sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 26 Jun 2014

Bunga Kunyit


Bunga Kunyit


Bunga kunyit

Dah lama ana tanam pokok kunyit didalam tayar lama di belakang halaman rumah.tiba-tiba beberapa hari lepas terlihat kuntuman bunga kunyit berwarna hijau kekuningan sedang mekar.Cantik juga bunga kunyit ni.Selalunya kita hanya akan mengambil daun dan isi kunyit sahaja sebagai menambah aroma dalam masakan tradisional Melayu.

Selepas menGoogle, ana dapati masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia, gemar makan bunga kunyit ini sebagai ulaman dan dijadikan kerabu.Mungkin sedaplah rasanya kerana daun kunyit pun orang kita suka masukkan dalam masakan.Ana belum pernah mencubanya lagi.Mungkin suatu hari nanti beranikan diri untuk makan bunga kunyit ini sebagai ulaman.Itupun jika pokok kunyit ini berbunga lagi.


~berkongsi kisah disini~

26 ulasan:

  1. wahh...sy baru tau kunyit ada bunga yg agak cun cmni...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah Thiqi, rare gak bunga kunyit ni..

      Padam
  2. Tahu daun ngan kunyit je..cantik gak bunga kunyit. Thanks for sharing kak ana

    BalasPadam
  3. owhh ada bunga rupanya kunyit ni ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada tapi sangat jarang keluar bunganya mama

      Padam
  4. Macam serai gak kan....jenis tumbuhan yg jarang berbunga....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Ozie,jarang berbunga macam serai juga

      Padam
  5. Ada tanam pokok kunyit tapi hak saya tak pernah nampak bunganya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anim, mana tahu ada rezeki suatu hari nanti ia berbunga juga

      Padam
  6. Memang jarang dapat temgok ni. Ada jugak dengar depa kata untuk buat berubat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga terbaca tentangnya kak ana tak berani nak share sebab tak pasti sangat mengenainya..

      Padam
  7. ini rupanya bunga kunyit first time tengok:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yang tak pernah lihat Sobri,unik dan cantik,bau macam bau daun kunyit je.

      Padam
  8. rasanyer ini jugak 1st time shark tgk bunga kunyit,
    hehe,
    biasa tgk kunyit yg ada kt dapur jer.

    follower baru kt cni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Shark bersama kak ana, akan kak ana jejak kembali nanti..

      Padam
  9. first time tengok..tak pernah tawu pun yang pokok kunyit ade bunga..huhu..sebab kat rumah mak ada tanam..tak pernah nmpak pulak dia berbunga..hmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin belum masanya mila pokok kunyit mak nak berbunga tu..

      Padam
  10. sy first time tgk bunga kunyit gak kak....selalu tgk daun aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Mimi, daunnya sangatlah sinonim dalam masakan Melayu ..

      Padam
  11. Pertama kali tengok bunga kunyit..boleh try buat ulam ni..Kak Ana CP dah klik iklan Ikea..leh la gi shopping nanti hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga yang buat ulam CP,kak ana tak pernah lagi mencubanya,tq tq..

      Padam
  12. BELAKANG KUATERS kg BANYAK POKOK KUNYIT TAPI TAK PERNAH BERBUNGA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke KG, entahlah hat ni selalu gak berbunganya :)

      Padam