sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 14 Mac 2014

Sarapan Pagi di Malaysia

Menu sarapan pagi di Malaysia

Idea untuk entri ini ana perolehi dari perkongsian 'group whatsapp' kami sepupu-sepupu terdiri dari kalangan ibu-ibu.Hari-hari kami bertukar resepi masakan dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam.Macam-macam idea yang kami kongsikan disamping menjalinkan silaturahim antara adik beradik.

Ok berbalik pada tajuk entri, sarapan pagi amat penting dalam memulakan aktiviti harian kita tak kiralah sama ada di rumah ataupun di tempat kerja.Malah untuk anak-anak ke sekolah juga perlu mengambil sarapan pagi supaya segar ketika sessi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Dibawah ini akan ana kongsikan beberapa menu sarapan pagi yang agak popular di tanahair kita Malaysia,khasnya orang-orang Melayu.

Roti bakar 


Roti bakar dan telur separuh masak

Mengancam tak??Kalau dah jemu makan makanan yang agak berat semasa sarapan,bolehlah cuba tukar selera dengan roti bakar di makan dengan telur separuh masak.Taburkan sedikit serbuk lada dan garam atau kicap.


Nasi kerabu

 

Nasi Kerabu

Nasi kerabu merupakan menu yang berasal dari negeri pantai timur.Nasi berwarna biru yang dimakan bersama ulaman seperti taugeh,daun selum,timun dan sebagainya.Dihidangkan pula dengan sambal serta kerisik serta sampingan lain seperti keropok,solok lada,daging bakar atau telur masin.

Nasi lemak


Nasi Lemak

Nasi lemak memang tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat Malaysia.Antara yang menyedapkan sesuatu hidangan nasi lemak adalah keenakkan sambalnya.Ada yang menggemari sambal ikan bilis,sambal sotong,sambal kerang dan macam-macam lagi.

Roti canai


Roti canai banjir

Satu lagi menu kegemaran semua kaum di Malaysia ialah roti canai.Ana paling suka makan roti canai banjir.Lain-lain kategori roti canai ialah roti telur,roti sardin,roti boom dan sebagainya.

Kuewtiow goreng


kuewteow goreng

Selain dari kuewtiow, ramai juga yang menyukai mee atau mihun goreng sebagai sarapan pagi.

Terpulanglah pada individu untuk memilih sarapan pagi yang di gemari.Ada juga yang hanya makan kuih-muih atau roti sahaja untuk mengalas perut.Kadang kala makan yang terlalu berat dan kenyang boleh menyebabkan timbul rasa malas dan mengantuk.Apa sekali pun pastikan kita mengawal makan dengan sempurna supaya tidak mengganggu kesihatan dan prestasi kerja.Sekiranya makan sarapan di luar, pastikan restoran atau gerai yang bersih supaya terhindar dari segala keburukan.



~sekadar berkongsi menu sarapan pagi disini~


40 ulasan:

  1. salam singgah. saya paling suka sarapan. sebab tidur semalaman perut kosong kan. bangun pagi terus minum energy booster pilihan saya, terus takda rasa lapar sangat dah nak melantak makanan yang tinggi kalori bagai tu. hehheheheheehe ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Umi Nazrah sudi singgah ke sini,wah diet sihat ni minum energy booster.

      Padam
  2. wahh.. semua sarapan yg sedap2..hihi.. nt nk tukar roti bakar plak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok anizz annisa, pasni makan roti bakar telur separuh masak tu kay..

      Padam
  3. Wah..sedapnya sarapan sis..boleh bg idea ni..W

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm kita kongsi2 idea Dee..haha

      Padam
  4. wah leleh air liur ni tgk. liz kene mnuntut ilmu ni dr ibu ibu smua ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha ok dear Liyliz, cepat menuntut ilmu dengan ibu2 ..

      Padam
  5. Balasan
    1. apa yang sedap sangat tu mama..hehe

      Padam
  6. assalamualaikum sis :)

    owh nak cubalah torti bakar fesyen pecah telur atas hahaha....nasi kerabu???pernah try makan di pagi hari tapi tak boleh huuh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok aleasara cuba nanti kay, mungkin tak kena dgn selera alea nasi kerabu tu agaknya...:)

      Padam
  7. Assalamualaikum kak ana, semuanya fav sheila. hehehe terliur *gulp*
    sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam sheilaku sayang, rajin isi tabung ye,semangat skrg kak ana tgk..tq dear..

      Padam
  8. yang paling atas tu my fav tu..roti dangdut dipanggi...sgt marveles

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ija Rased, kak ana tahu kenapa panggil roti dangdut,sebab telur tu goyang gerudi kan hehe..

      Padam
  9. Roti goyang tu..haih..meliuq air liuq tengok..hehee..pernah rasa roti goyang sedap kat Ipoh..tapi tak sure ape nama tempat dia..dekat dengan masjid kat Bnadar Ipoh tu..memang terbaik..hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mommy, selalunya kat kedai mamak ada jual kan, kak ana homemade je..hehe

      Padam
  10. kadg2 duk pikir menu ari2 penin jugak kak..huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. last2 ulang balik benda yang sama, cuma kak ana nasi lemak memang jarang sgt ambik Sha...

      Padam
  11. nasi kerabu tu utk sarapan ek. akak makan memalam dik. sebab beli kat pasar malam. hiksss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pun boleh wantie, tapi kat sini depa jual pagi je,pasar malam jarang ada jualnya.. ;0

      Padam
    2. ehehe..kalau duk kg terengganu....pg malam senang...duk tempt org sesetgh tempt je ade.....:(

      Padam
    3. Selalunya disinipun pagi je jumpa Sha...malam kadang2 ada jugalah tapi jarang sngt...

      Padam
  12. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok Muhammad Taufiq nanti kak ana dtang ye..tq singgah sini..

      Padam
  13. sedapnya roti bakar dengan telur separuh masak tu. rasa nak ambik jer roti bakar kat atas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..ce cuba ambik ... bakar roti buh je telur separuh masak..jadilah ia..

      Padam
  14. Emm menu biasa ... jom ke johor, ada menu pagi namanya lontong

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu chegu, tapi kat sini kami makan lontong time raya je..hehe

      Padam
  15. waaaa semua tu makanan feveret saya hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye MissNick, semua feveret ye..satu hari satu menu ok??hehe

      Padam
  16. dalam byk2 tu,akak nak nasi kerabu hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok siap..jap lagi ana anta ye kak Kamsiah..hehe

      Padam
  17. semua menu sedap2 ni.... nak follow sini tp x leh lah, nnti KA cuba lagi yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah KA..nanti kita cuba semula bila dah ok..

      Padam
  18. Bestnye roti bakar tu! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Vic: sedap nya kat telur goyang tu kan hehe

      Padam
  19. Roti bakar tu yang buat terliur tu 😊
    Salam perkenalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan buat kak long juga,terima kasih singgah disini

      Padam