sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 17 September 2014

Buah Tampoi

Buah Tampoi

Buah Tampoi

Disepanjang jalan dari Ulu Bendul ke Kuala Pilah terdapat banyak gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai jenis buah-buahan, kraftangan, madu lebah dan yang paling popular ialah ayam salai dan ikan keli salai.Isnin lepas ana ke sana untuk menghantar kak long balik ke kampus, dalam perjalanan pulang semula ke Rawang, ana sempat singgah di salah sebuah gerai yang menjual buah-buahan tempatan.

Adik yang sangat teringin nak makan buah limau bali, ana beli dengan harga RM3 sebiji.Sangat murah jika dibandingkan membelinya di Bandaraya Ipoh yang mencecah harga sehingga RM10 sebiji.Sesuatu yang menarik perhatian ana dan suami ialah buah Tampoi. Memang dah lama tak melihat buah Tampoi ini malah ketika ditunjukkan pada Adik dia tak pernah kenalpun buah Tampoi.

Buah Tampoi ialah sejenis buah hutan.Kulitnya tebal dan isinya sedikit dalam 3 ulas kecil sahaja.Rasanya seperti buah Rambai dan kita perlu menelan dengan bijinya sekali.Dah macam telan ubat pil pula bila memakannya.Ana membelinya juga dengan harga RM3 sebekas dalam lingkungan 20 biji.Sekadar mengenalkannya kepada anak-anak supaya mereka tahu akan rasa dan rupa buah Tampoi.


~berkongsi kisah buah Tampoi disini~

20 ulasan:

  1. anis pernah makan nie kak ana.. dah lame dah tak makan.. anis teringin nak makan buah rambai.. mane nak cari kat tempat anis nie..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa kak ana singgah di gerai buah ni memang ada buah rambai Anizz, sekarang ni musim buah kat sini mungkin ada tapi tak banyak.. :)

      Padam
  2. tak pernah mkn pun buah ni. first time tau. tgk mcm buah manggis je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain dari manggis Cik La, isinya nipis dan kecil manggis isinya gebu dan banyak jugaklah ikut bilangan tampoknya..hehe

      Padam
  3. Rupa macam adik beradik duku...manis tak kak ana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepupu sepapat duku,langsat dan rambailah agaknya Sal, masam Sal..tak sedap sangat sebenarnya hehe

      Padam
  4. Balasan
    1. hehe... ramai yang tak pernah tengok pun Fuza, rare buah hutan ni :)

      Padam
  5. CP pernah dengar je nama buah ni tapi tak pernah tengok dan makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang CP dah pernah dengar dan tengok, nanti kalau jumpa bolehlah makan pulak hehe :)

      Padam
  6. salam kak ana :) wahh murah sangat tu limau bali sebiji rm3. kat sini kdg kira kilo. mg suka mkn limau bali tu..sodappp hehehe

    buah tampui plak tak berapa suka mkn sbb masam sikit hiihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah Liza, memang murah ..kak ana pun terperanjat dengan harganya, mungkin mereka tanam sendiri agaknya, betul tu buah tampoi ni masam dan kena telan biji tu yang tak best sangat kan

      Padam
  7. Skng d kedah bykkkk sgt tp nmpk area sik.. Sedapppp cuma susah nak cari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sekali dengan musim duku ni lia.. lia suka ye..:)

      Padam
  8. x pernah lagi rasa buah tampoi ni... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. payah nak jumpa dah buah ni Nurul..kebetulan kak ana terjumpa beli nak bagi anak2 rasa .. tak sedap sangat pun hehe

      Padam
  9. Jarang dapat makan. Buahan hutan ni..tapi eksotik

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang jarang jumpa pun Zila, buah hutan kan.. :)

      Padam
  10. orang bandar memang takkan jumpa buah ni.silap haribulan,tak kenalpun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salmiah awang, tak silap haribulan pun ramai yang tak kenal dah buah tampoi ni, hehe terima kasih singgah :)

      Padam