sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 5 Ogos 2014

Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung


Pusat Konservasi Tuntung di Bota Kanan,Perak


Memandangkan kesesakan trafik yang teruk di sepanjang lebuhraya PLUS sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, kami mengambil keputusan menggunakan laluan alternatif semasa berjalan raya kali ini.Destinasi kami sekeluarga adalah menuju ke Taiping, rumah adik sepupu ana, sambil mengambil peluang singgah ke bandar Kuala Kangsar untuk makan angin. Berkonvoi dengan 3 buah kereta kami melalui jalan alternatif ke Kuala Kangsar dari Teluk Intan melalui pekan Bota Kanan menghala ke Manong dan sampai ke Kuala Kangsar tanpa sebarang kesesakan trafik.Alhamdulillah.

Kami singgah sarapan di pekan Bota Kanan dan kebetulan dibelakang gerai tersebut terlihat papan tanda Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) tidak jauh dari situ.Agak kelakar bila ana tanya pada anak-anak yang bersama kami, apakah itu tuntung? Macam-macam jawapan yang diberi, ada yang mengatakan sejenis ayam, kera dan sebagainya.Sebenarnya tuntung adalah spesis kura-kura atau penyu yang tinggal di sungai-sungai berpasir di sekitar Sungai Perak.Secara tidak langsung, dapatlah anak-anak belajar sesuatu mengenai tuntung disini.



Pusat konservasi ini merupakan salah satu projek pembiakan tuntung yang dijalankan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Negeri Perak.Bertujuan untuk mengelakkan kepupusan spesis tuntung.Tuntung menjadikan sungai yang berpasir sebagai habitat, kian terancam pembiakannya akibat kerakusan manusia yang mengambil pasir-pasir sungai untuk sektor pembinaan.


Tuntung dewasa

Disini, terdapat beberapa kolam disediakan untuk mengasingkan ibu-ibu tuntung yang bertelur dan anak-anak tuntung yang dijaga sehingga berusia dua tahun dan kemudian akan dilepaskan semula ke habitat asal mereka di sekitar Sungai Perak.


Kolam-kolam pengasingan tuntung

Selain dari itu, disini juga terdapat seekor bangkai buaya yang sudah diawet.Panjang dan besar juga buaya ini dan anak-anak kecil agak takut untuk menghampirinya.

Buaya yang diawet

Sesuatu yang sangat menarik perhatian ana sebelum meninggalkan pusat konservasi tuntung di pekan Bota Kanan ini ialah nukilan sajak bertajuk 'Seekor Tuntung Tua' hasil penulisan Safiah bt Mohamad dari SMK Seri Iskandar yang terdapat disini.Sangat puitis dan membawa maksud yang mendalam.



~berkongsi info disini~

16 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya, K Ana...
    Maaf Zahir & Batin...
    Kalau bawak anak2 pegi sini, mesti diorang suka tengok tuntung tu... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya Nurul, sambil2 tu kak ana singgah je kat sini..hehe

      Padam
  2. mama belum pernah jejakkan kaki ke sana kak.. comel je si tuntung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana pun 1st time sampai sini mama..

      Padam
  3. Tuntung pun dah nak pupus kan?ok laa ada inisiatif untuk panjangkan keturunan mereka...sungai kat belakang rumh kmpg sha tu pun dh xde kot...xtvti korek pasir punya pasal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. makin lama, makin banyak spesis yang kian pupus Sha, dengan adanya inisiatif kerajaan ni dapatlah juga generasi akan dtg mengenali haiwan2 ini kelak..:)

      Padam
  4. Salam Aidilfitri..
    Sambil beraya sambil melawat tempat menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam tu lah Mrs.A..singgah sambil raya dengan tuntung lak hehe

      Padam
  5. wah...berjalan2 di hari raya .. hihi

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. kita blogger ni CP sambil beraya cari entri..hehe

      Padam
  7. Brsar buaya tu..saya pun takut walaupun tahu tipu

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. panjang buaya tu Mimi..tapi dah kering dah diawet..

      Padam