Terima kasih kak ana nak ucapkan pada rakan blogger Cerita Orang Bujang (COB) iaitu adinda Cik Pinz kerana sudi mengirimkan sekeping kad ucapan Hari Raya Aidil Fitri buat kak ana.Lama sungguh dah kak ana tak terima kad ucapan macam ni.Seronok pula rasanya.

Alhamdulillah dari catatan 'reading list' rakan-rakan blogger, ramai yang dah menghidupkan kembali kiriman kad-kad ucapan Hari Raya . Sesuatu yang sangat positif dan menarik.Maaf kerana kak ana tak sempat nak membalas kad ucapan dari Cik Pinz kerana masa dah terlalu suntuk.Insyaa Allah di lain lebaran jika diizinkanNya kelak, kak ana akan turut serta memeriahkan kiriman kad-kad ucapan kepada rakan-rakan blogger yang dikasihi sekalian.Insyaa Allah...

Sekali lagi terima kasih Cik Pinz dari kak ana ..

18 Comments

  1. best kan kak ana dapat kad raya..tahun depan kalau ada kesempatan bolehla kita berkirim-kirim kad raya.tahun ni terima je, tak membalas pun..

    klik dove untuk duit raya kak ana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah Sal, jika ada rezeki kita berbalas kad raya nanti...tq tq klik dove disini.. :)

      Delete
  2. Sama-sama..ok je kak Ana..nanti tahun depan kita tukar-tukar kad raya dan biskut raya pulak hehe. CP klik iklan dove ganti duit raya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah CP, kita tukar2 biskut raya lak ye, jika diizinkanNya nanti..tq klik2 sini

      Delete
  3. tu la k.ana....dlm duk berblog ni ...bleh merasa lg la dapt kad raya...tp sha pon sama...dh kesuntukan sgt...In Shaa Allah thun dpn bleh la berbalas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. merasa gak kan Sha, Insyaa Allah di lain ketika kita berbalas kad ucapan pula.. :)

      Delete
  4. bes dpt kad raya kan...

    noe nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran ...semoga bergembira bersama keluarga dan maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih noe, salam lebaran juga dari kak ana buat noe sekeluarga..

      Delete
  5. Tahnniah Kak Ana dapat kad raya. Ini bermakna kad raya belum pupus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aRz, betul tu masih tak pupus, cuma kurang dipraktikkan masa kini, salam lebaran dari kak ana buat aRz dan keluarga.

      Delete
  6. dapat kad raya memang best..
    selamat hari raya aidilfitri buat ana sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mar, salam lebaran dari kak ana juga buat Mar sekeluarga

      Delete
  7. selamat hari raya kak ana..
    memng klasik bila dapt kad ni best

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum nad...selamat hari raya n maaf zahir batin dr mama...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama..salam lebaran buat mama dan famili..

      Delete
  9. nostalgia sgt bile dpt kad raya kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mimi, salam lebaran buat mimi sekeluarga dari kak ana..

      Delete