sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 16 Jun 2014

Taman Seni Budaya,Seremban


Masih cerita di Seremban, dikesempatan yang ada ana dan keluarga terpukau dengan keindahan seni bina bangunan berciri tradisi Minangkabau iaitu Kompleks Taman Seni Budaya, Seremban.Di kompleks ini terdapat 3 buah senibina Minangkabau yang sangat cantik iaitu Muzium Negeri,Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan.

Muzium Negeri,Seremban

Muzium Negeri Seremban
Bangunan Muzium Negeri,Negeri Sembilan ini dikenali sebagai Teratak Pepatih dirasmikan sebagai Muzium Negeri pada 14hb Julai 1986.Keindahan senibina berciri Minangkabau sangat cantik dengan bumbung melentik seperti tanduk kerbau pasti memukau pandangan mata.Diperbuat daripada kayu dengan seni ukiran yang menarik menempatkan pameran kraftangan dan artifak-artifak sejarah penduduk tempatan.


Senibina dari kayu yang menyerikan ruang dalaman Teratak Pepatih

Kompleks Taman Seni Budaya,Seremban

Disamping Teratak Pepatih atau Muzium Negeri Seremban,di sebelahnya terdapat dua buah bangunan istimewa iaitu Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan serta replika batu Megalitik.

Istana Ampang Tinggi,Seremban


Istana Ampang Tinggi,Seremban

Istana ini telah dibina semasa pemerintahan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-5, Yamtuan Udin atau lebih dikenali sebagai Yamtuan Imam Sri Menanti di Ampang Tinggi, Kuala Pilah pada tahun 1961. Beliau telah memegang tampuk pemerintahan selama 10 tahun iaitu dari tahun 1861 hingga 1869. Istana ini berukuran 66 1/2 kaki lebar dan 23 1/2 kaki panjang dan terdapat pelbagai bentuk ukiran yang sangat halus buatannya di sepanjang luar dinding istana ini.
Keistimewaan utama istana ini adalah ia dibina tanpa menggunakan sebatang paku. Namun istana ini masih kukuh walaupun usianya telah menjangkau 133 tahun. Kerana keunikan senibina dan kehalusan ukiran, rumah ini pernah dipamerkan di England pada tahun 1994 sebagai contoh senibina Melayu. Terdapat ukiran Al-Quran pada dinding bahagian dalam rumah ini. 


Ruang dalam Istana Ampang Tinggi


Rumah Negeri Sembilan

 

Rumah Negeri Sembilan,Taman Seni Budaya,Seremban

Nama asal rumah ini adalah Rumah Undang, Sungai Ujong sebelum ditukar kepada Rumah Negeri Sembilan. Rumah yang dibina pada tahun 1898 di Kampung Air garam, Mambau ini merupakan rumah Tengku Saiyed Ismail bin Tengku Saiyed Abdul Rahman, Dato' Kelana Sungai Ujong.
Ia dipindahkan ke tapak Kompleks Taman Seni Budaya sebagai muzium pada 1980-an. Oleh kerana status tersebut maka monumen ini telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri sebagai bangunan bersejarah.

Replika batu megalitik

Replika batu megalitik di Taman Seni Budaya,Seremban
 

Penerangan batu megalitik

20 ulasan:

  1. nice...memang suka tengok senibina minangkabau

    BalasPadam
  2. Nice sharing:-) Seni bina minangkabau ni memang unik.

    BalasPadam
  3. tgk muzium tu teringat iklan adabi hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke Dayah, kak ana rasa Istana kenangan kat Kuala Kangsar tu lagi macam Adabi tu kan hehe

      Padam
  4. Seni bina Minangkabau memang mempunyai keunikannya yang tersendiri..terima kasih kak Ana..nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. keindahan senibina tradisi minangkabau yang unik, sama-sama CP

      Padam
  5. Rumah minagkabau mmg unik.n cntik

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. anies: suatu hari nanti ada rezeki sampailah kan..

      Padam
  7. suki pun dah penah gi sekali dgn family..best kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. bestkan Suki, melihat keunikan sesuatu adat dan tradisi kaum di tanahair..

      Padam
  8. niceee ! bilah lah dapat pegi n9 nie..huhuuuu. btw, salam ziarah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq cik ayu..satu hari nanti sampailah tu..hehe

      Padam