sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 6 Jun 2014

Pelanggan Tetap (2)


Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, ana berkongsi kisah pelanggan tetap yang baru-baru ini berkunjung ke rumah kami.Apa lagi kalau bukan miaw-miaw.Macam-macam rupa yang datang dan pergi, singgah makan dan berteduh seketika, selang beberapa hari menghilangkan diri.

Sejak Jingga tiada ni, hanya Tam Cik yang selalu melekat di rumah, walaupun tak dapat taraf penghuni tetap di rumah kami.Walaubagaimanapun ada dua ekor lagi yang dah mula buat macam rumah sendiri.Buka pintu belakang pasti ada ternanti di luar.Lama-lama nanti mungkin pergilah mereka agaknya.



Yang ini kami panggil namanya si Buruk.Erm tak baik kan gelar ia macam tu, tapi tak tahu nak panggil apa dah kira oklah tu.Telinga sebelah kanan dia macam terpotong ataupun cacat sebelah.Jenis bulu yang gebu, cuma sudah tidak terurus dan kusut masai, mungkin dahulu dia cantik dan dipelihara tapi dah tersesat jadi sedemikian rupa.



Yang ini pula , anak ana gelarkan si Bunga, sebab dia ada tiga warna hitam,putih dan jingga.Masih kecil kira anak kucing lagi.Bunga ni suka buat bising bila lapar dan ter'over' sikit siap masuk rumah tidur di atas sofa lagi.Mungkin sebab dia anak kucing lagi agaknya.Macam yang lain-lain datang ikut belakang rumah,singgah makan dan berteduh tetapi dah hampir tiga hari ni,Bunga tak muncul-muncul lagi.Mungkin jauh berjalan atau tersesat agaknya..

Begitulah kisah pelanggan tetap yang sering kali muncul di belakang rumah ana.Sekadar berkongsi ruang dengan mereka di bumi Allah yang Maha Luas ini.Sebelum ini ana pernah kongsikan kisah pelanggan tetap ana di SINI


~berkongsi kasih sayang disini~

12 ulasan:

  1. Nama panggilan kucing 'buruk' tu boleh dikirakan baik lagi. Kami dulu waktu budak-budak biasanya gelarkan nama dengan watak-watak kartun. Hehe

    BalasPadam
  2. murah rezeki kak ana..bg mkn kucing terbiar :)

    BalasPadam
  3. semoga murah rezeki kak ana..

    BalasPadam
  4. hubby pun rajin nbagi makan dan susu pada pelanggan-pelanggan yang selalu datang rumah kami ni..hiihi..budaya yang baik untuk mengasuh anak supaya belas kasihan pada makhluk lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah zila bersama mencari keredhaanNya jua sementara berkesempatan ni kan..

      Padam
  5. Comel pelanggan tetap kak Ana..Pelanggan tetap CP dah pindah kat rumah depan tapi tiap-tiap pagi mesti datang minta makanan..seronok gak layan walaupun penghuni tetap kat rumah ni jeles..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, macam tu pula pelanggan dah pindah ye,tapi makan tetap datang juga..Alhamdulillah CP semoga kita sama-sama mencari keredhaanNya jua..amin.

      Padam
  6. Rumah akak de pelanggan tetap ye..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah mimi, macam-macam rupa yang datang..hehe

      Padam