Straits Quay Marina Mall - Penang

by - Saturday, April 12, 2014


Makan angin di Straits Quay Marina Mall


Straits Quay,Penang (Google photo)

Selepas makan malam di Gurney Drive,Penang pekena char kuew tiau, pasemboq dan nasi lemak ayam,adik ana ajak melepak malam ke Straits Quay.Terletak di Jalan Sri Tanjung Pinang,Tanjung Tokong,Pulau Pinang.Quay Straits Marina Mall ni merupakan tempat pengkalan atau parkir kapal-kapal layar mewah yang singgah ke perairan Pulau Pinang.Datang sini semata-mata cuci mata tengok kapal-kapal layar yang sangat cantik dan mewah.

Disini terdapat hotel penginapan dan juga shopping mall yang 5 bintang dengan ruang jualan jenama-jenama terkenal.Sebab itulah ana katakan sekadar jalan-jalan makan angin saja disini.Sayangnya ketika kami sampai hujan turun renyai-renyai dan tak sempat merakamkan foto deretan kapal-kapal layar mewah yang ada.Sekadar ana kongsikan beberapa foto di dalam ruang legar mall yang sempat kami kunjungi.

Kapal layar mewah di Straits Quay,Penang.

Dua keping foto di atas yang sempat ana rakamkan ketika hujan renyai,memang besar dan mewah dimana salah satu kapal layar ini dilengkapi kolam renang di dalamnya.

Straits Quay,Market Street,Penang

Deko ruang legar yang menarik

Ruang dalam Straits Market di Quay Straits,Penang

Salah satu deko yang tergantung di sini..


Adik-adik dan anak-anak

Kalau singgah makan angin ke Pulau Pinang nanti, bolehlah singgah ke sini pula untuk melihat kapal-kapal layar mewah dan jamu-jamu mata.Bagi yang berkemampuan untuk membeli belah disini lagilah seronok kan..

~berkongsi tempat menarik disini~

You May Also Like

12 comments

  1. Best pulak dina tengok. Nak pergi sane lah nnti. In sha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dina kalau berkesempatan singgahlah jenjalan kat sana,seronok lihat sesuatu yang baru depan mata,kapal layar mewah bukan senang nk jumpa kan.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. memang cantik dan lepak2 malam kat sini adibahfaizah

      Delete
  3. bestnyer .. sy xpernah lagi jalan2 kat pulau pinang . menunggu org bawak . hehe . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah satu hari nanti adalah yang bawa Ai Syah ke Pulau Pinang..hehe

      Delete
  4. sy pun suka ke penang..makanan sedap. bukit bendera pun sejuk temptnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok juga jiha sesekali ke penang, tapi hari2 kat sini sangat sesak kan... :)

      Delete
  5. noe x pernah sampai ke sini lg...insyaAllah bila ke penang..boleh masuk dalam list

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok nOesuhaimi...bolehlah jenjalan ke sini pula nanti... :)

      Delete
  6. hmmm...hmmm...
    ok..lulus!!..nnti leh pegii....tq kak sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wokay Sha..nanti update tau versi nota shalimar pula.. :)

      Delete