Hotel Seri Malaysia, Seremban

by - Sunday, June 15, 2014


Hotel Seri Malaysia,Seremban

Hotel Seri Malaysia,Seremban

Pertama kali hendak menginap di Seremban,puas juga mengGoogle mencari hotel bajet memandangkan sekadar ingin bermalam disana semalaman.Banyak yang ana dapati tidak seindah yang diiklan di 'website'.Kebanyakannya lokasi yang agak sesak dan ketiadaan ruang parkir kenderaan sendiri.Akhirnya sambil pusing-pusing bandar Seremban tergerak hati untuk menghubungi Hotel Seri Malaysia dan Alhamdulillah ianya amat selesa dan harga bilik yang berpatutan.


Ruang lobi Hotel Seri Malaysia
Lokasi Hotel Seri Malaysia di Jalan Sungai Ujong,Seremban,Negeri Sembilan.Boleh di hubungi di talian 06-764 4181 untuk pertanyaan bilik dan harga.

Family Room,Hotel Seri Malaysia,Seremban
Ana menginap di sebuah 'Family Room' dengan kadar sewaan hari itu RM190 dengan sarapan pagi.Bilik agak luas dan selesa disediakan kemudahan asas lazim di hotel juga sehelai sejadah.

Bilik air yang bersih


Sekitar Hotel Seri Malaysia,Seremban

Jika suatu hari nanti akan ke Seremban atas apa-apa urusan bolehlah menginap disini lagi.


~berkongsi info disini~

You May Also Like

14 comments

  1. yang paling penting bersih kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MM, beberapa hotel bujet yang kak ana singgah ruang lobi sudah tidak menyenangkan..

      Delete
  2. ok gak tu kak...thanks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok Sal..mana tahu ada yang mencari hotel yang bersesuaian di seremban mungkin dapat membantu..

      Delete
  3. tongah2 bandar seromban tu.. nanti cuba la yang kat lake garden tu plak..leh cuci2 mata..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ye amir..hari tu nampak juga taman tasik tu tak singgah sebab cuaca panas terik.

      Delete
  4. Replies
    1. bolehlah Sha..selesa dan bersih kan..hehe

      Delete
  5. Hotel Seri Malaysia Seremban ni makanan ok tak kak Ana. Sebabnya CP selalu menginap kat Hotel Seri Malaysia Bayan Baru Penang makanan dia kurang sikit. Breakfast sama ja menu dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali, kak ana setuju, breakfast yang disajikan kurang enak dan menu yang sedikit,mungkin kurang menepati citarasa kita agaknya.

      Delete
  6. bersih dan selesa tu yg plg penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebersihan dan keselesaan Alhamdulillah di sini anies..

      Delete
  7. seremban memg sesak n payah parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimi, kak ana rasa mana2 bandar utama pasti mengalami situasi yang serupa..sesak dan padat..

      Delete