Galeri Sultan Azlan Shah,Kuala Kangsar

 


Sekiranya berada di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak, disamping melawat Masjid Ubudiah dan Istana Kenangan  jangan lupa singgah ke Galeri Sultan Azlan Shah yang juga berada tidak jauh dari kedua-dua lokasi iaitu di Bukit Chandan. Ia sebuah galeri diraja yang sangat cantik dan tersergam indah mempamerkan koleksi-koleksi dan gambar-gambar keluarga Diraja Almarhum Sultan Azlan Shah.

Harga tiket Galeri Sultan Azlan Shah

Harga tiket untuk masuk ke Galeri Sultan Azlan Shah ialah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk pelajar serta warga emas manakala RM1 untuk murid sekolah rendah.Memang sangat berbaloi kerana galeri ini sangat luas, besar dan terdapat tiga bangunan berbeza untuk dilawati.



Kompleks galeri ini dirasmikan oleh Almarhum Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 9hb Disember 2003.


Bangunan asal galeri ini merupakan sebuah istana konkrit pertama yang dibina di negeri Perak yang di gelar Istana Hulu atau Istana Kota kepunyaan Almarhum Sultan Idris Mursyidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28.Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda Sultan Abdul Jalil dan kemudiannya didiami pula oleh putera baginda, Sultan Yusuff Izudin Shah yang merupakan sultan Perak yang ke 32.




Sebelum di jadikan sebuah galeri diraja, bangunan Istana Hulu ini juga pernah dijadikan bangunan sementara untuk Sekolah Raja Perempuan Mazwin.Namun kini ia merupakan sebuah galeri yang sangat cantik dan penuh dengan pelbagai pameran koleksi peribadi Almarhum Sultan Azlan Shah serta biografi dan catatan perjalanan baginda sebagai seorang Ketua Hakim Negara dan juga seorang Sultan di negeri Perak.

Sekitar kawasan luar galeri Sultan Azlan Shah
Apa yang sangat menarik minat ana pada galeri ini selain daripada bahan pameran yang sangat mewah dan bersejarah ialah senibina bangunan dan lanskap disekelilingnya.Dinding dan lantai marmar yang menghiasi ruang dalam dewan pameran sangat cantik dan bercitarasa mewah atau dalam istilah Inggerisnya 'Royal'.


Lanskap yang sangat cantik di luar galeri


Galeri kenderaan dan Galeri perabot

Dihadapan bangunan utama galeri atau Istana Hulu,terdapat dua buah lagi bangunan baru yang menempatkan galeri kereta Diraja dan juga galeri perabot Diraja.Disini dipamerkan beberapa buah kenderaan mewah milik Almarhum Sultan Azlan Shah dan perabot serta barang-barang hiasan rumah.


Didalam galeri kereta ini, kita akan dapat melihat secara dekat sebuah petaratna atau kenderaan usungan yang membawa jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah yang baru-baru ini digunakan untuk majlis pekebumian Diraja.

Sebenarnya pelawat tidak dibenarkan untuk mengambil gambar didalam ruang pameran dan kerana itulah ana hanya sempat merakamkan beberapa keping foto di sekitar kawasan luar galeri indah ini.


~berkongsi info tempat menarik disini~

26 Comments

  1. salam..

    singgah sini dan follow..

    ReplyDelete
  2. x pernah jalan2 ke perak selain CH hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom satu hari nanti lia datang ke negeri Perak pula ye..Cameron pun kat Pahang lia, lalu ikut Perak je nak sampai ke atas sana..

      Delete
  3. Khabarnya, kat dalam ni ada Keris Tamingsari warisan Kesultanan Melaka dulu. Orang tua-tua kata, Kesultanan Perak waris keturunan Sultan Melaka yang masih lagi memerintah negeri. Johor dengan Pahang dah diambil oleh keturunan Bendahara negeri masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga kak ana terdengar cerita macam ni, tapai masa melawat galeri tempuh hari tak jumpa pula keris ni atau terlepas pandang mungkin juga sebab asyik lihat koleksi yang cantik2 disini.. SY

      Delete
  4. kalau bawak pelajar untuk lawatan sambil belajar memang sesuai la ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sesuai nick, banyak tempat2 menarik disekitar Bukit Chandan yang boleh dilawati, kalau ke Taiping pun tak jauh dari sini.. :)

      Delete
  5. menarik nya kak.. mama belum pernah jejak kaki ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah mama, nanti suatu hari meh lah jalan2 Kuala kangsar pula.. :)

      Delete
  6. CP pun belum pernah datang sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kalau ada peluang CP singgah Kuala Kangsar pula yer..:)

      Delete
  7. pernah ke kuala kangsar, tapi menyinggah kat sini tak pernah pulak..thanks info, ada masa boleh singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah Zila, nanti ada kesempatan singgah sini pula..tak jauh dari bandar KK ni..

      Delete
  8. Lama dah saya xpergi perak.... nanti ada peluang ke perak boleh la singgah...

    ReplyDelete
  9. Bestnya jln2.. Kalau ada rezeki cikla nk g melawat sana lah... Nice sharing Kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok CikLa, mana tahu dengan izinNya nanti sampai jenjalan ke sini pula kan..:)

      Delete
  10. kalau dapat tengok gambar kat dalam lagi best kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal: blog rakan blogger Sobri Yaacob ada foto2 didalam galeri sb beliau dapat kebenaran utk ambil gambar: http://www.sobriyaacob.com/2014/07/perak-trip-galeri-sultan-azlan-shah.html

      Delete
  11. Replies
    1. memang cantik Mimi, kat bahagian dalamnya pun sangat menarik.. :)

      Delete
  12. kami ada lawatn sabtu ini boleh dapatkanpotongan harga utuk dewasa dan kanak kanak

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sangat ADIK COMEL, kak ana cuma berkongsi pengalaman ketika di sini, untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi pihak galeri ye.. selamat melawat ke satu galeri yang sangat menarik sabtu ni :)

      Delete
  13. bahan pameran meliputi pelbagai alat yang digunakan oleh almarhum sultan azlan...termasuklah kayu golf,bola golf ,basikal tuanku pergi sekolah, dll...

    ReplyDelete