sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 24 Jun 2014

Tiba-tiba Gas Memasak Habis..


Masakan belum lagi mendidih atas dapur gas, tiba-tiba api padam, maknanya gas memasak dah habis.Bagi yang ada simpan tong gas 'spare' tu selamatlah boleh tukar terus.Rumah ana memang tak ada tong gas 'spare' ni, jadi kenalah telefon kedai runcit untuk penghantaran.Lazimnya, kalau masa-masa tertentu, penghantar gas pula tiada dan bagitau lepas Zohor baru boleh hantar katanya.Habis macam mana tu?


Dapur gas

Salah satu jalan alternatif yang sering ana lakukan ialah menggunakan dapur elektrik atau microwave. Kedua-dua alat memasak ini sebagai 'back up' apabila kehabisan gas.Sekarang di pasaran harganya tidak terlalu mahal dan mampu dimiliki oleh kebanyakan keluarga.

Dapur Elektrik

 

Dapur Elektrik

Jarang ana memasak dengan menggunakan dapur elektrik kerana agak terhad kaedahnya serta menambahkan lagi bil elektrik kerana menggunakan sehingga 1100w. Ana cuma gunakan ketika 'darurat' seperti situasi kehabisan gas.Namun banyak pantang larang juga apabila kita memasak dengan dapur elektrik ini antaranya menggunakan periuk atau kuali leper sahaja yang memenuhi lingkaran pemanas tengahnya.Dalam kata lain tak boleh menggunakan kuali 'wok' yang biasa untuk menggoreng.

Ianya seringkali menjadi penyelamat ana didapur sementara menunggu gas sampai.Ana juga sering membawanya untuk bercuti apabila kami menyewa homestay yang tidak menyediakan dapur.Selain itu ia juga sesuai untuk kita menjamu tetamu dengan menu 'stim boat', mudah diletakkan di meja makan atau meja hidangan.

Microwave

 

Microwave
Selain daripada dapur elektrik, oven microwave juga boleh digunakan untuk memasak masakan.Cuma kaedah ini sangat moden dan tidak semua jenis masakan boleh disediakan dengannya.Pendek kata lagi banyak pantang larangnya ketika memasak dengan oven microwave ini.

Selalunya ana akan menggunakannya untuk memanaskan semula makanan sahaja.Lebih-lebih lagi ketika bersahur kelak ia akan lebih memudahkan proses pemanasan dan tidak mengubah rasa.

Jika kedua-dua alatan ini tiada dirumah, cara yang paling afdal ke kedai makan sahajalah,bungkus atau makan sahaja disana.

~berkongsi kisah disini~

22 ulasan:

  1. Kat rumah CP sentiasa ada tong gas spare. Bukan apa takut gak sebab CP suka kukus kek malam-malam. Kalau habis gas takdak spare memang susah.
    p/s blog CP ada masalah sebab tu walaupun update tapi masih entri yang lama keluar kat bloglist.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eloklah ada tong spare kan, dulu kak ana ada juga tapi sebab ruang kabinet yang agak terhad maka dah jual dah ,kak ana juga ada masalah dengan blogger bila reading list tak boleh keluar cuma dia bagi satu blog je,susah nak blogwalking pada rakan blogger yang kita following..

      Padam
  2. takde tong gas spare pon..kalo tengah masak, gas abis memang hancur leburlah tekak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Mar, nasiblah kalau setakad masak berkuah kalau menggoreng makan minyak lah lauk kita sementara tunggu gas sampai..hihi

      Padam
  3. Hehe... nurul pun xde tong gas spare kat rumah... masak le bakar2 guna oven je... xpun makan luar terus... tapi kalau orang kedai antar gas time tu jugak oklah... microwave nurul cuma guna tuk panaskan lauk... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok gak Nrl guna oven,sama macam kak ana juga microwave guna untuk memanaskan makanan je,orang kampung le katakan hehe

      Padam
  4. rumah saya takde dapur gas..ada dapur elektrik je..nak kena ada jugak..bayangkan tetiba elektrik takde..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena ada gak Nick, sekarang ni masak sikit bolehlah tak lama lagi dah ada orang dapur kena beli dapur gas..hehe

      Padam
  5. suka yang dapur gas jugak.dapur elektrik ni kena ada periuk kuali khas dia.tapi kalau buat deep fried prefer dapur elektrik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Sal, kak ana pun kekok gak masak dengan dapur letrik ni, tu yang guna time darurat je..

      Padam
  6. mcm rumah saya..memng sellau ada tong gas spare..sbab snang.. sikit kalau urgent :)
    tapi klau dpat yg elektrik tu pun apa hai.. best :)
    memudahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana-manapun boleh kan..janji boleh digunakan masa kecemasan macam ni.

      Padam
  7. kalau suki..start kete pegi beli drive tru ..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha yang tu alternatif yang paling bijak my dear

      Padam
  8. prefer guna dapur gas, baru seronok memasak
    microwave guna time nk buat ikan bakar. ayam bakar
    puasa dah dekat, memang kena berasap balik dapur bujang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm bestnya ayam bakar dan ikan bakar,kembali berasaplah dapur bujang pb sempena Ramadan ni ye..

      Padam
  9. Fuza memang ada tong spare, senang kalau emergency memalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus kan Fuza, ada tong spare ni..

      Padam
  10. suka penyelesaian yang terakhir tu, hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orait boleh buat selalu kan hehe

      Padam
  11. sama lah kak rumah sy memg takde spare tong gas...bile bis bru beli..tuh pun kol incik hubby gtau gas abis..bile die lik keje bru die belikan...sy lak selalu msk gune periuk nasi kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah juga cuba masak guna periuk nasi tak berapa pandai lah Mimi,nanti buat tutorial ye..hehe

      Padam