sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 11 Ogos 2014

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar,Perak

Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar


Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar
Antara masjid yang paling indah senibinanya yang sering ana kunjungi dan singgah solat di negeri Perak ini ialah Masjid Ubudiah , Kuala Kangsar.Melihat masjid yang tersergam indah, pastinya kita akan merasa kagum dan tenang ketika berada di dalam ruang solatnya.

Masjid yang indah ini terletak di kawasan pemakaman Diraja, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Senibina masjid ini direka oleh Arthur Benison Hubback, seorang arkitek kerajaan yang turut merekacipta bangunan station keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur pada tahun 1917.Masjid ini siap dibina dengan anggaran kos sekitar RM200,000 dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamtullah Shah.

Sebelum Masjid Sultan ldris Shah II di Ipoh dibina dan dijadikan Masjid Negeri pada 15 November 1968, maka Masjid Ubudiah adalah Masjid Negeri Perak. Masjid Ubudiah sekarang dikenali sebagai Masjid Diraja dan ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Tadbir Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Paduka Seri Sultan biasanya penyandang jawatan Orang Kaya Temenggong Paduka Raja mahtlpun jawatan Orang Kaya-kaya Setia Bijaya Diraja dan jawatan Setiausaha diuruskan oleh seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Darul Ridzuan).


Bersebelahan Masjid Ubudiah terletaknya makam Diraja negeri Perak.Dikesempatan ini , ana singgah menziarah pusara Almarhum Sultan Azlan Shah yang belum habis lagi tempuh pekabungan kemangkatan baginda.Al-Fatihah..

Makam Diraja Negeri Perak


Macam biasa antara yang menarik perhatian ana disini ialah bersua dengan dua makhluk Allah yang comel, yang menghuni di sekitar kawasan masjid.Sangat manja dan sempat membelai mereka berdua ini.

Dua ekor kucing comel diperkarangan masjid

Rujukan: www.mpkkpk.com dan wikipedia

~berkongsi info disini~

14 ulasan:

  1. Amboiii...akak snap org tgh dating tuu...ihihi
    masjid ni memg menarik sgt2 kak...1st time ajk suami pegi ari tu wktu mlm..indah sggh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe saja je, comelkan Sha, ni namanya alim2 kucing dating kat masjid lagi hehe..memang indah dan cantik sekali senibina masjid ni..

      Padam
  2. cantik masjid tu..tapi acik tak pernah sampai

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cantik achik, Insyaa Allah ada rezeki nanti achik sampai juga ke sini..

      Padam
  3. Tempat yang wajib singgah kalau berkunjung ke Kuala Kangsar

    BalasPadam
  4. Masjid yang ada dalam buku teks sejarah dulu. Sekarang tak tahu ada lagi ke tak. Alhamdulillah dapat jugalah merasa jejak ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti pula Faarihin,masih ada ke tidak mungkin ada perubahan dalam buku teks dah,Alhamdulillah.. :)

      Padam
  5. saya memng suka masjid ni kak ana ..tambahan view dia mmeng cantik dan mendamaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah Sobri, memang cantik dan mendamaikan...

      Padam
  6. Memang cantik masjid ni... Pernah sekali je singgah sana... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungguh kan Nurul,,cantik sangat

      Padam
  7. Balasan
    1. memang sangat cantik senibina masjid ubudiah ni Mimi..

      Padam