sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 27 Ogos 2014

Hari Bahagia Nur Safiah & Mohd Fahizal


Selamat pengantin baru buat sepupu ana, Nur Safiah Ali dan pasangannya,yang telah berlangsung pada 17hb Ogos yang lalu di Taman Karentina,Teluk Intan,Perak.Sebenarnya ana sendiri tidak dapat menghadiri majlis yang indah ini kerana urusan kerja suami.Memang sangat terkilan dan ralat sangat, kerana pada waktu-waktu beginilah kami sepupu-sepapat dapat berkumpul dan bergurau senda bersama kaum keluarga yang lain.Namun itu takdirnya, ada halangan yang tidak mengizinkan untuk bersua.

Namun begitu sebagai tanda ingatan dan kasih sayang Kak ana buat Nur, dan adik-beradik yang lain,disini..Kak ana utuskan doa semoga ikatan perkahwinan Nur dan suami akan kekal berbahagia hingga ke syurga..Insyaa Allah..

Dengan ehsan abang sulung pengantin KoE dan sepupu ana, Eda yang mengirimkan beberapa keping foto hari bahagia Nur, disini kak ana kongsikan semula buat tatapan saudara mara serta sahabat handal yang mengenali.Salam sayang dari kak ana dan sekali lagi kak ana doakan semoga jalinan cinta kalian berdua akan terus bersemi dan semakin mekar mewangi hingga hujung nyawa...Amin.


Majlis akad nikah

Nur Safiah bersama sepupu-sepupu kami

Majlis persandingan di Teluk Intan

Keluarga bahagia Acu dan Achik,Nur dan adik beradiknya

Adik beradik Abah bersama mempelai
Kiriman foto di atas antara yang paling membahagiakan..foto Abah dan Mak bersama adik-adiknya yang tersayang bersama kedua mempelai.Dari belakang mak ngah ,mak yang,acu dan achik.Ditengah pula mak uda,pak uda,abah dan mak ana.Semoga kesemua mereka sentiasa di dalam rahmatNya dan dikurniakan kesihatan yang baik..Amin.

Sepupu hero-hero 



Sepupu ana yang lainnya..


Majlis resepsi di Pulau Pinang


KoE,Humairah,Lan ,pengantin,Julia ,Aisyah dan Haris



~Berkongsi kasih sayang disini~

22 ulasan:

  1. tahniah dan semoga bahagia sehingga ke akhir hayat dan di akhirat sana

    BalasPadam
  2. cantiknyee pengantin.. :) semoga bahagia hingga syurga.. :)

    BalasPadam
  3. tahniah kepada pengantin. selamat menempuh alam perkahwinan =)

    BalasPadam
  4. Salam Jumaat, K Ana..
    Tahniah buat pengantin... sayang K Ana x dapat pegi yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Nurul, itulah buka rezeki kak ana nak berjumpa kaum kerabat hari tu.. :)

      Padam
  5. Tahniah pengantin....
    Xpela K.Ana...kita kekadg xleh lari dr hal sdri..ikut hati..semua majlis sepupu sepapat kita nk pegi..tmbh2 di kmpg sdri kn kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Sha.. itulah kisahnya..terkilan juga namun Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. :)

      Padam
  6. cantik kedua mempelai... semoga kekal hingga hujung nyawa.. amin..

    BalasPadam
  7. Tahniah buat safiah dan pasangan... moga berbahagia hingga ke jannah... dan moga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah... amin...

    BalasPadam
  8. tahniah buat safiah dan pasangan

    BalasPadam