sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 21 Jun 2014

Buah Kedondong @ amra


Buah kedondong @ amra

Buah kedondong @ amra

Sedar tak sedar dah masak ranum dah buah kedondong di belakang rumah ana.Kalau kami di kampung Teluk Intan panggil buah kedondong ni buah amra.Bila dah terlalu masak atau tua mula bersabut isi dalamnya.Rasa masamnya pun kian berkurangan.

Pagi semalam ana petik dan kupas kulitnya.Basuh bersih, taburkan gula dan garam, kemudian perap dalam petisejuk.Petangnya bolehlah makan begitu sahaja.

Rangup dimakan dengan gula dan garam

Jus buah kedondong

 

jus buah kedondong
Baki buah kedondong tu, ana kupas dan belah dua kemudian kisar dalam blender.Tapis dan campurkan air gula dan secubit garam.Kalau nak lagi sedap bolehlah masukkan asam boi. Campurkan ketulan ais dan memang segar diminum.Tambahan pula bila waktu iftar nanti, pasti banyak di jual di bazar Ramadan.

Selain daripada itu, buah kedondong juga boleh dibuat jeruk, dimasak pajeri dan dicampur dalam kari.Sesekali makan boleh juga menambah selera.


~berkongsi idea disini~

15 ulasan:

  1. cicah garam sedap ni...:D

    BalasPadam
  2. Buat jus letak asam kecut kaler putih.. mmmm mcm mengirukan dan menambah selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. chegu: asam kecut tu asam boi lah kan yang kaler putih tu hehe..mmg mengancam dah tu..

      Padam
  3. uiks! baru pernah dengar dannn melihat.. alahaii.. macam menyelerakan je, huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. must be city girl, sedap masam rasa jusnya WL

      Padam
  4. air liur da kecuq dah tgk buah ni..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak aii, mai lah datang rasa timm bill

      Padam
  5. Alamak Kak Ana terliur CP..amra ni memang favourite CP..tambahan kalau buat jeruk atau cicah dengan sambal kicap atau kuah rojak..kalau CP pi Meru rumah ayah angkat memang angkut bawak balik buah amra ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buah amra ni kalau menjadi buahnya memang lebat..betul tu CP makan dengan kuah rojak sedap kan..

      Padam
  6. ohh...buah kedondong sedak mkn ngn sos hitam 2 kan..huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. thiqi..thiqi..semua nak makan dengan sos hitamnya hehehe..

      Padam
  7. dah lama.xmakan kedondong..huhuhu

    BalasPadam
  8. Wah... Sedapnya ... Kecur liuq ibu mengandung ni tau. Bak kata org jawa.. Ngeces baby nya nanti... Hehe.. Bln puasa ni mesti ada air kedondong asam boi time berbuka.... Hehe

    BalasPadam