sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 5 Julai 2014

Menu Buah Kurma


Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, ana pasti setiap rumah saudara muslimin muslimat pasti ada bekalan buah kurma untuk dimakan ketika sahur dan iftar.Menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasullullah saw disamping khasiatnya yang sangat bagus untuk tubuh badan.Selain dari dimakan begitu, hari ini ana kongsikan dua jenis menu yang pernah ana sediakan untuk juadah iftar, iaitu jus buah kurma dan agar-agar buah kurma.Resepi yang sangat mudah dan sesuai dimakan sejuk.

Jus kurma


Jus buah kurma

Beberapa biji buah kurma (ikutlah banyak mana yang dikehendaki),buangkan bijinya,kemudian direbus hingga lembut,kemudian di kisar dalam blender hingga hancur.Tapis jusnya dan campurkan dengan sedikit gula jika kurang manis.Jika terlalu pekat campurkan sedikit air sejuk.Masukkan ketulan ais batu atau sejukkan dalam petisejuk.Siap untuk diminum.Ada juga dikalangan rakan ana yang mencampurkannya dengan susu cair.Bolehlah kita ubah suai mengikut citarasa masing-masing.

Agar-agar buah kurma


Agar-agar buah kurma

Sama proses seperti jus kurma, buang biji buah kurma dan rebus hingga lembut.Tapiskan jusnya.Didihkan sebungkus agar-agar kering, masukkan gula (ikut rasa), jus buah kurma dan masukkan secawan santan pekat serta secubit garam.Untuk aromanya bolehlah letakkan sehelai daun pandan.

Bila mendidih,keluarkan daun pandan dan tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.Lebih enak dimakan selepas disejukkan didalam peti sejuk.Selamat mencuba.


~berkongsi resepi disini~

30 ulasan:

  1. menarik jugak resepi agar-agar kurma tu..tak pernah lagi dengar orang buat..
    singgah isi tabung kak ana

    BalasPadam
  2. ED suka ratah kurma begitu sahaja.... Zlurppp!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap gak tu Ed,memang berkhasiat kan makanan sunnah ni..

      Padam
  3. banyak dpat kurma tahun ni..
    kalau setakat nak mkan mcm tu je.. memng bayak x hbis.
    bgus juga pelbagaikan menu kurma

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sobri memang rezeki banyak buah kurma di rumah setiap tahun kan

      Padam
  4. Wah ! Kat rumah dayah berkotak-2 stok buah kurma untuk sepanjang puasa ni . Tp makan time berbuka and sahur . Rasanya blh la try buat puding kurma tu kan . Jenuh nak habiskan . Bnyk kotak . hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah dayah, kadang-kadang habis Ramadan masih ada lagi buah kurma ni, jom kita pelbagaikan resepinya..

      Padam
  5. Menarik..xpernah dgr, tp blh la cuba klu inginkan kelainan dlm menu bbuka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba kay izzeyda,mungkin kena dengan selera pula,

      Padam
  6. Sedap nampak agar agar tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang agat2 santan biasa Ozie, gantikan gula merah dengan jus kurma sahaja.

      Padam
  7. tak pernah terpikir kurma boleh buat jus n agar-agar, nice for sharing sis..dah takde idea nak buat apa utk berbuka..lepas ni boleh la cuba =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Hajar, semoga memberikan sedikit idea buat menyediakan juadah iftar..

      Padam
  8. Sedapnya agar-agar kurma. Sambil jamu mata sambil klik untuk kak ana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejuk je masuk tekak kan CP..tq vm klik2 utk kak ana..

      Padam
  9. jus kurma rasanya saya pun nak cuba buat juga.. Nak try kelazatan jus kurma. Terima kasih Ana kerana berkongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah shameel, boleh cuba memang sedap dan berkhasiat makanan sunnah ni.

      Padam
  10. sejuk saja rasanya tekak bila minum jus kurma. tambahan pulak cuaca panas..elok di cuba ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sejuk kakyon bila tambah ais batu..hehe

      Padam
  11. sebenanrnya buah kurma nih boleh di pelbagaikan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu mimi..kita ubahsuai je resepinya..

      Padam
  12. mudah dan senang. plus boleh pelbagaikan citarasa. antaranye jus lah paling ohsem. kenyang pun kenyang

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan white lily...sedap rasanya..

      Padam
  13. Menarik juga. Nanti boleh Cuba. Kekdg tu nk jugak tukar selera kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaa Allah, cubalah untuk kelainan sekali sekala..

      Padam
  14. Kak Ana saya suka blend buar kurma dengan susu segar memang terangkat habis

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok, aRz masih ada stok kurma nnt kak ana cuba lak blend dengan susu segar..

      Padam