sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 8 Jun 2014

Istana Kenangan-Muzium Diraja Perak


Istana Kenangan-Muzium Diraja Perak


Istana Kenangan Kuala Kangsar,Perak

Terjumpa foto lama Istana Kenangan di Kuala Kangsar yang pernah beberapa kali ana lawati sebelum menceburkan diri dalam dunia blog.Mendapatkan maklumat rasmi dan beberapa laman web sebagai rujukan ana kongsikan disini beberapa info menarik tentang Istana Kenangan atau sekarang dipanggil Muzium Diraja Perak.

Istana Kenangan ini juga digelar Istana Lembah atau Istana Tepas.Seni bina istana adalah daripada kayu keras dan berdinding anyaman tepas dan difahamkan tiada sebatang paku besipun digunakan semasa proses pembinaannya.Ia menggunakan pahat dan selak untuk menyambung bahagian-bahagian ruang istana.

Tukang yang membina Istana Kenangan ini ialah Haji Sufian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai.Ia siap dibina sepenuhnya pada tahun 1931.Istana Kenangan ini pernah bersemayamnya Sultan Perak ke 30 iaitu Sultan Iskandar Shah pada tahun 1931-1933.Ini kerana pada ketika itu proses pembinaan Istana Iskandariah yang terletak berhampiran Istana Kenangan ini sedang berjalan.

Pada 16hb November 1986, selepas dibaik pulih semula Istana Kenangan telah dijadikan secara rasmi sebagai Muzium Diraja Perak hingga ke hari ini.

Jika dilihat dari pandangan atas bumbung Istana Kenangan ini, ia menyerupai bentuk sebilah pedang yang tersarung.Reka bentuknya sangat unik dan bercirikan senibina istana tradisional Melayu.


Ruang dan pandangan atas Istana Kenangan (Google Image)


Rujukan: www.mpkkpk.gov.my dan portal rasmi arkib negara Malaysia

23 ulasan:

  1. Istana kenangan ni asal saya singgah je mesti tutup. Dah 4-5 tahun pergi jengah, sure tutup. Renovation katanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu SY, kali terakhir kak ana singgah dan masa ambil foto tu memang tutup untuk baik pulih katanya.

      Padam
  2. Istana2 kt Perak memg byk yg unik....rasanya perak la negeri yg institusi raja yg nmpk gah,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Negeri Sembilan dan Melakapun kak ana kagum dengan senibina tradisionalnya Sha..

      Padam
    2. betul2 tu antara negeri penuh adat....

      Padam
  3. Balasan
    1. Satu hari nanti ada rezeki sampailah nanti Mawardi

      Padam
  4. Kena masuk dalam list muzium yang CP perlu pergi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok dah tak jauh dah dari tempat CP ni, Insyaa Allah satu hari nanti sampai hendaknya.

      Padam
  5. xpernah pegi lagi.. teringin nak kesana kak ana..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada rezeki nanti anizz bolehlah jalan-jalan Kuala Kangsar,banyak tempat menarik dan tradisional disini dear..:)

      Padam
  6. cantik istana ni.. suke tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. MM ada juga yang panggil istana adabi, sebab macam dalam iklan adabi tu..hehe

      Padam
  7. tak pernah kesana ..teringin juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah satu hari nanti mungkin boleh ke sini kakyon..

      Padam
  8. Sy teringinnnn nak gi istana nih kak...kagum.dgn senibinanya yg xgune paku lgsg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah yang diceritakan Mimi, suatu hari nanti singgah Kuala Kangsar jenjalan ye..

      Padam
  9. pernah ke sini lama dulu. sejak ulang alik ipoh, tak sempat singgah lagi, sempat makan laksa kuala saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. laksa kuala yang homemade memang sedapkan ANIM

      Padam
  10. teringin nak tengok istana kenangan kuala kangsar ...sebab dalam gamba nampak cantik sangat.harapnya dalam dok renovate janganlah sampai merosakkan kecantikan asli istana ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah satu hari nanti mungkin rezeki Sal sampai sini,ialahkan mudah2an dikekalkan keaslian senibinanya.

      Padam
  11. is it not open to visitor anymore? i went inside at 2009 and would like to bring a few friends there several days later...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wyatt Low , I'm not sure about it, please contact Majlis Daerah Kuala Kangsar for more information .Tq

      Padam