sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 6 September 2014

Drama Siri Tentang Hati (TV2)





Drama siri Tentang Hati diTV2

Jarang sebenarnya ana menonton drama-drama dari siaran RTM ni, namun mendapat info dari Instagram dan Blog EDTV yang banyak update info drama-drama yang bakal ditayangkan di televisyen tempatan,ana terpanggil untuk mengikuti dari episod pertama drama siri Tentang Hati ini.Apatah lagi barisan pelakon kesukaan ana iaitu Anzalna Nasir.Rindu juga dengan lakonan Fasha Sandha yang agak lama tidak muncul selepas melahirkan anak pertamanya.Walaubagaimanapun drama siri Tentang Hati ini tidak kurang menarik juga jalan ceritanya,dalam kata lain memang seronok untuk terus menontonnya hingga ke episod akhir nanti,Insyaa Allah.

Pelakon Tentang Hati 

Barisan pelakon hebat seperti Aaron Aziz sebagai Zakuan , Fasha Sandha sebagai Azia,Anzalna Nasir melakonkan watak Syireen dan Rusdi Ramli sebagai Umar.Drama 13 episod ini telah bermula siarannya pada 6hb Ogos yang lalu setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di TV2.

Sinopsis Drama Tentang Hati

Kisah Zakuan yang telah berkahwin dengan Azia seorang pemilik resort di Port Dickson yang kemudiannya menikahi Syireen atas pilihan keluarganya.Azia berkawan rapat dengan Umar dari kecil dan perkahwinannya dengan Zakuan tidak diketahui orang lain kecuali Umar.Ibu Umar inginkan Azia menjadi menantunya namun Azia dan Umar terpaksa mencari pelbagai helah kerana tidak mahu rahsia Azia terbongkar.

Dalam masa yang sama Zakuan juga mengalami konflik dalam kedua-dua rumahtangganya kerana dia juga menyayangi Syireen dan Azia dalam masa yang sama.Sama-sama kita saksikan hingga ke episod akhir drama Tentang Hati ini nanti, apakah kesudahannya antara Azia, Zakuan , Umar dan Syireen.





Episod akhir Tentang Hati:

18hb September yang lepas berakhirnya drama siri Tentang Hati, walaubagaimana pun ana dan ramai rakan blogger yang menulis tentang episod akhir drama ini tergantung 'ending'nya.Drama di akhiri bila Azia menghadiri majlis resepsi suaminya Zakuan dan Syireen namun di halang oleh ibu Zakuan.Kemudian Azia pulang ke kampung dan mengalami pendarahan kerana terjatuh dari tangga rumah Umar.Ibu Zakuan di tangkap polis.Mungkinkah ada sambungan di masa akan datang atau sebaliknya tidaklah ana ketahui.


Kredit foto; infotaip.blogspot.com

12 ulasan:

  1. macam best je crite nie..hihi.. kak ana, pasal banner tu anis ambil dekat blog bro ben ashaari.. dye ade pic tu.. nanti kak ana besar kan ikut panjang blog tu.. lepas tu anis backlink ke fb group tu je.. ape2 kalau xfaham ke ape.. cari fb anis nanti chit chat ye.. :) xpun kat shoutbox pon boleh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. best gak Anizz, tq dear..nanti apa2 kak ana chat di FB kay..tq so much.. :)

      Padam
  2. Singgah dan follow sini dari #KelabBloggerBenAshaari
    Salam kenal; http://engkumuzahadin.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Engku Muzahadin, nanti kak ana singgah ke sana pula..:)

      Padam
  3. Amboi..Akak pun rajin melayan drama ye? hehe
    Enjoy

    BalasPadam
    Balasan
    1. tgk drama gak Fuza, yang ni oklah juga best gak hehe

      Padam
  4. Ana, saya jarangla buka tv2..ade ek cite best.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah eMMe.. kak ana pun jarang buka RTM ni, yang satu melekat lak hehe

      Padam
  5. saya lagi suka drama-drama RTM berbanding TV3.huhu.tapi tak berkesempatan mengikutnya..huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sal, kadang2 dah banyak sgt terlepas gak..kak ana follow mana yg best je tak kira mana2 stesen pun..hehe

      Padam
  6. Balasan
    1. best kan mimi, kadang2 simpati dengan Zia dan Shiree yang tak tahu apa2 tu

      Padam