Wang kertas diconteng

Tak faham ana kenapalah ada manusia di muka bumi ini yang melakukan sesuatu yang akibatnya menyusahkan orang lain.Beberapa minggu yang lalu abah ana menerima bayaran BR1M secara tunai, salah satu wang kertas RM50 yang diterimanya terdapat contengan seperti di atas di bahagian belakang dan langsung tidak disedari olehnya ketika menerima dari kaunter tukaran 'voucher'.Apabila hendak di belanjakan barulah di sedarinya kerana telah di tolak oleh ramai peniaga di pasar yang peka akan contengan itu.

Bagi orang yang sudah berusia seperti abah,walaupun hanya sekeping RM50 nilainya amat besar.Adik ana telah mengambil wang tersebut dan cuba menukarkannya semula di kaunter sebuah bank namun ianya juga tidak diterima oleh kerani kaunter.Ana cuba menanyakan pendapat beberapa orang rakan FB yang berkhidmat di institusi kewangan dan menurut mereka,wang kertas ini sepatutnya boleh di tukar di mana-mana bank dan mendapat nilai penuh,kecuali contengannya di muka YDP Agong atau no siri yang telah rosak akan mendapat nilai yang berkurangan.Mereka juga menyarankan supaya di tukar di kaunter Bank Negara Malaysia untuk urusan yang lebih mudah.

Ana teringat sebelum ini, suami ana pernah menukarkan sekeping wang kertas RM50 yang telah renyuk di dalam mesin basuh di kaunter Bank Negara Malaysia dan ianya dapat di tukar dengan mudah di sana.

Sesuatu yang menjadi kesalan ialah wujudnya sikap mereka di luar sana yang melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyusahkan urusan orang lain.Tak tahulah apa masalah manusia yang menconteng wang kertas sedemikian.Selain daripada itu pihak kaunter bank yang menyerahkan wang tersebut kepada abah juga tidak seharusnya bertindak sebegini kepada seorang warga emas.Begitulah kerenah segelintir manusia di atas muka bumi ini yang kadang-kala hanya mementingkan diri semata-mata tanpa ada rasa tanggung jawab sosial sesama manusia.

Namun dengan bantuan seorang rakan adik ana, wang tersebut telah di tukarnya di sebuah bank yang lain dan di pulangkan semula kepada abah.Apa yang ingin ana kongsikan disini, sekiranya berhadapan situasi sebegini bolehlah di tukarkan di kaunter Bank Negara Malaysia bagi yang tinggal berhampiran Kuala Lumpur.


~berkongsi kisah disini~

14 Comments

  1. hurmm ade jugak manusia cmnie kan kak ana.. nasib baik dapat tukar kan kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecewa dengan sikap manusia yang sebegini Anizz: pertolongan kawan yang ada kenalan di bank juga yang dapat tukarkan..

      Delete
  2. Assalamualaikum kak ana, alaa kesiannya. tak pepasal je nyusahkan orang kan. singgah menabung ford sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila..macam tu lah kisahnya kan..tq darling isi tabung..

      Delete
  3. adik suki penah dpt duit rosak dari mesin atm..bila nak tukar..bank minta resit yg dia sendiri dah buang..at last takleh tukar di bank

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang memang pernah dapat duit rosak dari atm suki,bila nak masuk cdm mesin tak terima pula kan..macam2 kerenah...

      Delete
  4. bank sepatutnya kena check jgk duit yg diterima.. tak la terjadi mslh spt nih.. nasib la dpt tukarkan duit tuh.. kalau tak maunya rugi, rm50 tuh..

    ReplyDelete
  5. Hmm...menyusahkn...xpikir ke tindakn tu buat org marah dia tnpa sedar...senang2 je mcm xde nilai dibuatnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu lah kisahnya Sha...manusia ni kadang2 bertindak macam tiada akal aje kan.. :)

      Delete
  6. ada juga manusia yg tak brtanggungjawab nie..adehhh btl2 menyusahkan org lain kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah tabiat manusia ni asha lya...kadang2 berbuat tanpa memikirkan akibat dari perbuatannya..

      Delete