Laksam


Laksam

Semalam tiba-tiba angin  rajin menghembus dan teringat nak masak laksam untuk keluarga.Maklumlah suami ana berasal dari Kelantan dan ini salah satu makanan kesukaannya.Agak remeh juga nak menyediakan laksam itu sendiri di rumah (homemade), namun Alhamdulillah siap juga hidangan untuk minum petang sekeluarga.Selalunya ana beli sahaja laksam ni tetapi kerana keinginan untuk mencuba tergerak hati untuk menyajikan laksam hasil tangan sendiri.

Kuah laksam


Kuah laksam
Bahan yang ana gunakan:

Ikan sardin (bukan sardin tin tu ye) dalam 1/2 kg ( rebus dan buang tulang kemudian blend)
bawang merah (1 labu yang besar)
bawang putih ( 2 ulas)
halia ( 1/2 inci )
lada hitam ( ikut rasa)
santan pekat ( ikut lah nak banyak mana kuahnya, ana guna dalam 1 mangkuk sederhana)
sedikit air untuk mengurangkan kepekatan
asam keping ( 2 atau 3 keping)

-tumbuk lumat bawang merah,bawang putih dan halia serta lada hitam
-campurkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan sambil mengacau perlahan-lahan.
-masukkan garam dan ubahsuaikan kepekatan kuahnya mengikut selera masing-masing.

Homemade laksam

Untuk membuat laksamnya ana gunakan 2 cawan tepung beras, 3 cawan air dan secubit garam.Gaul rata bahan hingga sebati dan bolehlah mula mengukus selapis demi selapis seperti kaedah di bawah...

kukus laksam di atas tudung periuk


Panaskan kukus,sapukan minyak masak atas tudung periuk.Tuangkan adunan laksam sehingga satu permukaan penuh tudung periuk untuk mendapatkan satu lapisan nipis.Tutup kukusan dan biarkan sehingga 2-3 minit.


lapisan laksam yang sudah masak

Untuk melihat samada laksam sudah masak ia akan mengelembung di atas permukaan tudung periuk.Keluarkan dan sejukkan seketika dan bolehlah di gulung.


laksam yang siap di gulung

Ana menggunakan dua tudung periuk supaya cepat prosesnya di mana ketika satu lapisan laksam siap masak bolehlah masukkan satu lapisan lain di atas tudung periuk satu lagi.


laksam yang siap dipotong

Kemudian bolehlah di potong kecil dan sedia untuk di hidangkan.

Ulam-ulaman laksam


ulam-ulaman laksam

Untuk ulam-ulamannya ana potong halus kacang panjang,hirisan timun,hirisan bunga kantan dan daun kesum.Manakala untuk sambalnya tumbuk halus cili api dan dicampurkan dengan cuka masakan.Kalau rajin bolehlah mencuba..


~berkongsi resepi di sini~

26 Comments

  1. sedap tu ana...kak ain tak pandai nak buat laksam selalu beli jer..
    tapi bila beli tu, tak semua kedai memenuhi citarasa...ada satu kedai ni mmg sedap bila nak makan laksam kedai tu je yg kami pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun kali pertama ana try buat sendiri,kalau tak memang beli je..tetiba di hembus angin bayu rajin ain noraini...hehe

      Delete
  2. sedapnyee kak ana.. terliur nie.. kalau la abg posmen boleh hantarkan laksam kak ana kat rumah kan best..hik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian adikku anizz: nanti lain kali akak tanya posmen di nak tak anta khas buat anizz hehe

      Delete
  3. laksam.. ni makanan kegemaran saya ni. Lama saya tak makan laksam dan sekarang sejak kembali berkhidmat di Kelantan, laksam selalu menjadi pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertuahlah shameel tinggal di kelantan,pagi petang senang nak jumpa laksam kan..

      Delete
  4. Saya tak pernah laksam lg kak...tgk org mkn mcm sedap aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimi: kak ana asal Perak memang tak pernah jumpapun laksam ni, masa mula tinggal kat kl ni dapat housemate orang kelantan baru tahu ada makanan ni,jodoh pula orang kelantan..erm memang tu lah feveret depa... :0

      Delete
  5. ecah selalu beli jer..tapi macam teringin pulak nak buat..nnti nak cuba la..thanks resepi..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ecah: kalau setakad makan dua tiga orang baiklah beli,berpeluh gak kak ana nak sudahkan lapisan demi lapisannya,tapi tak salah nak mencuba kan... kalau tak tak tahu pula nanti.. :)

      Delete
  6. Assalamualaikum kak ana, terliur sheila kak. pos sikit ke rumah sheila. hihiiiii teringin sangat nak makan laksam ni. tapi nak buat sendiri tak gheti. hehehhehe nak share ke fb tau entri ni.. senang2 nak minta mak buatkan nanti. hehehe singgah menabung libresse sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ..aduhai rasa bersalah dengan adikku yang sedang hamil ni..ok sheila nanti minta tolong mak buatkan ye.. tq dear..

      Delete
  7. Assalamualaikum kak...
    Aduhhhh...dah la sha duk ngidam nak makan laksa kelantan nehhh..
    Tgk laksam yg seakan2 nehhh...rasa mcm nk meleleh dh air liur,,,,
    Nak balik besuuutttt..uwwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sha..huhu...jangan nangis deh..nnt balik besut makang puas-puas...takpun cuti weekend ni Sha buat jelah hehe

      Delete
  8. mama suka laksam..suki suka laksa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang je suki rasa laksam dgn laksa ni..cuma laksam ni bersantan kan.. :)

      Delete
  9. Nrl suka laksam jgk... tapi x tau nak buat, tau makan je... hehe...
    mana nak tau tetiba rajin, leh le godek resepi ni... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok nanti bila mood rajin sampai Nurul buat ye.. :)

      Delete
  10. salam kak.. baru kejap td tgk gmbr laksam yg mak zizie buat.. bertambah pulak laparnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian zizie kenyang tgk gambar jelah hari ni... :)

      Delete
  11. Ya Allah... Laksam is my fav. Tq share resepi... Nanti nak cuba

    ReplyDelete
  12. nampak mcm sedap... tp kalau mkn laksam selalu xkenyang la... sy ni jenis kuat mkn.. slalu xpuas.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena makan dua mangkuk lah kalau macam tu hehehe

      Delete
  13. sedapp nye :)

    salam..jomss join QA kite...tq :)

    http://nzaodonut.blogspot.com/2014/04/jomss-pakat-join-qasiri-1-by-nzaodonut.html

    ReplyDelete