sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 15 Mei 2014

DIY Bingkai Gambar Recycle


DIY Bingkai gambar (photo frame)

Tengahari tadi ana perhatikan anak bongsu ana, Ika tekun buat sesuatu didalam biliknya.Rupanya sedang menyiapkan sebuah bingkai gambar untuk dihadiahkan kepada cikgu kesayangannya sempena Hari Guru.Menggunakan bahan-bahan recycle maka terhasillah sebuah bingkai gambar yang comel.Ana kongsikan disini cara-cara menghias semula bingkai gambar terpakai.


Bahan yang diperlukan

Antara bahan yang digunakan ialah sebuah frame gambar lama,kertas kad hiasan,gunting,pembaris,glu gun dan hiasan kecil.



Gunakan pembaris,ukur panjang bingkai gambar lama dan potong kertas deko mengikut sainya.




Lekatkan dengan glu gun mengikut ukuran keliling bingkai gambar lama tadi.Boleh gunakan apa-apa kertas deko yang sesuai.




Tampal keliling bingkai gambar dan kemaskan dengan menggunting kelilingnya.


Bingkai gambar yang siap dihias

Dengan menggunakan cebisan kain felt yang dibentuk riben serta beberapa biji butang,bolehlah menghias keliling bingkai dengan kreativiti masing.Inilah hasil kraf tangan anak ana Ika untuk dihadiahkan kepada cikgunya.

~berkongsi idea disini~

12 ulasan:

  1. wahh kreatifnyaa anak cik ana. :D sy tag cik ana dlm liebster award. hihi http://wawaabdulhadi.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-cik-tylia-part-1.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq dear..nanti cik ana jawab ye..

      Padam
  2. Kreatifnyee Ika yeaa...bagus cmniii..hadiah wt sdri...i like!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Sha..Ika ni jenis yang suka mencuba..

      Padam
  3. bagus la sis.. Teruskan berkreatif Ika :)

    BalasPadam
  4. untunglah cikgu yang dapat bingkai gambar ni..cantik.nak satu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sir Nick pun mesti dapat banyak hadiah ni.. :)

      Padam
  5. Kalau kreatif, apa-apapun boleh jadi bermanfaat kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau rajin jadilah zila..budak2 ni ikut mood mereka hehe

      Padam
  6. Kreatif... nasiblah beliau buat sendiri, untung cikgu dpt hadiahnya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq chegu zam...harap2 cikgunya suka kan..hehe

      Padam