sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 31 Ogos 2014

Salam Merdeka


Warisan-Sudirman Haji Arshad


Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan..

Andai...ku terbuang tak diterima
Andai....aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan 
Cinta ini..

Betapa..dibumi ini ku melangkah..
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki..

Aku...bukanlah seorang perwira..
Gagah menghunus senjata..
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini..

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan


Selamat menyambut Hari Kebangsaan tanahair tercinta,walau kita bukan perwira namun kita juga ada peranan dalam menjaga kedaulatan dan kesejahteraan bumi bertuah ini. Layarkan semangat kecintaan kepada tanahair, sebarkan wangian kasih sayang sesama setiap warganya,cintai keamanan,limpahkan perpaduan,taburkan toleransi bersama...

Padamkan rasa kebencian, jauhi rasa amarah dan ketaksuban,buang jauh api perpecahan,supaya anak cucu kita bakal mewarisi tanahair yang aman makmur selamanya...

Insyaa Allah..Dengan izinNya Jua..

24 ulasan:

  1. murni singgah sini..
    selamat mnyambut hari merdeka :)

    BalasPadam
  2. Sebak kalau dengar lagu ni..menyentuh jiwa dan mendalam maksudnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh Zila,sangat menyentuh hati dendangan Allahyarham Sudirman

      Padam
  3. Saya memang suka lirik lagu ini. Rangkap ke empatnya cukup menyentuh dan berkesan di mana saya rasa ia mewakili orang biasa seperti saya. Kalau kita cinta negara, kita boleh berjuang dengan berbagai cara secara ikhlas mengikut kemampuan yang kita ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar kak mala saad: pengorbanan cinta negara bukan hanya dengan senjata banyak lagi caranya..

      Padam
  4. Lagu yg penuh maksud... salam kemerdekaan :D

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. terima kasih CP, salam merdeka buat CP juga

      Padam
  6. bilan bandingkan dengan realiti, sebak jer bila dengar lagu ni

    BalasPadam
  7. betul bila dengar lagu ni rasa sayu sedih dan sebak.. Hana siap boleh bergenang air mata lagi..

    BalasPadam
  8. Lagu ni memang selalu menjadi siulan kan kak

    BalasPadam
  9. Teringat malam tadi lagu ni keluar kat tv version karaoke Mrs. A pun nyanyi sekali... tergelak-gelak anak Mrs. A tengok. Apa hal ler...ibu aku nih..kata dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..Mrs.A..nanti ajak anak nyanyi sama2 ..:)

      Padam
  10. Balasan
    1. Rajinnya mimi komen semua entri kak ana hari ni, tq dear..:)

      Padam