sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 4 Ogos 2014

#SupportGaza


#SupportGaza



Ramadan berlalu sudah, semoga segala amalan dan ibadah kita mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.Teruskan budaya Ramadan ini disepanjang tahun, Insyaa Allah selagi bernyawa bersama kita mengisi hari-hari dengan mencari keredhaanNya.Syawal telah bersama kita lalui dan masih berbaki, isikan Syawal dengan rasa penuh keinsafan dan jalinkan ukhwah dan silaturrahim bersama keluarga dan sahabat dikesempatan yang ada.

Walau di mana juga kita berada, jangan lupakan saudara kita di Palestine dan Gaza khususnya yang sedang berjuang mempertahankan bumi tercinta.Iringan doa dan teruskan kempen memboikot produk-produk pro Yahudi supaya dunia tahu kita bersama mereka di Gaza.Bersatulah umat Islam diseluruh dunia dan sebarkan sokongan kita bersama.Insyaa Allah perancangan Allah pasti ada untuk mereka di sana dan janji Allah seperti yang tercatat di dalam Al-Quran pasti akan terlaksana.Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

8 ulasan:

  1. InshaAllah selagi nyawa dikandung badan akan terus mendoakan dan menyokong perjuangan saudara Islam kita di Gaza. #prayforgaza #supportgaza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, berdoa dan sama2 kita sokong perjuangan saudara kita di sana..Insyaa Allah..

      Padam
  2. Selamat Hari Raya Ana.
    Semoga rakyat Palestine mendapat sokongan padu dari semua umat Islam yang ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam lebaran buat Normala Saad juga, Insyaa Allah bersama kita teruskan doa dan tanda sokongan buat saudara seagama kita disana..

      Padam
  3. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin Ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam lebaran juga buat Zila dan keluarga.. :)

      Padam