Menu sarapan pagi di Malaysia

Idea untuk entri ini ana perolehi dari perkongsian 'group whatsapp' kami sepupu-sepupu terdiri dari kalangan ibu-ibu.Hari-hari kami bertukar resepi masakan dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam.Macam-macam idea yang kami kongsikan disamping menjalinkan silaturahim antara adik beradik.

Ok berbalik pada tajuk entri, sarapan pagi amat penting dalam memulakan aktiviti harian kita tak kiralah sama ada di rumah ataupun di tempat kerja.Malah untuk anak-anak ke sekolah juga perlu mengambil sarapan pagi supaya segar ketika sessi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Dibawah ini akan ana kongsikan beberapa menu sarapan pagi yang agak popular di tanahair kita Malaysia,khasnya orang-orang Melayu.

Roti bakar 


Roti bakar dan telur separuh masak

Mengancam tak??Kalau dah jemu makan makanan yang agak berat semasa sarapan,bolehlah cuba tukar selera dengan roti bakar di makan dengan telur separuh masak.Taburkan sedikit serbuk lada dan garam atau kicap.


Nasi kerabu

 

Nasi Kerabu

Nasi kerabu merupakan menu yang berasal dari negeri pantai timur.Nasi berwarna biru yang dimakan bersama ulaman seperti taugeh,daun selum,timun dan sebagainya.Dihidangkan pula dengan sambal serta kerisik serta sampingan lain seperti keropok,solok lada,daging bakar atau telur masin.

Nasi lemak


Nasi Lemak

Nasi lemak memang tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat Malaysia.Antara yang menyedapkan sesuatu hidangan nasi lemak adalah keenakkan sambalnya.Ada yang menggemari sambal ikan bilis,sambal sotong,sambal kerang dan macam-macam lagi.

Roti canai


Roti canai banjir

Satu lagi menu kegemaran semua kaum di Malaysia ialah roti canai.Ana paling suka makan roti canai banjir.Lain-lain kategori roti canai ialah roti telur,roti sardin,roti boom dan sebagainya.

Kuewtiow goreng


kuewteow goreng

Selain dari kuewtiow, ramai juga yang menyukai mee atau mihun goreng sebagai sarapan pagi.

Terpulanglah pada individu untuk memilih sarapan pagi yang di gemari.Ada juga yang hanya makan kuih-muih atau roti sahaja untuk mengalas perut.Kadang kala makan yang terlalu berat dan kenyang boleh menyebabkan timbul rasa malas dan mengantuk.Apa sekali pun pastikan kita mengawal makan dengan sempurna supaya tidak mengganggu kesihatan dan prestasi kerja.Sekiranya makan sarapan di luar, pastikan restoran atau gerai yang bersih supaya terhindar dari segala keburukan.



~sekadar berkongsi menu sarapan pagi disini~


40 Comments

  1. salam singgah. saya paling suka sarapan. sebab tidur semalaman perut kosong kan. bangun pagi terus minum energy booster pilihan saya, terus takda rasa lapar sangat dah nak melantak makanan yang tinggi kalori bagai tu. hehheheheheehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Umi Nazrah sudi singgah ke sini,wah diet sihat ni minum energy booster.

      Delete
  2. wahh.. semua sarapan yg sedap2..hihi.. nt nk tukar roti bakar plak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok anizz annisa, pasni makan roti bakar telur separuh masak tu kay..

      Delete
  3. Wah..sedapnya sarapan sis..boleh bg idea ni..W

    ReplyDelete
  4. wah leleh air liur ni tgk. liz kene mnuntut ilmu ni dr ibu ibu smua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ok dear Liyliz, cepat menuntut ilmu dengan ibu2 ..

      Delete
  5. assalamualaikum sis :)

    owh nak cubalah torti bakar fesyen pecah telur atas hahaha....nasi kerabu???pernah try makan di pagi hari tapi tak boleh huuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok aleasara cuba nanti kay, mungkin tak kena dgn selera alea nasi kerabu tu agaknya...:)

      Delete
  6. Assalamualaikum kak ana, semuanya fav sheila. hehehe terliur *gulp*
    sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sheilaku sayang, rajin isi tabung ye,semangat skrg kak ana tgk..tq dear..

      Delete
  7. yang paling atas tu my fav tu..roti dangdut dipanggi...sgt marveles

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ija Rased, kak ana tahu kenapa panggil roti dangdut,sebab telur tu goyang gerudi kan hehe..

      Delete
  8. Roti goyang tu..haih..meliuq air liuq tengok..hehee..pernah rasa roti goyang sedap kat Ipoh..tapi tak sure ape nama tempat dia..dekat dengan masjid kat Bnadar Ipoh tu..memang terbaik..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy, selalunya kat kedai mamak ada jual kan, kak ana homemade je..hehe

      Delete
  9. kadg2 duk pikir menu ari2 penin jugak kak..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. last2 ulang balik benda yang sama, cuma kak ana nasi lemak memang jarang sgt ambik Sha...

      Delete
  10. nasi kerabu tu utk sarapan ek. akak makan memalam dik. sebab beli kat pasar malam. hiksss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pun boleh wantie, tapi kat sini depa jual pagi je,pasar malam jarang ada jualnya.. ;0

      Delete
    2. ehehe..kalau duk kg terengganu....pg malam senang...duk tempt org sesetgh tempt je ade.....:(

      Delete
    3. Selalunya disinipun pagi je jumpa Sha...malam kadang2 ada jugalah tapi jarang sngt...

      Delete
  11. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok Muhammad Taufiq nanti kak ana dtang ye..tq singgah sini..

      Delete
  12. sedapnya roti bakar dengan telur separuh masak tu. rasa nak ambik jer roti bakar kat atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..ce cuba ambik ... bakar roti buh je telur separuh masak..jadilah ia..

      Delete
  13. Emm menu biasa ... jom ke johor, ada menu pagi namanya lontong

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu chegu, tapi kat sini kami makan lontong time raya je..hehe

      Delete
  14. waaaa semua tu makanan feveret saya hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye MissNick, semua feveret ye..satu hari satu menu ok??hehe

      Delete
  15. dalam byk2 tu,akak nak nasi kerabu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok siap..jap lagi ana anta ye kak Kamsiah..hehe

      Delete
  16. semua menu sedap2 ni.... nak follow sini tp x leh lah, nnti KA cuba lagi yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah KA..nanti kita cuba semula bila dah ok..

      Delete
  17. Bestnye roti bakar tu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vic: sedap nya kat telur goyang tu kan hehe

      Delete
  18. Roti bakar tu yang buat terliur tu 😊
    Salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan buat kak long juga,terima kasih singgah disini

      Delete