Belalang kunyit

 

Belalang kunyit

Pagi tadi semasa hendak mengambil daun pandan terpandang seekor makhluk Allah swt melekat pada salah sehelai daun pandan belakang rumah.Ini namanya belalang kunyit.Sebab warnanya kuning , kalau belalang biasa tu warnanya hijau daun.Belalang..belalang..

Untuk menambahkan informasi tentang pak belalang ni ana cari di Wikipedia dan dapatlah serba sedikit info tentang serangga bernama belalang.Menurut sesetengah orang belalang kunyit boleh di makan.Ia selalunya digoreng garing, namun ana tak rasa nak cuba makanan eksotik sebegini,lebih baik goreng udang saja, lagi enak dimakan.

Belalang merupakan serangga perosak tanaman khasnya pada musim panas dan kering kerana ia cepat membiak dan makan pucuk-pucuk muda tanaman.

Melalui peringkat kitaran hidup hemimetabola (tidak lengkap), iaitu bermula dari telur (dalam tanah), beberapa peringkat bukan dewasa (nimfa) dan seterusnya peringkat serangga dewasa.Belalang juga dikatakan bersalin kulit sehingga tujuh kali semasa kitaran hidupnya.


~berkongsi info disini~

18 Comments

  1. Acik kecik2 dulu pernah makan belalang ana..tapi bukan belalang kunyit..kalau sekarang disuruh pun acik tak mau dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke acik,yelah masa kecik2 tak tahu apa2 kan,kira merasa jugalah ye..

      Delete
  2. sedap juga kak ana..
    rasa ayam.. tapi yg digreng saiz agak bsar

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah rasalah sobrie,tak kisahlah kan tak salahpun makan cuma lalu atau tak saja..

      Delete
  3. Betul la ye boleh dimakan? Ingat rumours je...tapi betulla kata kak ana, baik goreng udang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sal,mak kak ana pernah cerita tapi kak ana yang tak sanggup nak ngap nya hehe

      Delete
  4. Tgok belalang teringt kat mask rider...hhaha

    ReplyDelete
  5. yeringat cerita main main hantu yg sepasang suami isteri tua tuh makan belalang kunyit.adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak sanggup rasanya kak ana nak makan belalang ni,tapi kalau orang yang boleh makan tu kira kuat semangatlah kan mimi

      Delete
  6. Eh kalau saya pun x makan la belalang goreng... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Nora,baik kita goreng udang saja lah

      Delete
  7. isskk..kalu sha pon baik mkn udang k.ana...huhu...tp masa kecik2 dlu ade je geng buat satey...

    ReplyDelete
  8. Dimakan? Oh... Tak kot, seremmmm... Hihi

    ReplyDelete
  9. Kat Thailand ni siap ada belalang kunyit cucuk..tapi geli nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan,bukan setakad belalang kak ana tengok kat TV cengkerik macam2 lah..memang tak boleh nak telan punya lah kan..

      Delete