sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 14 April 2014

Bukit Larut @ Maxwell Hill - Taiping

 

Bukit Larut,Taiping

 

Bukit Larut,Taiping

Bermalam di Simpang,Taiping rumah adik Anom memberi kesempatan kepada ana dan famili untuk naik ke Bukit Larut pagi Ahad yang lalu.Ini kerana sebelum ini kami pernah cuba untuk mendapatkan tiket menaiki Land Rover ke puncak sering kali habis kerana jumlah tiket yang di jual adalah terhad dan selalunya jika hujung minggu jika kita sampai di kaunter jam 8.00 pagi semua tiket telah habis dijual.Menurut kerani kaunter,pelawat telah mula beratur membeli tiket seawal 6.30 pagi.Lepas solat Subuh pagi itu, tiga orang sepupu ana telah pergi dahulu untuk membeli tiket dan kami 'booking' untuk naik pada jam 10.00 pagi.

Tiket ke Bukit Larut,Taiping

 

Harga tiket dan waktu naik ke Bukit Larut,Taiping

Menurut kerani kaunter, hanya 100 tiket yang dijual pada setiap hari dan hujung minggu dan mengikut jadual naik kenderaan Land Rover sahaja.Harga tiket untuk dewasa ialah RM6 seorang dan di atas ana kongsikan jadual naik turun Land Rover.Untuk mereka yang menyewa banglo di puncak bukit,harganya pula berbeza dan dibolehkan untuk membuat tempahan awal.


Sejarah Bukit Larut

Daerah-daerah di Negeri Perak di pamerkan di kaki Bukit Larut,Taiping

Perjalanan ke puncak Bukit Larut,Taiping

 

Land Rover membawa ke puncak Bukit Larut,Taiping

Kami menaiki kenderaan Land Rover untuk mendaki ke puncak Bukit Larut.Ana memang tabik 'spring' pada pemandunya yang memandu dengan cekap melewati setiap selekoh curam dan tajam hingga ke puncak bukit.Sepanjang perjalanan dalam masa lebih kurang setengah jam, terdapat lebih kurang 80 selekoh tajam dan curam dengan laluan satu lorong yang sempit dan sangat menakutkan.Ada ketikanya kami bertembung dengan kenderaan Land Rover yang menuruni bukit namun pemandu-pemandunya amat cekap untuk mengendali kenderaan pacuan empat roda ini.


Selekoh curam dan tajam laluan ke puncak Bukit Larut

Sepanjang perjalanan naik memang sangat menakutkan lebih teruk dari pendakian ke Bukit Fraser sebelum ini yang pernah ana ceritakan di Sini.Walaupun cuma setengah jam tempoh  pendakian, ianya satu pengalaman yang agak ekstrem bagi ana dan famili.Syukur Alhamdulillah kami sampai ke puncak dan turun dengan selamat.

Puncak Bukit Fraser

 

Keindahan alam di puncak Bukit Larut

Apabila kita sampai di puncak Bukit Larut, kenderaan Land Rover akan menurunkan kita di satu 'pit stop'.Disini kita akan berkumpul semula apabila hendak turun nanti.Sesuatu yang ingin ana kongsikan disini ialah keindahan alam semula jadi di puncak Bukit Larut yang sangat indah.Dari puncak kita akan dapat melihat sebahagian bandar Taiping jika cuaca mengizinkan.Seperti sedia maklum , Taiping merupakan tempat paling kerap hujan dan dengan kebesaranNya perubahan cuaca disini boleh berlaku secara tiba-tiba.

Sedang kami berehat menikmati keindahan ciptaanNya dengan tiba-tiba kabus tebal menyelubungi udara disini.Keadaan sekeliling menjadi kelam dan dingin.Tak banyak tempat yang dapat di kunjungi di puncak Bukit Larut melainkan beberapa buah banglo lama yang di jadikan untuk sewaan pengunjung.Ladang bunga tulip yang suatu ketika dahulu sangat popular disini juga telah ditutup.Agak mengecewakan jugalah kerana di puncak bukit kita tiada banyak aktiviti yang dapat dilakukan.


