Pulut kuning pengantin


Pulut kuning pengantin

Selain daripada kek , pulut kuning juga sering digunakan sebagai acara untuk sesuatu majlis perkahwinan.Lebih-lebih lagi majlis yang bertemakan tradisional atau inginkan kelainan dari biasa.Foto di atas ana terima daripada sepupu yang menyediakan gubahan pulut kuning bertingkat untuk majlis persandingan adik iparnya di Sarawak bulan November lalu.

Menurut Effa , dia menyediakan pulut kuning di sertai telur rebus dan serunding untuk melengkapkan hidangan.Memenuhi permintaan mertuanya, Effa yang pertama kali menghasilkan gubahan pulut kuning nampaknya berjaya mempamerkan kreativitinya.Itulah tak cuba tak tahu kan ...

Pulut kuning tiga tingkat untuk pengantin

Di arena ini juga kak ana ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Majidah dan pasangannya Mohd Saidi.Maaf sangat-sangat kerana kak ana sekeluarga tidak dapat hadir pada majlis yang indah hari itu.Semoga berbahagia hingga ke syurga hendaknya.Amin.


Majlis makan beradap


Pengantin bersama Effa dan keluarga

kredit foto dari FB effa.


~berkongsi idea dan kasih sayang~

8 Comments

  1. Assalamualaikum kak ana, wahh baru 2 hari lepas dapat makan pulut kuning kat rumah kawan tunang. ehhee bestnya, singgah menabung ford sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq my sayang sheila salim..waalaikumsalam..sedapkan makan pulut kuning ni..hehe..makan selagi boleh makan ni,esok2 dah berpantang hehe...mcm2 tak leh makan sheila..

      Delete
  2. sedapnyee.. anis memg suke giler mkn pulut kuning.. mkn dgn rendang atau sambal petai memg mantop kak ana..hahah.. :) selamat pengantin baru utk effa.. moge bahagia hgga ke syurga..aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dgn kak ana pun pulut kuning ni mmg feveret lah anizz..sayang, yang kawin ni adik ipar effa hehe..oklah tu doa juga buat effa tu ...hehe

      Delete
  3. pulut kuning nampak lagi menarik..dengan hiasan semuanya kan..memang sedap kalau makan dengan rendang..aduhaii..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mommy, kak ana pun peminat pulut kuning dengan rendang :)

      Delete
  4. special tu ..suka yang makan beradab..best ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan etuza, menarik bila makan beradap ni :)

      Delete