UiTM kampus Kuala Pilah


Hari pendaftaran di UiTM,Kuala Pilah

Dikesempatan ini, ana nak kongsikan pengalaman pertama kali ana menghantar anak untuk mendaftar di kampus UiTM Kuala Pilah.Semoga dapat memberi sedikit gambaran kepada anak-anak di masa akan datang dan juga ibu bapa seperti ana yang 'zero' pengalaman untuk menghantar anak ke ipta.

Kami bertolak seawal 6:15 pagi selepas selesai solat Subuh dari Rawang.Melalui Jalan Cheras menuju Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) mengambil masa kira-kira dua jam sampai ke destinasi iaitu bandar Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Selepas singgah sarapan di sini, kami teruskan perjalanan ke kampus UiTM Kuala Pilah dan lebih kurang jam 9.00 pagi deretan kenderaan sudah mula sesak di pintu masuk utama kampus.

Deretan kenderaan dari pintu masuk utama

Sampai di sana, disambut oleh pelajar senior yang memberikan carta aliran untuk proses pendaftran.Selepas memakir kenderaan di tempat yang diarahkan, anak-anak diberikan no bilik kolej kediaman secara rambang mengikut kursus dan jantina.Kami terus ke blok kolej kediaman pelajar dan anak akan mendaftar nama disana.Selepas selesai urusan pendaftaran, bolehlah ibu bapa membawa masuk barang-barang anak ke bilik yang ditetapkan.Proses ini tidak begitu lama dalam masa lima belas minit telah selesai, munkin kerana kami antara yang sampai awal untuk mendaftar.

Ana sempat mengemaskan pakaian anak kedalam almari dan memasangkan cadar sambil berkenalan dengan rakan sebilik anak ana yang juga berasal dari Selangor.Alhamdulillah nampak serasi mereka berdua malahan lebih kurang sama citarasa dengan cadar berwarna 'pink' dan sama-sama membawa patung 'teddy bear' sebagai teman.

Kami keluar semula ke Giant di bandar Kuala Pilah untuk makan tengahari dan membeli lagi apa-apa keperluan anak termasuk mangga kunci untuk almari pakaiannya.Ibu bapa hanya dibenarkan berada di kolej kediaman sehingga jam 3.00 petang kerana selepas solat Asar nanti anak-anak diwajibkan bersedia untuk program Minggu Destini Pelajar selama seminggu.

Kami meninggalkan kak long dengan linangan airmata kerana ini merupakan kali pertama dia terpisah dengan ibu,ayah dan adiknya.Hanya Allah swt yang tahu perasaan ketika itu dan ana berpesan kepadanya semoga kuat dan tabah menjalani kehidupan disini dan Allah swt ada bersamanya serta doa ibu-ayah mengiringi setiap detik harinya.

Kampus UiTM,Kuala Pilah

 

 UiTM Kuala Pilah

Sedikit gambaran tentang kampus UiTM Kuala Pilah yang dapat ana kongsikan disini.Agak jauh ke dalam lebih kurang 7km dari bandar Kuala Pilah melalui ladang kelapa sawit.Kampus agak berbukit dan suasana sangat dingin dan tenang di waktu pagi ketika kami sampai.Diteduhi pohon-pohon yang hijau merimbun.



Disinilah Dengan IzinNya anak ana akan menuntut ilmu selama satu semester sebelum berpindah ke kampus tetap di UiTM Tapah.Fakulti Sains Gunaan terletak lebih kurang 1 km dari kolej kediaman pelajar.



Disediakan laluan jalan kaki berbumbung yang menghubungkan kolej kediaman pelajar ke bangunan fakulti.Terasa lega sedikit anak-anak tidak terkena panas dan hujan untuk berulang alik nanti.

Blok kolej kediaman pelajar di UiTM Kuala Pilah

Deretan bangunan blok kolej kediaman pelajar di sini, terdapat lebih kurang sepuluh blok kalau tidak silap ana disediakan untuk dihuni pelajar-pelajar sepanjang mengikuti pengajian disini.


Ditengah-tengah blok kolej kediaman pelajar ialah tempat makan atau kafetaria dan kedai-kedai keperluan lain.Di hadapan kafetaria ini terdapat sebuah surau.Turut disediakan di kampus ialah klinik dan mesin ATM untuk keperluan pelajar.


Diatas ini pula ialah sedikit gambaran didalam unit kediaman pelajar, dimana setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan setiap bilik dihuni oleh 2 orang pelajar.Memang selesa untuk anak-anak menetap disini dimana disediakan sebuah almari dan meja belajar.Unit kediaman juga mempunyai 3 bilik air dan tandas.

Semoga perkongsian ana disini dapat memberi serba sedikit gambaran untuk anak-anak yang bakal menghuni di kampus UiTM Kuala Pilah serta ibu bapa yang pertama kali akan menghantar anak untuk mendaftar ke sini suatu hari nanti.Yang baik semuanya dari Allah swt dan yang tidak elok itu datangnya dari kesilapan ana sendiri sebagai hambaNya.