Puncak Bukit Larut,Taiping

Cendana Hut sebuah cafe yang kami singgah untuk menghilangkan dahaga


Dari puncak boleh melihat bandar Taiping dan laut


Cuaca yang tiba-tiba berubah dengan kehadiran kabus tebal

Kehijauan yang indah

Dingin dalam selimut kabus tebal

Pendakian sepanjang berada di puncak Bukit Larut

Walaupun kita telah sampai ke 'pit stop' dengan Land Rover namun kita perlu meneruskan pendakian untuk berjalan disekitar kawasan puncak bukit untuk ke satu-satu destinasi.Anggaran dalam 2 km juga dari 'pit stop' .Ana rasa ianya tidak sesuai jika kita membawa anak-anak kecil atau warga emas kerana ia sangat memenatkan bagi orang yang kurang ekstrem macam ana.


Sebuah menara tinjau terdapat di Bukit Larut


Juga terdapat jambatan gantung di Bukit Larut

Flora di Bukit Larut

Sebelum ini, Bukit Larut ada menanam bunga-bunga tulip di puncak namun menurut pemandu jip ianya telah dihentikan.Sepanjang berada di puncak Bukit Larut tidak terdapat banyak kuntuman flora disini.Mungkin kerana cuaca yang agak lembab dan sering hujan.Kebanyakan pokok-pokok besar disini diselaputi lumut-lumut halus.


kuntuman flora di Bukit Larut



Foto famili ana yang telah sampai ke puncak Bukit Larut,Taiping

Ini sahaja yang dapat ana kongsikan pengalaman ke puncak Bukit Larut,Taiping.Pengalaman menaiki Land Rover ke puncak yang sangat ekstrem dan boleh muntah atau pening bagi yang tidak biasa.Pendakian lagi di puncak yang memang memenatkan namun keseronokan bersama adik-adik dan anak-anak buah sambil menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa menghilangkan segala rasa keletihan.


~berkongsi pengalaman disini~


39 ulasan:

  1. Sebaklah baca entry Ana ni...rindunya kat bandar Taiping...taman tasik dan Maxwell Hill. Dulu linda sekolah kt mrsm betul2 bawah kaki bukit Larut ni. Penah dulu takde air kat sekolah, kitaorg tadah air bukit yg mengalir tepi asrama...sejukkk dan jernih. Rindu betul kat bandar Taiping...bukit Larut ni dekat betul di hati linda :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah Linda, begitu kisahnya..yelah MRSM betul2 kat bawah bukit larut ni berdekatan taman tasik, anapun selalu ke sini maklumlah orang Perak sinilah salah satu tempat yg menarikpun..satu hari nanti kembalilah ke sini bersama famili Linda,mengimbas kenangan silam..

      Padam
  2. Balasan
    1. perjalanan yang ekstrem dan dipuncak yang serba hijau Ija Rased.

      Padam
  3. saya walaupun duk 2 tahun kat perak, tapi bukit larut tak sampai lagi..asyik pegi cameroon je..tp zoo taiping da smpai..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. zoo taiping tu dekat dah dgn bukit larut ni...tak pe satu hari nanti dtg balik Perak makan2 angin dengan si dia..hehe

      Padam
  4. wow..mmg rilex je tgk permandagannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. pemandangan di puncak mmg cantik Fuza dekat dgn alam.. :)

      Padam
  5. Assalamualaikum kak ana, alaaaa bestnya. nak sangat naik sini. sejuk tak? hehehee tak sabar nak jejalan pusing Malaysia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam sheila sayang..sejuk cuaca di sini lembab selalu hujan...lepas bersalin nanti pusing2 1 malaysia kay..hehe

      Padam
  6. cmner ana leh tahu pasal bukit larut..mcm tak ramai org tahu kan..termasuk suki :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suki..ana memang orang Perak dan selalu dah sampai taiping tapi tak pernah naik puncak bukit larut,berkesempatan minggu lepas buat pertama kali dengan izinNya sampai jua... heehee

      Padam
  7. salam singgah. alaaaa best nya. saya belum pernah dapat sampai lagi :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq umi singgah sini..in shaa Allah suatu hari nanti ada rezeki sampailah tu...

