sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 31 Mei 2014

Persediaan anak sebelum ke IPTA


Persediaan anak sebelum mendaftar ke IPTA

Dalam seminggu ni, ana agak sibuk melengkapkan pelbagai persediaan anak ana sebelum mendaftar masuk ke IPTA.Banyak juga urusan yang harus diselesaikan dalam masa terdekat ini termasuklah melengkapkan semua dokumentasi, membuka beberapa akaun untuk keperluan PTPTN dan membeli barang keperluan peribadi anak untuk digunakan disana nanti.Maklumlah ini merupakan pengalaman pertama dan ana banyak mengGoogle dari blog-blog anak-anak remaja yang banyak menulis tentang 'check list' sebelum ke IPTA.

Urusan dokumentasi sebelum ke IPTA


Pertamanya ana menghantar anak ke Pusrawi seminggu yang lalu untuk melakukan 'medical check-up'.Entri penuh di SINI .Selepas itu semua dokumen yang akan dilampirkan di borang IPTA perlu mendapatkan pengesahan dari pihak sekolah atau majikan atau pegawai kategori A dan sebagainya.Menyediakan 10 keping gambar bersaiz passport untuk keperluan semasa pendaftaran.

Seterusnya membuka SSPN-i untuk memenuhi syarat sekiranya ingin memohon PTPTN.Mujur juga anak ana telah lebih awal membuka akaun SSPN-i ini di Maybank, jadi kuranglah sikit urusannya.Untuk membayar yuran pengajian di UiTM, anak-anak kita perlu pula membuka akaun di Bank Islam Malaysia Berhad selaras dengan syarat untuk memohon PTPTN.



Deposit sebanyak RM130 dikenakan untuk membuka akaun di Bank Islam dan yuran pengajian UiTM untuk permulaan ini pula sebanyak RM693 mengikut bil peringkat pengajian masing-masing.

Dua hari lepas, anak ana menerima waran wang pendahuluan dari PTPTN.Waran atau 'cash cheque' ini pula perlu ditunaikan di CIMB bank.Wang pendahuluan ini diberikan kepada semua calon yang mendapat tawaran ke IPTA tanpa membuat sebarang permohonan.Cuma sekiranya kita tidak memerlukannya perlulah dipulangkan semula ke PTPTN manakala apabila kita menunaikkan cek tersebut potongan RM500 pada setiap bayaran masuk PTPTN untuk setiap semesta pengajian nanti akan dilakukan.Ana rasa wang pendahuluan ini perlu untuk mereka yang kekurangan wang untuk membayar yuran pengajian dan membeli barangan peribadi anak-anak.Sekiranya kita tidak memerlukannya tidak perlu untuk menunaikan cek tersebut.Terpulang pada 'financial budjet' seseorang.



Untuk membuat permohonan PTPTN pula, ana ke Bank Simpanan Nasional membeli pin no berharga RM5.Kemudian permohonan dibuat secara online di laman web: http://www.ptptn.gov.my/
Selesai sudah semua urusan dokumentasi sebelum mendaftar ke IPTA.

Barang keperluan peribadi untuk ke IPTA


Ini merupakan kali pertama anak ana akan berjauhan dari kami sekeluarga dan ana yakin dan pasti ramai di antara ibu-ibu yang seperti ana ini akan cuba menyediakan segala kelengkapan seperti dirumah buat anak-anak kita.Macam-macam yang ana fikirkan kerana bimbang mereka mengalami kesulitan disana nanti.Ibarat hendak memulakan hidup baru dan berdikari malahan berjauhan dari keluarga, kalau boleh semuanya perlu dilengkapi.

Bermula dengan pakaian, pakaian dalam yang secukupnya, telekung,sejadah, baju kurung,tudung,seluar sukan,kasut sukan, kasut bertutup ,selipar dan sebagainya.Untuk sessi MDS di UiTM pula mereka dikehendaki membawa baju kurung putih (baju sekolah lama ana bekalkan), kain berwarna gelap (ana belikan skirt labuh supaya boleh digunakan untuk ke kelas kemudiannya),kasut bertutup berwarna hitam,seluar track hitam dan baju T-shirt putih tanpa corak berlengan panjang dan kasut sukan.Barang-barang ini wajib dibawa untuk minggu MDS di UiTM nanti.




Seterusnya ana membelikan barangan penjagaan diri seperti tuala,sabun,syampu,bedak,deodorant, ubat-ubatan ringan seperti bam harimau dan sebagainya.Sebuah seterika ringan untuk keperluannya disana nanti.


