Kad Raya Dari Cik Pin
Terima kasih kak ana nak ucapkan pada rakan blogger Cerita Orang Bujang (COB) iaitu adinda Cik Pinz kerana sudi mengirimkan sekeping kad ucapan Hari Raya Aidil Fitri buat kak ana.Lama sungguh dah kak ana tak terima kad ucapan macam ni.Seronok pula rasanya.
Alhamdulillah dari catatan 'reading list' rakan-rakan blogger, ramai yang dah menghidupkan kembali kiriman kad-kad ucapan Hari Raya . Sesuatu yang sangat positif dan menarik.Maaf kerana kak ana tak sempat nak membalas kad ucapan dari Cik Pinz kerana masa dah terlalu suntuk.Insyaa Allah di lain lebaran jika diizinkanNya kelak, kak ana akan turut serta memeriahkan kiriman kad-kad ucapan kepada rakan-rakan blogger yang dikasihi sekalian.Insyaa Allah...
Sekali lagi terima kasih Cik Pinz dari kak ana ..
18 Comments
best kan kak ana dapat kad raya..tahun depan kalau ada kesempatan bolehla kita berkirim-kirim kad raya.tahun ni terima je, tak membalas pun..
ReplyDeleteklik dove untuk duit raya kak ana..hehe
Insyaa Allah Sal, jika ada rezeki kita berbalas kad raya nanti...tq tq klik dove disini.. :)
DeleteSama-sama..ok je kak Ana..nanti tahun depan kita tukar-tukar kad raya dan biskut raya pulak hehe. CP klik iklan dove ganti duit raya hehe
ReplyDeleteInsyaa Allah CP, kita tukar2 biskut raya lak ye, jika diizinkanNya nanti..tq klik2 sini
Deletetu la k.ana....dlm duk berblog ni ...bleh merasa lg la dapt kad raya...tp sha pon sama...dh kesuntukan sgt...In Shaa Allah thun dpn bleh la berbalas2
ReplyDeletemerasa gak kan Sha, Insyaa Allah di lain ketika kita berbalas kad ucapan pula.. :)
Deletebes dpt kad raya kan...
ReplyDeletenoe nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran ...semoga bergembira bersama keluarga dan maaf zahir batin.
terima kasih noe, salam lebaran juga dari kak ana buat noe sekeluarga..
DeleteTahnniah Kak Ana dapat kad raya. Ini bermakna kad raya belum pupus
ReplyDeletetq aRz, betul tu masih tak pupus, cuma kurang dipraktikkan masa kini, salam lebaran dari kak ana buat aRz dan keluarga.
Deletedapat kad raya memang best..
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri buat ana sekeluarga
terima kasih Mar, salam lebaran dari kak ana juga buat Mar sekeluarga
Deleteselamat hari raya kak ana..
ReplyDeletememng klasik bila dapt kad ni best
salam lebaran sobri..best memang klasik
Deleteassalamualaikum nad...selamat hari raya n maaf zahir batin dr mama...;)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama..salam lebaran buat mama dan famili..
Deletenostalgia sgt bile dpt kad raya kan kak
ReplyDeletebetul tu mimi, salam lebaran buat mimi sekeluarga dari kak ana..
Delete