sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 12 Ogos 2014

Penangguhan PLKN

Penangguhan menyertai PLKN

Jumaat lepas, ana menerima sepucuk surat dari Jabatan Latihan Khidmat Negara atas nama kak long, mengarahkannya menyertai program Latihan Khidmat Negara pada 16hb Ogos 2014 di kem Maran,Pahang.Memandangkan kak long sedang menuntut di UiTM sejak dua bulan yang lepas, ana menghubungi talian telefon Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangguhkannya menyertai kem tersebut.

Antara langkah yang perlu dibuat untuk proses penangguhan penyertaan PLKN ialah mengisi butir-butir lengkap didalam sehelai borang penangguhan yang dikirimkan bersama surat penempatan kem.Sertakan bukti-bukti seperti surat tawaran belajar di IPTA atau IPTS dengan tempoh pengajian.Ana lampirkan surat tawaran dari UiTM sebagai rujukan pihak JLKN.

Borang penangguhan PLKN

Ana juga mendapatkan pengesahan dari JLKN tentang ruang tanda tangan pemohon di bahagian akhir borang, memandangkan anak tiada bersama kita pada masa ini, kita dibenarkan menandatangani borang sebagai wakil atau bagi pihak dengan meletakkan nama, no kad pengenalan dan hubungan.Borang kak long telah ditandatangani oleh ayahnya.


Kita diberi tempoh sepuluh hari untuk memulangkan semula borang penangguhan ini samada melalui pos atau menghantar sendiri ke kaunter pejabat JLKN.Memandangkan pejabat JLKN terletak di Wangsa Maju,Kuala Lumpur yang memang tempat biasa bagi kami, ana mengambil keputusan untuk menyerahkan sendiri borang tersebut.Selesai urusan penyerahan borang yang telah diluluskan ,kita akan diberikan surat penangguhan sementara oleh pihak JLKN.

Surat penangguhan PLKN

 

Pejabat Jabatan Latihan Khidmat Negara

 

Jabatan Latiahn Khidmat Negara,Wangsa Maju


Pejabat Jabatan Latihan Khidmat Negara ini terletak di Aras 2-5,Bangunan Zetro,Jalan 9/27C,
Seksyen 5,Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Berhadapan dengan pasaraya Aeon Big atau Carrefour suatu masa dahulu.Bangunan ini dahulu merupakan bangunan untuk Akademi TV3.Kita boleh menghubungi talian : 03-4027 4747 untuk pertanyaan urusan pelatih PLKN.

Kaunter JLKN

Pintu masuk ke pejabat JLKN

~berkongsi info disini~

24 ulasan:

  1. ada lagi?..ingat habis dah plkn ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lagi Sal... mana habisnya hehe

      Padam
  2. Nanti kena juga la ye ana.lama lagi kan ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengikut tempuh pengajian Achik, menurut pegawai kaunter tu , tiga tahun kemudian akan disemak semula..

      Padam
  3. TQ for sharing. My kids nanti tak tau ler... ada lagi ke tak PLKN ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome dear.. :) entah lah kan..

      Padam
  4. Tq for sharing, K Ana... :)

    BalasPadam
  5. dah masuk uni pun org panggil PLKN lg ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena gak Suki, pastu kena buat penangguhan ni..

      Padam
  6. masuk dan ambillah pengalaman..tak rugi menyertai PLKN ni kan? cuma mungkin kadang-kadang ada peserta yang sudah ada kommitment dan susah nak menyertai

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang banyak yang positifnya PLKN ni Zila, itulah memandangkan anak di IPTA sekarang kami buat permohonan penangguhan..terima kasih atas pendapat dari Zila di atas..

      Padam
  7. Selalunya pelatih yang menangguh latihan PLKN atas sebab menyambung pengajian selalunya tak perlu sertai lagi lepas ni. Apasal la zaman CP takdak PLKN ni kalau tak memang seronok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau benar, elok juga CP, macam dah lewat sangat pula usia bila nak masuk kem semula kan,

      Padam
  8. Balasan
    1. sama-sama Mimi, semoga dapat memberi sedikit info kepada yang memerlukan kelak..Insyaa Allah

      Padam
  9. Info ni sgt berguna. Tapi sy nk tanya,surat tawaran uitm tu perlukan pengesahan atau tidak. Dari pihak uitm atau mana2 pihak. Ataupun terus hantar mcm tu shj. Satu lagi, tempoh 10 hari yg diberi tu dr tarikh apa? Harap dpt jawab secepat mungkin. Terima kasih. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. surat tawaran pengajian dr Uitm tak perlu pengesahan..yg kita print dr online upu semasa ditawarkan ke Uitm..salinan sekeping...tempuh 10 hari dari terima surat penempatan ke kem plkn..harap dapat membantu jojoba cocoba..

      Padam
  10. Assalamualaikum.nk bertanya adakah selepas tamat pengajian anajingga diminta utk menyertai plkn yg ditangguhkan dahulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ,sehingga ke hari ini dah hampir 2 tahun setengah masih tiada apa2 panggilan untuk kembali meyertai plkn :)

      Padam
  11. Mcm mne kalu mase tahun 2014 tu tak hantar surat penangguhan? Ade kena apa2 tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti pula tentang ini, mungkin boleh dapatkan kepastian dengan menghubungi pihak PLKN, amila :)

      Padam
    2. Oh. Okay. Sye takut sye dikenakan apa2 tindakan je sbb sye lupa nak hntar borg penangguhan tu. Btw terima kasih puan.

      Padam
    3. Sama-sama amila, all the best kay :)

      Padam