Bubur Sumsum

by - Friday, June 13, 2014

Bubur sumsum

Bubur sumsum

Antara resepi tradisi keluarga yang sering disajikan ketika iftar Ramadan ialah bubur sumsum.Selalunya di makan sejuk dan memang sangat sedap lemak manis dari santan dan tepung beras dinikmati dengan kuah sirapnya.Ana kongsikan disini resepi bubur sumsum, manalah tahu ada yang berminat untuk mencuba resepi tradisi ini.

Bahan untuk kuih sumsum:

1 cawan tepung beras
3 cawan santan kelapa pekat
secubit garam

Satukan semua bahan dan gaul rata terlebih dahulu.Bila sebati, panaskan diatas api perlahan dan teruskan mengacau sehingga putih berkilat dan pekat.Masukkan dalam loyang dan sejukkan.

Bahan untuk kuah sirap:

1 cawan gula pasir
1 cawan air
pewarna merah

Didihkan semua bahan dan sejukkan.

Potong kecil kuih sumsum dan tuangkan kuah sirap yang sejuk untuk disajikan.

~berkongsi resepi disini~

You May Also Like

37 comments

  1. Replies
    1. ye ke Mama..nanti kalau terjumpa kat bazar Ramadan cubalah rasa..hehe

      Delete
  2. menarik dan senang nk buat je kak ana.. nt nk cube la..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok Anizz, memang senang dan mudah,mesti boleh punyalah..hehe

      Delete
  3. bubur sumsum kami biasanya guna gula merah..1st time tgok guna sirap ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke Yang, ni resepi dari mak macam ni lah guna sirap..sama je kut rasanya kan..

      Delete
  4. igt tulg sum2 td..hihi..kalau pewrna tu buh sirap utk buat air tu bleh laa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sumsum tulang ye sha, haah guna pewarna sirap air tu je..

      Delete
  5. klu terengganu kita panggil lompat tikam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suriana, lompat tikam ada pulut sedikit kan..rasanyalah..

      Delete
  6. hai kak ana cayang.. bila lah dpt rase airtgn kak ana ni.. make me meltiinggg... :)

    ReplyDelete
  7. tq kak, masih sudi jengok blog kite.. muah muah muahxxxx

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah lama dah Lilynn menyepi,kak ana faham sangat kesibukannya..sayang Lilynn juga..

      Delete
  8. sedapnyaaa Ana...linda suka bubur sumsum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok linda free time nanti buat kay buat juadah ifftar..

      Delete
  9. Replies
    1. erm apamacam nak cuba tak suki..hehe

      Delete
  10. first time dengar nama niii. nampak sedapp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap..sejuk je rasanya..kalau simpan dalam fridgelah..hehe

      Delete
  11. wah..kena cuba ni. menu manisan berbuka nanti, Tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba dear, tukar2 selera untuk ifftar nanti..

      Delete
  12. Assallam ana..acik pun suka ni..biasa acik letak air daun pandan nak bsgi warna hijau sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Acik..boleh jugakan wangi pandan tu pun menarik dah..

      Delete
  13. sedapnye sis... dulu arwah mak mmg suke buat...stiap kali bulan puasa mmg tak pernah tinggal...rindu nk makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti eyda merindui masakan arwah mak..cubalah resepi kak ana ni mungkin tak sama air tangan seorang ibu namun bolehlah sajikan buat keluarga eyda pula..

      Delete
  14. sy suka kalu kuahnya bergula melaka / merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tak pernah cuba lagi dengan kuah gula melaka ni anies,mungkin kena dengan citarasa anies sebegitu..tqvm

      Delete
  15. tak pernah makan bubur sum-sum..mcm teringin pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom cuba buat..boleh tukar2 selera eyma

      Delete
  16. Kak Ana sama tak dengan lompat tikam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang lah CP, cuma beza kuah sirapnya lompat tikam gula merah,dan lompat tikam ada pulut yang ni cuma kuah sirap dengan adunan tepung beras dan santan sahaja..cubalah..

      Delete
  17. kak ana, nanati saya nak cuba lah sebab resepinya sedap sgt.. dr dulu dgr bubur sumsum tapi tak pernah rasa hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kemudian up entri versi eny pulak kay :)

      Delete
  18. Agak agak ada org komen negatif x resepi bubur sumsum kak ana ni.. Hehe... Kot senang sangat katanyalah kan.. Jgn marah kak ana.. Gurau je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cik la hihi, suka hati dia lah cik La haha :)

      Delete