Memang tak pernahpun datang lepak di sini,entah macam mana beberapa minggu lepas tersesat ke Dataran Merdeka kebetulan lalu di kawasan ini.Singgah sekejap dengan adik dan keluarganya.Selalu asyik lalu lalang sahaja di sekitar kawasan ini.

Bangunan Sultan Abdul Samad,Kuala Lumpur

Info Dataran Merdeka

Serba sedikit info tentang Dataran Merdeka yang sempat ana Google ialah terletak dihadapan Bangunan Sultan Abdul Samad ,Jalan Tun Perak,Kuala Lumpur.Disinilah bendera 'Union Jack' kerajaan British diturunkan pada jam 12 tengahmalam 31hb Ogos 1957 sempena kemerdekaan Tanah Melayu.

Padang rumput di Dataran Merdeka ini memang padang asalnya untuk Kelab Polo Selangor dan pada 1hb Januari 1990 dinamakan semula sebagai Dataran Merdeka untuk mengingati detik-detik bersejarah tersebut.Di tengah pentas utama Dataran Merdeka ini terdapat sebatang tiang bendera besar dan tinggi yang mengibarkan bendera Jalur Gemilang dengan megahnya.

Disini sering diadakan acara-acara rasmi negara seperti Ambang Merdeka,perasmian pelancaran acara-acara khas dan konsert serta pertunjukan kebudayaan.Di tingkat bawahnya pula terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dan cenderahati.

air pancuran di Dataran Merdeka
Pada malam yang ana singgah disini,terdapat pelbagai aktiviti disekitarnya seperti persembahan 'live band',jualan barang-barang permainan,anak-anak yang bermain bola di kawasan lapang berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan yang agak menarik perhatian ialah kehadiran 'orang tinggi' atau badut jalanan.Bagi yang ingin bergambar dengannya kadar bayaran serendah RM1 sahaja dan ber'posing'lah dengannya seberapa banyak yang dikehendaki.Anak ana dan adik ipar sempat bergambar dengannya.Kami beri dia lebih kira sedekahlah padanya kerana sekurang-kurangnya dia tidak melakukan kesalahan untuk menambah rezekinya.

Bergambar dengan 'orang tinggi' di Dataran Merdeka


~berkongsi info disini~

14 Comments

  1. Assalamualaikum kak ana. wahhh tempat bercinta sheila dengan suami ni. hiewhiew... lama tak jejak Dataran... dah ada orang tinggi? woahhh. tak sabar nak lepak situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik, erm kat sini dia dating rupanya..hehe..nanti cari orang tinggi ye..

      Delete
  2. Assalamualaikum Ana.
    Dataran merdeka dan bangunan sultan Abdul Samad amat tinggi nilai sejarahnya. Lama dah saya tak singgah dataran merdeka. Dulu selalu singgah sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam shameel, memang benar,lakaran sejarah dan pelbagai wadah yg pernah menjadi saksinya di sini..

      Delete
  3. assalam,

    wah! lepak-lepak dataran merdeka...malam-malam jaga-jaga..hehe..

    ReplyDelete
  4. Baiknya awak kan, aku nak jadi 'orang tinggi' lah kat sana hehe...:) follow awk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Elih J.. nanti cuba jadi 'orang tinggi' ye..

      Delete
  5. lamanya tak ke Dataran Merdeka..

    ReplyDelete
  6. Rindu lak rasa nak lepak dataran lagi..

    ReplyDelete
  7. baru sekali g dataran merdeka..nk buat cmne,kita ore kelate..hehe

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak ke sini. P KL pun naik lrt..hardly lalu sini

    ReplyDelete
  9. Salam k.ana..cmne leh jumpa org tinggi tuh??huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang berkeliaran kat situ Sha..orang datang ambil gambar dengannya dia dapat RM1..hehe..penat gak nak berdiri atas tu sepanjang malam kan..hehe

      Delete