Sebelum kedatangan Ramadan kali ini, kebanyakan pokok-pokok tanaman belakang rumah ana,hampir semuanya berbunga.Musim bunga agaknya sekarang ni.Jika sebelum ini ana pernah kongsikan kuntuman bunga kunyit di Sini , kali ini ada beberapa kuntuman bunga dari tanaman herba yang sedang berbunga ana kongsikan pula.

Bunga daun kari


Bunga daun kari
Daun kari memang semua orang pernah lihat dan seringkali digunakan sebagai menambah aroma dalam masakan kari.Selain mengeluarkan bunga halus berwarna putih,pokok daun kari ini juga mempunyai biji-biji hijau.Namun hanya daun kari sahaja yang sering ana gunakan dalam masakan , biji dan bunganya tidak pernah diketahui khasiat dan kegunaannya.


Bijian daun kari

Bunga lengkuas

Bunga lengkuas

Pokok lengkuas juga ada mengeluarkan bunganya walaupun cepat layu kerana keterikan cuaca panas ketika ini.Hanya ubi atau isi lengkuas sahaja yang selalu digunakan dalam masakan Melayu seperti rendang,gulai lemak dan singgang.

Bunga kantan

 

Bunga kantan
Kali ini tak banyak pokok kantan yang berbunga, mungkin kerana musim kering ketika ini.Setakad hari ini, cuma sekumtum sedang mekar.Lepaslah untuk dijadikan ulam dalam laksa utara sehari dua lagi, Insyaa Allah.Selain dari menjadi bahan menambah kelazatan dalam masakan asam pedas, laksa dan boleh dijadikan kerabu.Resepinya pernah ana kongsikan di Sini .

Bunga cekur


Bunga cekur (foto :relakssminda.blogspot.com)

Sebelum ini memang pokok cekur ana berbunga seperti di atas namun ketika hendak mengambil fotonya hanya daun yang tinggal.Mungkin telah gugur bunganya.Oleh itu ana pinjam foto dari blog relakssminda supaya dapat melihat keindahan bunga cekur ini.Sebenarnya ana jarang juga menggunakan cekur dalam masakan cuma sengaja menanamnya kerana mendapat benih dari jiran berbangsa Cina yang menyatakan isi cekur elok dimakan untuk membuang angin dalam badan.Mak ana pernah mencampurkan cekur ke dalam ramuan sambal pecal untuk mengelakkan sakit perut katannya.

Setakad ini sahaja yang sempat ana kongsikan beberapa kuntuman bunga herba yang pernah dan sedang berbunga di kebun kecil dibelakang rumah.


~berkongsi info disini~

26 Comments


  1. Wah cantik cantik...geramnya...tentu ada manfaatnya yg kita tak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan Ozie, memang benar banyak yang belum kita pelajari tentang khasiatnya..

      Delete
  2. assalamualaikum ana...terbaik ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama... ana kongsikan saja apa yang ada ni..hehe

      Delete
  3. Bestnya belakang rumah ada tanam macam-macam. Tengok bunga kantan teringin laksa plak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah sikit2 Sal, setakad nak masak sendiri tu lepaslah..erm nanti cepat2 gi buat laksa ye untuk iftar..hehe tak pun kat bazar pun ada dik

      Delete
  4. Rajinnya kak ana. CP tanam pokok daun kari dengan cili je sebab takde kawasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP adalah kawasan sekangkang kera hehe..kak ana banyak kali dah tanam cili dan cili api memang tak serasi..mungkin tanah tak sesuai agaknya..

      Delete
  5. paling saya suka bunga kantan sbb sy suka buat laksa penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm betul tu shameel, laksa utara tanpa bunga kantan hilanglah serinya..

      Delete
  6. salam kak,Cik Nur singgah & follow sini ^-^
    wahhh...bunga kantan tue buat laksa sedap nie.....kadang2 yang jual kat kedai tue dah layu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam CN,terima kasih follow kak ana, Insyaa Allah bakal kak ana jejaki kembali nanti..kat sini sekuntum rm1 dah bunga kantan ni..

      Delete
  7. ana..daun dan isi cekur selain buat perasa dalam kerabu boleh juga buat ulam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke kakyon, belum pernah cuba lagi,insyaa Allah nanti ana cuba berulam cekur..

      Delete
  8. Cekur buat urap ngan kacang botol.. mmmppphhh sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. urap tu macam mana ye chegu, tak pernah makan lagi??

      Delete
  9. lengkuas sedap.. buat rojak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik boleh ke white lily, macam mana pula tu ye?1st time kak ana dengar ni..hehe

      Delete
  10. Replies
    1. Fuza: bukanlah taman, sekangkang kera je kat belakang rumah kak ana ni hehe

      Delete
  11. sanang nak masak..
    smua ada kat blakang umah :P
    petik je lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah sobri, lepaslah untuk masakan harian kak ana

      Delete
  12. syoknya rumah ada laman nk taman pokok2 herba.sy dok umah flat so tanam pokok daun kari n pokok pandan dlm pasu ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulupun kak ana tinggal di apartment tingkat 4, tanam dalam pasu juga Zai..

      Delete
  13. cantik pulak bunga cekur tuh

    ReplyDelete