sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 24 Ogos 2014

Serunding Ikan Nasi Impit



Serunding ikan dan nasi impit bersama sambal kacang

Serunding ikan dimakan bersama nasi impit dan sambal kacang:

Menu ini kegemaran suami ana.Jika sebelum ini arwah mak mertua pasti menyediakan juadah ini ketika kami menyambut Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil Adha setiap kali kami merayakannya di Kuala Lipis,Pahang.Namun sejak dua tahun yang lalu, selepas kepergian arwah mok, suami mulai merindui menu kegemarannya.Minggu lepas berkesempatan beraya di rumah kakak ipar, beliau sempat menyediakan juadah ini buat adik kesayangannya.

Memandangkan ia menu kesukaan suami, ana mengambil peluang untuk belajar dengan kakak ipar cara-cara untuk menyediakan serunding ikan, memandangkan untuk memasak nasi impit dan kuah kacang adalah juadah yang mudah disediakan, jadi ana kongsikan resepi serunding ikannya sahaja.

Resepi serunding ikan:

Bahan-bahan:

Beberapa ekor ikan kembung atau sardin-direbus dan dibuang tulang
1/2 biji kelapa parut-digoreng kering hingga keperangan
1 batang serai-dimayang halus
2 ulas bawang besar-dimayang halus
sedikit gula kabung atau gula merah
garam secukup rasa

Caranya: kesemua bahan di gaul rata dan ditumbuk halus didalam lesung batu.Itu sahaja.

Biasanya dimakan bersama nasi impit dan sambal kacang tanah.Lazimnya menu ini popular di negeri sebelah pantai timur, tempat kelahiran suami ana.


~berkongsi resepi disini~

22 ulasan:

  1. Balasan
    1. MM pandai makan ye..setengah orang tak pernah makan macam kak ana mula2 dulu..bila dah cuba macam ngam pula kombinasinya dengan sambal kacang tu.. :)

      Padam
  2. hamboi kak ana. tgk gmbr pun dah melelh ayaq liur ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ninaAz memey le suko...makanan ore' Kelate' ni kan hehe

      Padam
  3. wah...sedap jugak ni..akak suka ikan dari daging...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke kak Zila, ana dua2pun suka,cuma serunding daging boleh tahan lama,yang ni cepat basi..kan..

      Padam
  4. Sedapnya... senang juga cara buatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang je Nora, kak ana pun kali pertama cuba,cuma kak ana kurangkan manis gulanya ..hehe

      Padam
  5. esok sha nk buat tuk mjlis raya kt opis...yuhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi Sha..nanti posting entri ye...jadilah nak pos serunding jauh sangat lak..hehe

      Padam
  6. assalamualaikum ana...wah sedapnya terasa lapar la pulak...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama: hendak pula musim2 hujan ni kan..lapar je rasa kan hehe

      Padam
  7. biasa makan serunding daging je..manis tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ikut versi kelantan tu manis, tapi kak ana buh gula ciput je..adjust sendiri Sal.. hehe

      Padam
  8. Waahh...cmne rasa nasi impit mkn dgn serunding ikan...sebab sy biasa mkn pulut makan dgn serunding ikan/daging...

    BalasPadam
    Balasan
    1. citarasa pantai timur ni ain kaswa..:)

      Padam
  9. Balasan
    1. sedap..kak ana suka juga makan dengan sambal kacangnya.

      Padam