sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 12 Julai 2014

Koktail Puding Jagung


Koktail puding jagung (menu recycle)

Koktail Puding Jagung

Kenapa ana panggil menu recycle pada koktail puding jagung ni?Ini kerana hari Khamis lepas, Adik ada majlis iftar di sekolahnya dan ana menyediakan puding jagung untuk juadah 'pot luck' dibawa ke sekolah.Memandangkan masih ada lagi puding jagung didalam peti ais, ana 'recycle' kan semula dengan menjadikannya juadah koktail yang ringkas.

Untuk resepi puding jagung bolehlah klik di SINI .Untuk menyediakan koktail, ana gunakan 1 tin susu cair,esen vanila dan buah-buahan koktail didalam tin. Lebihan puding jagung semalam, ana potong kecil-kecil.Didihkan susu cair dengan esen vanila dan sejukkan.Didalam mangkuk sajian, letakkan puding jagung,buah-buahan koktail atau boleh juga gunakan buah laici dan sirapnya kemudian tuangkan susu cair ke atasnya.Sekarang puding jagung semalam sudah boleh dinikmati sebagai koktail pula.

Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran pada juadah iftar dan boleh menikmatinya sebagai menu yang baru.Selamat menjalani ibadah Ramadan di hari yang ke 14.


~berkongsi resepi disini~

17 ulasan:

  1. Sedappnya..bila la nk buat...ramadahn karim

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada 12 hari lagi Knor untuk mencuba, menu open house pun boleh gak ni..

      Padam
  2. sedapnya..kreatif betul kak ana ni..pinjam resepi ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sal, bab recycle ni akak awak memang rajin hehe..ambillah.

      Padam
  3. sedapnyaaa, lagi2 makan semasa sejuk....emmmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah nani, kak ana memang suka makan sejuk..baru nyum nyum..

      Padam
  4. sedapnya kak ana...mujur jauh kalau dekat CP dah hulur pinggan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah CP, kalau berjiran boleh kita tukar2 juadah hehe

      Padam
  5. alamak. silap masuk blog la bulan puasa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..cobaan di bulan Ramadan aRz..

      Padam
  6. Adohai... kena cuba ni nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba Fuza..lepas Ramadan pun boleh..hehe

      Padam
  7. gulp! kreatif la akak nih.. hehe.. thanks for sharing :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok dear..nanti bolehlah cuba ye.. :)

      Padam
  8. Assalamualaikum ana...mmg bagus mcm ni...x membazir kn...

    BalasPadam