ramai juga yang menyatakan sedemikian.Mungkin kerana rasa pahitnya yang boleh mengurangkan tekanan darah tinggi ini.Dan baru-baru ini juga ada terbaca di kongsikan di Facebook tentang khasiat rebusan air daun betik boleh menyembuhkan demam denggi.Tak salah mencuba asalkan tidak memudaratkan kita.


~berkongsi resepi disini~

19 ulasan:

  1. Info baru tahu ni.. dan tak sangka bunga betik org makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amir: makan camtu je idak lah pahit..dibuat kerabu utk kurangkan kepahitannya..

      Padam
  2. info baru juga utk saya sbb baru tahu bunga betik dpt kurangkan tekanan darah tinggi. Terima kasih banyak2 atas perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waallahualam Shameel ini sekadar petua orang2 tua dan kak ana dapat dari blog2 lain..

      Padam
  3. Balasan
    1. patutlah Fuza forever young pernah makan ulam-ulaman pahit ni rupanya..hehe

      Padam
  4. betik putih sedap cicah ngn gula+ kicap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betik putih tu yang belum masak penuh kan Tiqi??

      Padam
    2. sbnrnya nk ckp betik putik..haha...

      Padam
    3. haha... ok kak ana faham..erm sedap juga kan cicah2 ni..hehe

      Padam
  5. sbnrnya sy xsuka sgt mkn kerabu..tp kalu nasi kerabu ok la..

    BalasPadam
  6. first time dengan kerabu bunga betik biasa dengar kerabu mangga je :)

    BalasPadam
  7. kalo tak makan lagi dilarang baca entri ne..boleh mengalir air liur..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai harap2 nick dah makan..kesian dia..

      Padam
  8. salam kak ana :) baru rahu khasiat bunga betik. dan yg penting skg ni byk kes demam denggi kan.. bagus betul buat sebagai ubat ni. kdg kena juga ubat cara tradisional kan.. kalau sepanjang umur asyik ubat hospital je ditelan, x lama rosak badan. Thank for sharing kak ana :) syg kak ana miss u moah moah

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam sayangku: jaga kesihatan juga kay walau busy macam mana sekalipun..rindu adik2 kak ana Lilynn dan Liza..all the best dengan online business adik2ku..

      Padam
  9. sedapnya ana...mak akak selalu makan bunga betik dan pucuk betik buat kerabu macam ni. Dulu akak kurang minat sebab rasanya yang pahit tapi bila makin dewasa ni, akak makin suka makan pucuk betik ni. Jadi pembuka selera bila makan dengan nasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..anapun dulu2 memang tak makan pahit2 ni tapi bila dah meningkat usia ni yang sebeginilah membuka selera..hehe

      Padam