Jeruk maman

Ana pasti ramai yang tak kenal ataupun tak pernah rasa jeruk maman ni khususnya yang muda-muda lagi ni.Sejenis makanan ibunda jugalah kategorinya, sama seperti jeruk petai dimakan bersama nasi untuk menambah selera orang-orang lama.

Daun maman seakan-akan daun bayam kampung dan biasanya tumbuh liar dibelakang rumah-rumah kampung . Ianya dijadikan jeruk dengan merendam didalam air masak bersama segenggam nasi sejuk dan garam.Ana belum pernah mencuba buat sendiri jeruk maman , cuma berdasarkan pengalaman melihat mak membuatnya suatu masa dahulu.

Dipantai timur khasnya orang-orang Kelantan masih suka makan jeruk maman ni dan yang ini ana perolehi dari ipar yang datang dari Kelantan baru-baru ini.Manakala kakak angkat ana, Kak Emimy yang berasal dari Negeri Sembilan pernah masakkan ana gulai lemak cili api ayam kampung yang dicampur jeruk maman . Memang sedap sangat rasanya.

Lain negeri lain citarasa tradisi mereka dan ana sangat suka untuk mencuba makanan tradisi dari pelbagai negeri.Memang unik dan ada yang kena dengan selera kita dan ada pula yang kurang menepati lidah orang Perak macam ana ni.Apapun ana amat menghormati citarasa dari negeri-negeri lain dan kita tidak boleh mencemuh makanan tradisi orang lain.Tak salah mencuba asalkan ianya Halal.

~berkongsi pengalaman disini~


22 Comments

  1. Kak Ana, kat tempat CP ada jugak orang jual jeruk maman ni. Selalunya kat Pasar Tani cuma CP belum pernah rasa. Akak-akak kat ofis ni selalu la beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke CP..memang benar akak-akak yang seusia kak ana ni je yang tahu makan makanan ibunda ni..rasanya masam je..bolehlah tambah2 selera..hehe

      Delete
  2. Kalau kat kmpung kt perak memang selalu makan jeruk maman ni..terutama time kecik2 dulu..kat PJ ni belum penah jumpa orang jual..teringin plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ecah, masa kak ana tinggal dengan mak di Teluk Intan dulu lah mula kenal makan jeruk maman ni..

      Delete
  3. Uuunnoo...Gua kalau bab jeruk lembap tak reti nak telan ahaha

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan lagi kak...kat KL ada ke orang jual?huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana faham susah nak cari kat KL ni, pasar2 tani atau pasar Jalan Raja Alang tu mungkin ada kut..

      Delete
  5. ihi...belah kelantan,,teganu byk ni kak ana....tp Sha xmkn....kalau buln puasa lg banyk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm tu lah Sha ni pun ipar dari Kelantan yang bawa..

      Delete
  6. Suatu ketika dulu pernah jadi favorite. ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dah tak fav lah ye eyna..hehehe

      Delete
  7. saya duk perak..so memng selalu mkan juga..tapi jarang nampak org jual..kadang knduri kat kampung ada org hdang jeruk maman ni..sekali skala layan sdap juga..

    mnabung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi ye sobri kat Perak, dulu mak kak ana buat sendiri jeruk ni..sesekali makan memang sedap gak..tqvm :)

      Delete
  8. dah lama tak makan..dulu kecik2 selalu kutip..lepas tu mak buat jeruk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ..sekarang ni payah sikit nak jumpa..tq miss sheyla

      Delete
  9. sayur maman ni memang sangat popular kat negeri sembilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak angkat ana orang negori masak lemak dengan ayam kampung zila...

      Delete
  10. Kegemaran mak kite! Kat kelantan memang famous la jeruk maman ni...tak sangka orang nogori pon panggil jeruk maman eh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah Bahyah, kat sana popular makan jeruk maman ni.

      Delete
  11. kak ANa, ni feveret mak saya... tapi saya pula tak tau nak makan mcm mana.. bau pun tk leh tahan hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya masam Eny, kak ana pun tak lah gemar sangat tapi sesekali nak tukar selera boleh sahaja kan .

      Delete