sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 14 Ogos 2014

Mahalnya bunga kantan..



Harga dua kuntum bunga kantan

Bermula minggu lepas, ramai yang dah pulang ke rumah masing-masing setelah beraya di kampung halaman,dan ramailah yang mengadakan jamuan rumah terbuka atau 'open house'.Antara menu yang paling popular ketika jamuan rumah terbuka adalah laksa.Mungkin atas faktor tersebut, banyak perkongsian dan keluhan ibu-ibu di laman-laman Facebook dan Whats app tentang harga bunga kantan yang terlampau mahal sehingga mencecah RM4-RM5 sekuntum.Mahal sungguh kan..kerana jika sebelum ini harganya cuma dalam RM1 sekuntum sahaja.

Sebelum ini, ana pernah bercerita tentang pokok kantan yang terdapat di belakang rumah dalam entri bunga-bunga herba dan sempat juga berkongsi resepi kerabu bunga kantan .Memang sudah lama ana tidak membeli bunga kantan kerana ana mempunyai pokoknya di belakang rumah yang sering kali berbunga.Cuma sejak musim kemarau kebelakangan ini sahaja ia jarang berbunga lagi.

Jambangan bunga kantan

 

Jambangan bunga kantan
Dalam sibuk-sibuk kami bercerita tentang harga bunga kantan yang naik mendadak, ana sangat tertarik dengan sekeping foto dari seorang rakan, Kak Sarah yang menjadikan bunga kantan sebagai jambangan bunga hiasan rumahnya di Bukit Beruntung. Menurut Kak Sarah, pokok kantan yang banyak mengeluarkan bunga mekar di sekitar rumahnya memberikannya idea untuk menjadikannya hiasan jambangan bunga di rumah.Inilah hasil kreativiti Kak Sarah yang sangat menarik.Terima kasih Kak Sarah pinjamkan ana foto untuk tatapan pembaca yang singgah disini.Cantik sangat kan dan pastinya rumah Kak Sarah ada aroma dari bunga kantan walaupun tiada menu laksa...

~berkongsi kisah disini~

26 ulasan:

  1. mahalnyee kak ana... tercekik nak beli tu.. bunga kantan nie kalau masak asam pedas ikan..perghhh... terangkat bau dye..wangii..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap Anizz buh dalam asam pedas, mahal time2 raya ni..tambah2 lagi musim kemarau kurang berbunga..:)

      Padam
  2. bunga kantan mahal bila musim kemarau. Balik aritu cari bunga kantan pun tak jumpa..huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah Zila, musim kemarau ni yang dibelakang rumah pun tak berbunga dah.. :)

      Padam
  3. Allah... mahal sungguh...

    bunga kantan hiasan tu mesti menerbitkan aroma wangi dlm rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. berbau laksalah rumah kan lia..hehe

      Padam
  4. Tudia...ingatkan di Kelana Jaya je bunga kantan sampai rm6. Kena tanam sendiri plak ye Nampak gayanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha lagi mahal kat sini Fuza sampai RM8.50..kalau kawasan blkg rumah luas bolehlah cuba tanam,tapi dia cepat membiak pokoknya..:)

      Padam
  5. Mmg mahal Kak.. Aritu kita beli dua kuntum rm4... Kt kg tu. Nmpknye kna berkebun let jwbnyeee... Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat kg pun dah RM4 ye CikLa..lets berkebun hehe

      Padam
  6. Memang mahal tu... rm8.5 dua kuntum je...
    btw, kreatif kawan K Ana tu buat jambangan bunga kantan tuk hiasan kat rumah... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa raya2 ni mahal lah Nurul, esok2 turun balik kut harganya,cantikkan jambangan bunga kantan tu..

      Padam
  7. Bukan saja mahal ana .nak dapat pun susah..jiran acik sampai kesudah tak berbunga kantan kuah laksa dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi juga kan achik laksa tanpa kantan ni, cuma kurang aroma lah kut..hehe

      Padam
  8. ya ampun mahalnya kak...smp 8.50

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahal bangat kantannya Mimi hehe

      Padam
  9. Memang mahai sesangat tu dua kuntum ja harga sampai rm8.50.. sanggup masak kuah laksa tanpa bunga kantan lagi klu macam nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kak ana pun tak yah buh kantan dah lah dalam laksa kalau dah mahai sebegini kan izzeyda. :)

      Padam
  10. Tak mustahil satu masa nanti harga bunga kantan lagi mahal dari harga bunga ros.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time tu kita buh bunga ros atau bnga kekwa jelah dalam laksa SY..hehe

      Padam
  11. mahal sebab bermusim kot kak ana?raya hari tu merata cari bunga kantan nak buat laksa tapi hampa..huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana pun rasa cam tu Sal, bermusim sb permintaan yg tinggi masa raya ni tambahan pula musim kemarau dia tak banyak berbunga..nnt balik asal kut harga dia

      Padam
  12. Eeekkk mahalnya.
    Lama tak husha nak pakai tak sangka pula mahal berkali ganda musim sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini semasa musim perayaan hari tu TK sekarang dah biasa balik harganya ..

      Padam
  13. sy menanam secara khusus bunga kantan ini. Sy menjual bunga kantan secara borong & runcit termasuk juga anak pokok kantan
    www.bungakantan.com
    0183879434 fazil
    lokasi hulu langat cheras

    BalasPadam