Disamping itu, barang-barang untuk kegunaan lain seperti baldi, penyangkut baju,klip sidaian,payung,cadar dan bantal yang perlu dibawa sendiri,cermin muka,barangan alat tulis yang lengkap dan segalaneka lagi yang ana bekalkan untuk keperluan anak disana nanti.Itulah naluri seorang ibu yang sentiasa inginkan anak-anak kita mendapat keperluan yang selengkapnya.

Semoga perkongsian ana disini kali ini akan memberi serba sedikit gambaran tentang persediaan dan barang-barang keperluan untuk anak-anak kita yang bakal melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA kelak.Dan juga sebagai rujukan peribadi ana di masa akan datang.Yang baik semuanya dari Allah swt dan yang khilaf itu adalah dari ana, hambaNya yang tidak lari dari melakukan kesalahan.Semoga dipermudahkan buat kami dan semua anak-anak yang bakal mendaftar ke pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta mulai esok.Insyaa Allah..

~berkongsi kasih sayang disini~

24 ulasan:

  1. wah anak kak ana dapat uitm mne? teringat mse zaman nak masuk belaja dulu.. macam2 beli.. eksaited..hihi.. gud luck utk anak kak ana.. kirim salam dekat anak kak ana ye.. jaga diri baik2.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuala pilah anizz,terima kasih dan kak ana dah sampaikan salam dari anizz,semoga anak kak ana berjaya juga seperti anizz nnt, Insyaa Allah.. :)

      Padam
  2. Acik pun dah beli barang keperluan anak walaupun belum cukup lagi..cadar belum beli..no.pin untuk ptptn belum beli..bila tengok senarai ana..banyak rupanya yang acik belum beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita Acik, selagi tak masuk selagi tu ada je yang difikirkan, semoga sukses buat anak-anak kita..amin.

      Padam
  3. Teringat zaman masa nak p belajar tuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengimbas memori ye Fuza..hihi

      Padam
  4. walaupun dah apply PTPTN, pastikan sis ana cari juga biasiswa ye..supaya tak membebankan di kemudian hari..sekadar pandangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Suki atas pandangan bernas,Insyaa Allah..

      Padam
  5. thanks ana..smg membantu adik2 yg nk msk U...hii

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama tak muncul..Insyaa Allah semoga dapat membantu kepada yang lain kelak..

      Padam
  6. teringat zaman mula-mula masuk belajar..dah la jauh..pi sorang2 lak sebab bapa ngan mak hantar adik yg kebetulan daftar tarikh yang sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai sedih lak kak ana dengar CP, tapi pengalaman itulah yang mematangkan diri kan..

      Padam
  7. Alhamdulillah...dh slmt masuk U erk...semoga ank2 igt jasa ibu bapa...sememangnya ibu inginkn semuanya lgkap...xnk ank kekok utk kli pertama berjauhan....mcm Sha dulu xleh bli byk sgt..sebb nk naik flight...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, Insyaa Allah Sya, sebagai ibu kita laksanakan sebaik mungkin tanggung jawab yang di amanahkan..itupun kak ana ikut budjet juga..naik flight jauhlah kan..

      Padam
  8. semoga berjaya di IPTA sana. Murah banyak turan UiTM berbanding U lain. Cuma kadang-kadang pelajar lepasan SPM main isi ja U mana-mana sebelum buat sedikit selidik tentang yuran dan sebagainya. tapi kalau dah takdir dapat U yang mahal. teruskan jela kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah disana dia ditempatkan menerusi pilihan kedua di UPU hari tu, terima kasih aRz atas pandangan..

      Padam
  9. Betul tuh kak...bila masuk u memg byk persediaan kne buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Mimi..macam-macam tapi syukur semuanya dah selesai..

      Padam
  10. dah matikan setem hasil kat LHDN untuk akujanji ke?adik saya hari tu kena buat..tapi dia masuk UKM la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak de pula yang tu Sal..mungkin lain U lain prosedurnya kut..

      Padam
  11. Tahniah, ingatkan dia jgn "culture shock", tak sama mcm kat sekolah dulu, chegu selalunya ngaja "spoon feeding" d U lain sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih chegu zam, Insyaa Allah..terima kasih atas peringatan dan tips dari chegu..

      Padam
  12. tahniah pada ana sekeluarga...seronok bila anak dapat masuk U

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih zila, Alhamdulillah

      Padam