sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 12 Mei 2014

Dilema Anak


Foto: Google Image

Dilema anak lepasan SPM

Seminggu yang lepas anak sulung ana, Myra, berjaya mendapat tawaran ke pra-U atau dahulu kami panggil tingkatan enam.Seronok sangat dia seminggu di minggu orentasi pelajar.Dua hari lepas,keluar keputusan UPU, melompat gembira sekali lagi bila ditawarkan ke Pengajian Diploma Sains di UiTM.

Sekarang ni dia dalam dilema untuk membuat keputusan, kedua-dua cabang ilmu ini ada pro dan contra nya.Biasalah apa jua pilihan yang ada pasti ada baik dan buruknya.Ana banyak bertanya kepada mereka yang lebih  berpengalaman dalam bidang ilmu serta anak-anak buah yang telah menjejak kaki ke menara gading.90% dari kalangan saudara mara dan rakan taulan menyarankan untuk Myra mengambil diploma di UiTM.Pelbagai pandangan dan ulasan mereka berikan.Terima kasih sangat-sangat di atas keperihatinan kalian semua.

Menurut mereka, STPM merupakan pilhan kedua selepas matrikulasi untuk mengambil pengajian peringkat ijazah.Namun ianya berisiko jika tidak mendapat markah yang cemerlang.Daripada penerangan guru-guru pra-U disekolahnya,banyak penambahbaikan telah dilakukan untuk peringkat STPM kali ini.Diploma pula mengambil masa 3 tahun tetapi telahpun menempatkan anak-anak di IPTA.

Ana serahkan pada Myra untuk membuat keputusannya sendiri.Dia yang akan menuntut ilmu, malah dia yang bakal  mencorakkan masa hadapannya sendiri.Apa juga keputusannya sentiasa ana sokong dan iringi dengan doa setiap ketika.Disamping itu, sebagai hambaNya,lakukan solat Istikharah semoga mendapat petunjuk dari Allah Yang Maha Mengetahui.

Ana banyak membaca dari perkongsian blogger-blogger dan laman-laman web yang berkongsi baik-buruk membuat pilihan selepas SPM.Pelbagai pendapat dan pengalaman yang diceritakan serba sedikit dapat memberi gambaran dalam membuat pilihan.Sekiranya rakan-rakan blogger mempunyai pandangan dan pendapat bolehlah kongsikan dengan ana disini..Terima kasih sangat-sangat ..


Google Image

27 ulasan:

  1. Betul tu Ana, dulupun mmg ramai yg suggest ambil matrikulasi @diploma berbanding STPM sbb susah sikit nak score katanya. Husband saya pun dulu diploma sains uitm kemudian sambung degree di UM. InsyaAllah saya doakan yang terbaik utk anak Ana...amin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Linda..amin..memang payah nak buat pilihan namun buat masa ini dia mengambil keputusan untuk buat diploma...terima kasih sekali lagi di atas doa dan pendapat Linda.

      Padam
  2. InshaAllah..semoga dipermudahkan segala urusan untuk anakanda akak tu k.

    BalasPadam
  3. Diploma lg secure..dan blajar di universiti lg senang scor berbanding tingkatan 6.lgpun lepas diploma, nak smbung degree lg mudah di uitm.sy sendiri graduan uitm dan insyaallah akan berkhidmat sebagai pengajar uitm tahun depan.ni pendapat peribadi.tingkatan 6 berisiko untuk xdpt u nnt kalau x perform..ada kenalan saya dapat 3 pointer lebih semasa stpm .tp apa apa pun kne tnya si empunya diri.hehe..sy doakan yg terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sal~Asraf: kak ana dah bagi anak untuk membaca komen positif dari Sal..terima kasih sekali lagi..

      Padam
  4. Erm, tak pastilah pula.. Ada juga kursus yg terus utk kerja mcm mak su Tedi yg kluar U untuk masuk maktab perguruan, kawan Master terus masuk kolej kejururawatan, tengokklah minat masing2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Tedi..atas pandangan memang banyak pro dan contranya kan..

      Padam
  5. saya dulu lepas spm terus masuk ipg.
    kalau rasa mampu score dengan stpm teruskan je..jimat masa.
    tengok kawan2 yg ambik stam ngan stpm diorang dpt keje dulu.
    kalo nak ambik diploma pun okay jugak..rsa suasana campus awal..huhu

    BalasPadam
  6. secara pribadi dan sebagai seorg guru saya lebih cenderung utk menyarankan agar Pengajian Diploma Sains di UiTM.

    Tapi, apapun Pra-U mahupun diploma sains,masing2 ada kelebihan dan keburukan masing2. Saya dahulu pernah dapat tawaran diploma akauntan ITM, tapi saya memilih form 6, sbb mslh tertentu.

    BalasPadam
  7. situasi sebegini sering berlaku kt student2 sy dan sy selalu menyanrankan agar mrk memilih diploma sains or matrikulasi.. tapi ia bergantung kpd minat dan keupayaan pelajar tersebut..

    BalasPadam
  8. mcm saya trus diploma.. ikut kemampuan le.. mana yg ok go on

    BalasPadam
  9. terima kasih Nick, Shameel dan Sobrie..pandangan kalian amat kak ana hargai...In syaa Allah myra telahpun membuat keputusan untuk mengambil pengajian diploma diUITM..semoga ianya akan dipermudahkan olehNya..

    BalasPadam
  10. Diploma juga bagus, ada jaminan dah, masuk ke universiti, tapi terpulang juga kepada masing-masing

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih zila..insyaa allah..

      Padam
  11. tahniah untuk anak Kak Ana..dua2 ada pro & kontra..pilih yang terbaik..

    BalasPadam
  12. Tahniah buat anak K Ana... tapi kalau bagi nrl, lebih baik terus amik diploma, & nanti sambung lagi degree... semuanya terpulang pada anak K Ana... Buat pilihan yang terbaik untuk diri dia...:)

    BalasPadam
  13. Salam kak Ana,

    saya ada tag akak kat sini http://blog-wafee.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-anne-nurain.html

    kalau rajin jawablah yee... Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok wafee..kak ana dah siapkan tugasan tu..hehe

      Padam
  14. memang sukar wat keputusan. cer buat solat sunat istikharah. moga dipermudahkan ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Ieta...telah selesai dilakukannya...insyaa allah..

      Padam
  15. dua2 bagus dan ada kebaikannya tersendiri..yg penting dpt result elok...suki dulu masuk matriks

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih suki..betul tu yg penting best result dalam apa jua bidang kan..

      Padam
  16. Alhamdulillah tahniah buat anak kak ana...dua dua ada pro n kontra tp bg pdpt peribadi sy better pilih dip sains tuh...lps tmt dip nk smbg degree pun seng

    BalasPadam