sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 8 April 2014

Jiwa - TV3


Jiwa-slot aksi tv3


Slot Aksi di tv3 terbaru yang ana ikuti kali ini ialah sebuah telemovie JIWA bersiaran setiap Selasa, jam 10.00 malam.Telemovie arahan Kabir Bhatia terbitan Filmscape dengan 14 episod yang menampilkan lakonan aksi dan emosi Kamal Adli (Jiwa), Remy Ishak (Iskandar),Faizal Hussain (Alif Rizal),Siti Elizad (Fara),Liza Shadan (Zulaikha) dan ramai lagi pendukung watak-watak yang berjaya menghidupkan jalan cerita telemovie ini.

Sinopsis Jiwa

Mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.

 Iskandar dan Jiwa bersahabat dengan Fara (Siti Elizad).Fara lebih rapat dengan Iskandar. Namun, pada masa yang sama, Fara sentiasa menjadi pelindung kepada Jiwa apabila dia dibuli.

Sementara itu, Alif pula telah ditamatkan perkhidmatannya di dalam askar kerana insiden yang melibatkan kematian ketika dia sedang bertugas. Selepas itu, dia bekerja sebagai ketua pengawal di sebuah syarikat keselamatan. Namun, dia masih mengekalkan disiplin seorang askar dan terbawa-bawa perangai itu dalam membesarkan Iskandar dan Jiwa.
 Iskandar dan Jiwa dikerah oleh Alif untuk berlatih tinju setiap hari. Alif memberi latihan yang keras dan tegas untuk menjadikan mereka peninju yang hebat.
Alif tidak menyenangi keakraban anak-anaknya dengan Fara. Ini kerana ibu Fara, Suri merupakan seorang perempuan kelab. Sementara itu, hubungan Fara dan Iskandar menghadapi masalah apabila Fara mula menyedari sifat ganas Iskandar. Fara membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Iskandar berasa kecewa dan cemburu melihat Jiwa berkawan rapat dengan Fara.

Ketika pertandingan, Iskandar dan Jiwa bertarung dengan lawan masing-masing. Mereka mara ke pusingan akhir. Pertarungan dua beradik ini berlangsung dengan sengit. Iskandar membelasah Jiwa tanpa belas kasihan. Jiwa cedera parah sehingga tangannya patah. Semua orang terkejut dengan perlakukan Iskandar yang mengganas. Pada akhir pertandingan, Iskandar telah disingkirkan daripada pertandingan dan Jiwa dinobatkan sebagai juara. Jiwa dikejarkan ke hospital.

Setibanya di rumah, Alif terus membelasah Iskandar dengan begitu teruk sekali. Mastura cuba menghalang tetapi dengan tidak sengaja Alif telah menyiku Mastura sehingga dia terpelanting melanggar dinding dan mengakibat berlaku pendarahan otak. Masturi mati di hospital. Alif ditangkap polis dan disabitkan kesalahan membunuh secara tidak sengaja dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun. Iskandar bersumpah tidak akan memaafkan perbuatan Alif. Dia turut menyalahkan Jiwa atas kematian Mastura dan memutuskan hubungan mereka adik-beradik. Sejak itu, Iskandar dan Jiwa telah membawa haluan mereka masing-masing.

Jiwa berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan sementara Iskandar semakin hanyut dalam dunia samseng. Hubungan Fara dan Jiwa semakin serius dan mereka bernikah namun Fara keguguran.Apakah konflik lain yang wujud dalam drama bersiri ini sama-sama kita tonton dan saksikan tayangannya.....



Rujukan dan foto :Infotaip.blogspot.com

Episod akhir Jiwa

20hb Mei 2014 telah berakhirnya drama bersiri Jiwa di TV3.Menyaksikan pertarungan akhir di gelanggang antara Jiwa yang inginkan kemenangan untuk membiayai kos perubatan Farah dan anak dalam kandungannya sementara Iskandar yang perlu menang untuk membayar hutangnya dengan ketua sendikit serta menyelamatkan Maisarah.Kemenangan akhirnya berpihak pada Iskandar bila Jiwa beralah pada Iskandar, namun Iskandar akhirnya menyerahkan wang tersebut untuk membayar kos perubatan Farah, setelah Maisarah terselamat.Namun bapa mereka Aliff Rizal akhirnya terkorban di tangan ketua sendikit untuk membebaskan Iskandar.Sebuah garapan drama yang sangat menarik dengan konflik dalaman yang kuat diantara watak-watak.

6 ulasan:

  1. agk2 ganas ke??ermm..mcm bestt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah Sha dalam slot aksi ni lawan2 adalah sikit-sikit ;(

      Padam
  2. Fuhh... Dah tak perlu tengok tv ni kak... Baca sinopsis ni je dh tau cite... Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ke macam tu je wafee...hehehe

      Padam
  3. Baru baru ni ada perasan cite Jiwa ni...tp okje mcm tak layan sangat sebab cite dia gaduh gaduh....kurang minat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak ganaslah juga adengan2 dalam drama ni..

      Padam