sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 21 April 2014

Temptation of wife (TV3)


Temptation of wife di TV3

Temptation of Wife (TV3)

Sekali lagi ana melekat di depan tv untuk mengikuti drama bersiri slot telenovela di TV3 kerana pelakon kesukaan ana, siapa lagi kalau bukan Marian Rivera.Kali ini digandingkan pula dengan Dennis Trillo membawa watak-watak menarik dalam siri drama Temptation of Wife.Slot telenovela bersiaran setiap Isnin-Khamis jam 3 petang.Masa yang sesuai kerana waktu itu kerja rumah sudah dibereskan dan dapat mengelak dari tertidur di siang hari.

Sinopsis Temptation of wife

Drama yang dilakonkan semula dari drama bersiri Korea Selatan pada tahun 2008 ini terbitan GMA Network pada tahun 2012.Garapan pengarah Dominic Zapata dan Gina Alajar membariskan pelakon-pelakon popular Filipina seperti Marian Rivera, Dennis Trillo, Glaiza de Castro dan Rafael Rosell.

Mengisahkan perjalanan hidup Angeline Santos seorang gadis sederhana menjalinkan hubungan cinta dengan Marcel Salcedo anak ahli perniagaan.Keterlanjuran mereka membuatkan Marcel dan Angeline telah berkahwin namun kerana kekejaman ibu mertuanya Stella telah menyebabkan Angeline keguguran.Heidi seorang anak angkat yang dipelihara oleh ibu bapa Angeline mencemburuinya dan merampas kebahagiaan Angeline dan Marcel.Sehingga ke suatu ketika bila Heidi menjadi perempuan simpanan Marcel dan dia cuba untuk membunuh Angeline.Angeline terlibat dalam kemalangan dan diselamatkan oleh Nigel Armada.

Dari sini, Angeline telah mengubah identitinya untuk membalas dendam terhadap suami dan rakan baiknya Heidi.Banyak konflik yang terbit dari perjalanan kisah menarik ini diantara pengkhianatan, cinta dan kekejaman.Jangan lupa kita tonton hingga ke episod akhir telenovela menarik ini.


Pelakon utama Temptation of Wife di TV3

 

Pelakon utama Temptation of Wife di TV3

Marian Rivera : sebagai Angeline Santos dan kemudian menggunakan identiti Chantal Gonzales


Marian Rivera


Dennis Trillo : sebagai Marcel Salcedo- suami Angeline yang kemudian mengkhianatinya dengan menjalin hubungan dengan Heidi kawan baiknya sendiri.


Dennis Trillo

Glaiza de Castrol : sebagai Heidi Fernandez wanita yang merampas kebahagian Angeline dan merupakan kakak angkat serta sahabat baiknya sendiri.


Glaiza de Castro


Rafael Rosell : sebagai Nigel Armada lelaki yang mencintai Angeline dan banyak membantunya ketika dalam kepayahan.


Rafael Rosell

Foto-foto dari telenovela Temptation of Wife di TV3
 (kredit foto dari pinoyexchange.com dan Google Image)

























~berkongsi info  disini ~

22 ulasan:

  1. Balasan
    1. haha best kan nuur farhani zulkifli.. :)

      Padam
  2. tak dan nak negok..kijo...tp ada nampak sikit la ari tu..macam best..sakit mata nengok crook perempuan tu...miang

    BalasPadam
    Balasan
    1. zila...tak tgk le jawabnya kalau dah kijo tu... :)

      Padam
  3. Goges pelakon dia. Marian Rivera lawas

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cuns dan lawas kan Fuza.. :)

      Padam
  4. Balasan
    1. jom kita date tgk isnin-khamis Zuhaira Nasrin

      Padam
  5. dah tak sempat ikut siri2 gini .. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suki ni khas untuk suri2 rumah macam kak ana ni hehe

      Padam
  6. Baca sinopsis tau dh citer nih best tp xdpt tgk sbb keje..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mimi: tak pe nnt habis siri kak ana cite kat mimi yer..hehe

      Padam
  7. Sha lekat panggil Marian ni Marimar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab Marimar mula2 tunjuk kat tv kan..comel sangat masa dia dalam marimar tu hehe

      Padam
  8. kalau waktu keje...mmg x dpt la nk tengok...tp pelakon2nya cantik2 n hensem2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah sebab masa tayangan kul 3 kan.. :)

      Padam
  9. Yang ni ganti cite Sir Chief & Maya tu ye... nak tengok tapi keje... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye kut Nurul, yang siri tu kak ana tak ikut pulak.. :)

      Padam
  10. saya pun minat cita ni. tapi saya tengok online ja tanpa subtitle. =)

    BalasPadam
  11. kak ana...saya suka crita ni cuma buat panas hati tu yg buat sy xnak tengok...hihihhi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan KG geram je kat si marcel dengan heidi tu haha :)

      Padam