sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 17 Julai 2014

Nostalgia Lagu Hari Raya

 

Nostalgia lagu-lagu Hari Raya

 


Alhamdulillah hari ini sudah masuk 19 Ramadan 1435.Bila buka siaran-siaran radio dah mula berkumandang lagu-lagu Hari Raya.Semangat menyambut fajar 1 Syawal semakin terasa.Anak-anak diperantauan berkobar-kobar rasa nak balik kampung halaman.Kalau sedang kayuh mesin jahit tu makin laju tekan 'speed'nya nak siapkan tempahan dan langsir.Begitulah pengaruh lagu-lagu Hari Raya dalam mencipta kemeriahan menjelang 1 Syawal.

Namun bagi ana, alunan lagu-lagu Hari Raya nostalgialah yang paling melekat dan terkesan dihati untuk lebih merasai semangat Aidil Fitri.Mungkin kerana ianya menyimpan memori lebaran yang lalu dan telah sebati dengan suasana hari lebaran.Lagu Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee misalnya telah ada sebelum kita lahir lagi, namun bila berkumandang semula, barulah 'mood' raya akan sampai.

Selain itu, lagu-lagu Hari Raya era 80an dan 90an juga semakin melekat di hati kita dalam menanti ketibaan fajar Syawal.Anak-anak pasti gembira mendendangkan lagu Balik Kampung dari Sudirman, lagu-lagu Sharifah Aini, DJ Dave dan lain-lain.

Tidak dinafikan juga, lagu-lagu Hari Raya nyanyian Dato' Siti Nurhaliza antara yang cepat menambat hati seiring dengan lagu-lagu nostalgia.Mungkin kerana alunan irama Malaysianya atau kelunakan suaranya yang boleh menyentuh perasaan pendengar.Antara yang ana suka dengari ialah lagu Nazam Lebaran.

Seronok menaip kisah nostalgia lagu-lagu Hari Raya ni.Walau apapun ianya cuma menambahkan kemeriahan dalam kita menyambut kedatangan hari lebaran yang bakal menjelma.Sekadar halwa telinga dan teruskan ibadah kerana sepuluh malam terakhir Ramadan nanti perhebatkanlah lagi amalan kita bersama.


~berkongsi nostalgia disini~

24 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ana.. belum dapat berpuasa. sedih je rasa T____T"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Sheila, haha..puaslah mengganti nanti ye..tak pe dah itu takdirnya..Adam kan ada buat penawar hati..hehe

      Padam
  2. lagu lagu lama ni mungkin boleh membangkitkan semangat nak beraya bagi golongan yg semakin berusia....hihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ozie, memang benar malah yang muda-muda pun menggemarinya..

      Padam
  3. CP suka jugak lagu Dato CT. Lagu lain yang jadi pilihan lagu Aishah-Pulanglah dan lagu Noor Kumalasari- Pulang Di Hari Raya. Sekarang dok layan lagu ForUToC Bergema Takbir Di Pagi Raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha sama dengan kak ana seronok lak remake lagu 4U2C tu kan, dengan suara si Acey tu hehe

      Padam
  4. lagu raya paling saya suka - Aman Shah, kepulangan yang dinanti..memang ternanti-nanti lagu tu keluar kat radio..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana tahu lagu tu, sayu je kan..

      Padam
  5. Lama rasa tak terjah blog ini. Rasanya macam awal lagi diorang pasang lagu raya.
    Lagu kesukaan saya adalah anuar zain- Bersabarlah sayang hihi
    teringat masa naik bas nak balik kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang touching lah lagu tu aRz, ada gak pengalaman balik kg naik bas ye..

      Padam
  6. lagu raya dulu-dulu juga yang best..bila mendengarnya,terasa suasana raya tue kan.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan cahaya nur, baru dapat rasa feel nya

      Padam
  7. suka lagu raya yg lama-lama... feel lain mcm ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah, ramai yang sependapat lia..

      Padam
  8. ana..lagu raya yang acik paling suka lagu allahyarhamah dato Sharifa Aini..satu lagu..nostalgia aildilfiti kot tajuknya..setiap tahun bulan puasa sampai raya jadi ringtone telefon acik

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang merdu nyanyian Allahyarhamah.. rajin Acik tukar ringtone raya ye..hehe

      Padam
  9. best dgr smbil kemas umah....huuh..lagu raya lama the best...smpai ke sanubari....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sha, nak-nak sedang tukar langsir kan baru ada feel raya hehe

      Padam
  10. Lagu dulu-dulu dengar muzik je dah rasa kesyahduan lebaran tu.

    BalasPadam
  11. dah mula rasa suasana raya kak ana :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah masuk fasa 10 malam terakhir Sobri..

      Padam
  12. lagu2 raya lama lah best dengar..
    yang baru ni entah apa2...tak feeling raya,

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sebab kita dah sebati dan membesar dengan lagu2 tu ANIM..

      Padam