~berkongsi pengalaman disini~

24 Comments

  1. Sedihnya bila kena berpisah ngan anak camni... cam nrl dulu2 kat ITM, bia mak abah antar, masuk bilik nangis terus... mak abah pun cam berat je nak tinggalkan kita... nrl nak tunggu bertahun2 lagi tuk rasa balik saat tu bila anak2 nrl plak pi belajar jauh2... hehe, yang sulung pun br 7 thn... lama lagi tu...
    Semoga anak K Ana dapat sesuaikan diri & dapat belajar dengan baik... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nrl..macam tu lah rasanya maklum anak kak ana tak pernah berenggang dari kecil, so memang berat hati sampai hari ini pun duk fikir pasal dia,cuma kuatkan hati bila dia call buat macam biasa,yelah nnt kita sedih dia lagi sedih kat sana..

      Delete
  2. Damainya suasana UiTM Kuala Pilah..mesti selesa adik-adik menuntut ilmu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa kak ana disana memang berangin dan sunyi jugalah sebab berbukit sikit kawasannya..mudah-mudahan CP mereka selesa disana menuntut ilmu..

      Delete
  3. Wahhh dah masuk uitm anak kak ana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mama mursyid: macam tu lah rezekinya kat sana..

      Delete
  4. perkongsian yang bagus..dapat pengalaman kat sini..anak sura baru nak SPM tahun ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah , sedikit masa lagi giliran sura pula ,semoga sukses dalam spm buat anak sura..

      Delete
  5. Selamat belajar kepada anakanda akak Ana

    ReplyDelete
  6. wahhh...cun jgk tempat dia kan..gud luck utk permata hati ana,bljr rajin2 utk bangsa dan agama...ehem...biasa la pasni homesick cikit mula2...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Tiqi, sama je ibu dengan anak saling merindu bila berpisah macam ni..bila kak ana fikirkan macam Tiqi lagi jauh menuntut ilmu kan..semoga kalian dirahmatNya setiap masa..amin.

      Delete
  7. Wahh, dh ade anak dara sis ana ni ye..... bestkan lalu lekas,;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, itulah dia CikNa..best sunyi gak hiway Lekas tu tak sibuk macam KL-Seremban..

      Delete
  8. jauh ke dalam kan pilah..last year 1st time pegi

    ReplyDelete
  9. Biasa la kalau time pendaftaran. Kat mana-mana ipt memang akan jem. Sebab tu dulu masa saya registered, ayah saya suruh saya pegi sorang-sorang je naik motor. Malas nak sangkut dalam jem. Haha.

    Tapi kalau anak perempuan, memang parent kena ikut. Kena juga peratikan tempat study tu macam mana keadaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SY, mana-manapun sesak,hehe..lelaki ni jiwa kental sikitlah berbanding anak perempuan..hehe

      Delete
  10. tahniah anak ana..anak-anak saya kecil lagi, teringat pengalaman hari pertama masuk U dulu...Pasti suasana sekarang berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sekali lagi zila, pasti masih segar dalam ingatan kan..

      Delete
  11. Wah bestnye uitm.k.pilah..sy dlu blaja kt uitm lendu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mimi berjaya dalam pelajaran, semoga anak kak ana akan menurut jejak mimi jua nanti,Insyaa Allah.

      Delete
  12. Saya akan sambung belajar di UiTM Kuala Pilah tahun ni(21/7/2019).Kisah yang akak/aunty kongsikan sangat memberi saya semangat.Boleh kongsikan pula tentang MDS? Sebab saya masih bimbang barang2 seperti pakaian penting yang perlu dibawa tidak cukup nanti.Saya juga tertanya2 pakaian seperti apa yang perlu saya pakai semasa datang mendaftar pada hari pertama.Bila pula waktu yang saya perlu pakai baju kurung hitam putih tu?

    Harap akak/aunty sudi menjawab..🤗😊

    ReplyDelete
    Replies

    1. Alhamdulillah Tahniah bakal bergelar siswazah/siswa di kampus Uitm Kuala Pilah. Entri ini telah di terbitkan pada tahun 2014 ketika anak aunty mula masuk mendaftar,mungkin fakta telah banyak berubah tetapi aunty cuba juga untuk membantu sebaik mungkin. Waktu pendaftaran di mana-mana kampus UiTM atau IPTA adalah di galakkan memakai baju kurung atau kemeja dan seluar slack untuk pelajar lelaki. Pakaian hitam putih biasanya di pakai pada hari angkat sumpah pelajar sahaja. Selebihnya pakailah baju kurung atau kemeja buat lelaki ya.. Semoga dapat membantu . Sediakanlah pakaian untuk seminggu kerana dalam tempoh MDS memang tak cukup masa untuk mencuci pakaian, jadual penuh dari pagi hingga ke malam. All the best dan nikmatilah kehidupan sebagai siswa siswi sebaiknya.

      Delete