Medical check-up untuk ke IPTA

Banyak urusan yang perlu di uruskan sebelum anak-anak kita mendaftar ke IPTA.Mengisi dan melengkapkan dokumen-dokumen penting,mendapatkan pengesahan untuk salinan-salinan dokumen,persedian barang-barang keperluan peribadi anak-anak dan melakukan pemeriksaan kesihatan atau 'medical check-up'.

Menurut jiran ana, seorang jururawat di hospital kerajaan di sini, pemeriksaan kesihatan atau 'medical check-up' tidak boleh dilakukan di Hospital Selayang atau Hospital Sungai Buluh yang terhampir dengan lokasi rumah ana.Ia hanya boleh dilakukan di HKL dan klinik-klinik kesihatan berhampiran.Cuma keputusannya akan mengambil masa selewat-lewatnya dua minggu.

Memandangkan kesuntukan masa yang berbaki dua minggu ini, ana cuba bertanya Poliklinik swasta di kawasan Rawang dan hampir kesemua mengenakan caj melebihi RM150 ke atas.Agak mahal juga kerana banyak lagi keperluan lain yang perlu disediakan.Penyelesaian yang ana perolehi selepas meng'Google' ialah di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.Banyak perkongsian dari blogger-blogger yang menceritakan pengalaman melakukan 'medical-up' di sini dengan caj antara RM66-RM88 dan mendapat keputusan pada hari yang sama.

'Medical check-up' di Pusrawi,Kuala Lumpur.


Hospital PUSRAWI,KL (foto:pusrawi.com.my)

Hospital PUSRAWI, Kuala Lumpur terletak di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Institut Jantung Negara berhampiran Perpustakaan Negara.Perkhidmatan 'medical check-up' disini lengkap dan mengambil masa hanya dua jam untuk menyiapkannya termasuk ujian air kencing dan salinan X-Ray dan yang lebih utama caj yang dikenakan hanya sebanyak RM66 sahaja.Tidak perlu membuat temujanji sebelum datang ke sini dan waktu perkhidmatannya dari jam 8:30 pagi hingga 3:00 petang.Datanglah awal pagi untuk memudahkan urusan.Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi no telefon : 03-2687 5000 


Ruang lobi Hospital Pusrawi,Kuala Lumpur

Alhamdulillah selesai satu urusan persiapan  untuk anak ana sebelum melangkah masuk ke IPTA pada awal bulan Jun nanti.Semoga dipermudahkan segala urusannya dengan lancar.Dan perkongsian ana disini semoga dapat memberikan sedikit info kepada orang lain yang menghadapi situasi yang sama seperti ana sebelum ini.


~berkongsi info disini~

34 Comments

  1. Replies
    1. senang dan mudah berurusan disini mama..milik Majlis Agama Islam Wilayah..

      Delete
  2. yup..pusrawi memang terbaik dari segi perkhidmatan

    ReplyDelete
  3. yeah...suki baru buat medical check up di pusrawi last month...mmg mudah dan murah...rm66 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi juga rasa selesa dan cepat kan suki..

      Delete
  4. Murah juga tu RM66 je medical check-up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah dah tu nurul sebab kak ana servey poliklinik sekitar rawang dan sebuah hospital swasta baru di bandar rawang semua dalam lingkungan rm150...

      Delete
  5. Saya buat di hospital kerajaan. Hari tu juga siap nasib baik tanjung karang tak ramai orang hihi rm20 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo hospital tanjung karang...mungkin sebab tak ramai orang, kalau cepat memang nak pi hospital kerajaan tapi HKL ni sedia maklumlah keadaannya..

      Delete
  6. Hospital Pusrawi perlu disokong kerana ia miik umat islam/jabatan agama wilayah persekutuan.

    Mmg murah jika caj hanya RM66-RM88 dan tanpa memerlukan tempoh yg lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan pendapat shameel..terima kasih

      Delete
  7. wah x pnah sampai lg..
    somoga urusan anak akak dipermudahkan amin

    ReplyDelete
  8. seronoknye... anak dh besar2...

    ReplyDelete
  9. Sebelum ni adek ipar keje kat sini... So memang biasa gak g sini... Tapi now die dh tukar keje, so dh lama xgi sini... Tapi memang best hosp ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke wafee. kak ana tak pernah pegi lagi ke sini, medical check up hari tu anak kak ana pergi dengan kawan dan ayahnya sebab anak seorang lagi tu bersekolah, tak ada orang nak ambil..tapi makluman dari orang ramai memang terbaik lah Pusrawi ni..

      Delete
  10. oh ye ke...tau hari tu bawak adik saya medical check-up kat sini.Thanks for the info kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Sal Bee Yah, kita kongsi-kongsikan info disini..terima kasih singgah ye..

      Delete
  11. dulu saya g hospital tawakkal..kalau g private cepat sikit ye..tp nak murah, better gomen

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar zila, nak cepat pi private tapi mahal sikitlah dr gomen..

      Delete
  12. Replies
    1. most welcome shark :) harap dapat membantu kay.

      Delete
  13. Kalau nak buat mantoux test ada jugak ke dekat hosp. Pusrawi ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti aisya, kena call PUSRAWI dan dapat kan kepastian kay :)

      Delete
  14. Assalam. Esok saya nak ke hospital pusrawi ni. Berapa agaknya harga full medical checkup tahun 2016? Hmm. Ad sesiap dah pergi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Muhammad Firdaus, boleh hubungi Pusrawi untuk dapatkan pengesahan harga dari mereka :)

      Delete
    2. Hehe. Kredit tamat tempoh kak. Kih3. Takpe. Saya redah je lah. Nnt sy update berapa oke.. 😁

      Delete
    3. Semoga dipermudahkanNya buat Muhammad Firdaus

      Delete
    4. berape harga ye firduas ?? boleh tahu

      Delete
    5. Aniq, mungkin boleh hubungi terus PUSRAWI dan bertanya, memandangkan entri ini diterbitkan pada tahun 2014 sebelum perlaksanaan gst dan sebagainya.

      Delete