      Padam
  8. baru tau kt mesia ni penah tanam bunga tulip..huhuhu

    BalasPadam
  9. baru tau kt mesia ada tanam tulip dedulu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah jiha frust juga ketika sampai puncak dah tiada lagi taman tulip tu..mmg bukan rezeki analah nampaknya..

      Padam
  10. Salam. Membalas kunjungan :)
    haa ni belum pernah pegi. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq nurul iman...ada kesempatan nanti bolehlah pergi makan angin ke bukit larut pula..

      Padam
  11. waaa bestnya akk, n3 nie buat dyh rindu kg huhu.. bulan 6 nanti balik kg, harap ada kesempatan masa nk g bukit larut nie...rinduuuuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. rindu kampung kan dayah... begitulah kisah dendang perantau,sejauh mana merantau rindu pada kampung halaman tetap mekar di hati.. :)

      Padam
  12. alamak akak..antara wish list tmpat saya nak pergi kat perak..bestnya baca,,, excited tgok view.. cantik..rasa melompak2 nak p..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesuai untuk sobri yang gemar travel...ok nanti dah sampai update kat blog versi 'aku vs kehidupan' pula.. :)

      Padam
  13. noe pernah sampai masa zaman sekolah jer dulu....dah lama sangat tak pergi bukit larut ni...sayangnya ldg bunga tulip dah tutup...klu tak..ada gak tempat menarik kat situ ....tapi masih cantik kat sana....teringin nak pegi

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih sama kan permandangan disini..itulah agak kecewa bila ladang tulip dah tak ada..namun satu pengalaman yang baru ketika berada di sini.. :)

      Padam
  14. menarik info ni... dapat juga sedikit gambaran kerna blom pernah sampai lagi kat sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semoga perkongsian ini memberi manfaat buat orang lain...tq singgah ke sini URY..

      Padam
    2. Belum sampai Bukit Larut lg..tak tahu bila lagi smp sini...

      Padam
    3. Belum sampai Bukit Larut lg..tak tahu bila lagi smp sini...

      Padam
    4. mimi azirah: nanti ada rezeki sampailah tu..:)

      Padam
  15. Cedihnyeee....hubby sha xpernah ajak naik sini...
    So..ajak sekarg jgk...!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..berjaya tak pujuk hubby Sha ...tapi nak bawa zaryth naik ataspun kesian kat dia..kecil sgt lagi kena dukunglah memanjang..

      Padam
    2. Tu laaa...dah ckp...hubby nk g...tapi sha ckp tggu dulu laaa....nnti zaryth besar sket leh laaa....mgkin lebih seronok nnti..... bukn stkt hubby..abg ipar,,biras nk ikut....

      Padam
  16. Nrl yang orang Perak pun x pernah sampai puncak Bukit Larut lagi... Waa, kalau ladang bunga tulip tu ada lagi, bestnya... nak juga terjah sana... ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurul,kak ana yang memang orang perak macam nurul ni pun dah berpuluh kali sampai taiping,ni le kali pertama naik,betul tu tanpa bunga tulip macam dah tak de tarikan ke sana kan..

      Padam
  17. salam kenal dari CH. teringin nak naik jugak ke bukit larut..... penah bermalam tak kat bukit larut ni? ok tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih CH, salam kenal, kami day trip sahaja ke sini, tak pernah bermalam ..:)

      Padam
  18. Kt sini memang tulip dah xde eahhh ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf syeera,lambat respon, masa kak ana pergi tu memang dah tak ada dah bunga tulip di bukit larut ni .

      Padam