Sekadar berkongsi pandangan di ruang ini, ana bukanlah ahli bijak pandai dalam ilmu agama, masih belajar di setiap ruang dan kesempatan yang Allah swt berikan.Meniti setiap liku-liku kehidupan di muka bumi yang penuh dengan ujian dan cabaran yang tidak pernah berakhir selagi dinamakan sebuah kehidupan.

Setiap insan yang bernama manusia dengan erti kata sebagai seorang hamba Allah, kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan didalam melayari pentas hidup.Pasti dan sering kali kesilapan berlaku samada kita sedari atau dalam kealpaan.

Sebagai seorang yang akrab dengan dunia media sosial , ana perhatikan menjadi suatu keseronokan di kalangan manusia era teknologi kini, membuka dan menyebarkan aib seseorang saudaranya sendiri.Misalnya jika berada di sesuatu situasi ternampak pasangan suami isteri sedang bergaduh, lekas-lekas merakam dan kemudian 'share' di laman-laman sosial.Kemudian akan mendapat banyak 'like' dan komen.Macam-macam komen yang negatif dan kutuk mengutuk sedangkan kita tak kenal dan tak tahupun apa punca sebenarnya.Lebih parah lagi, ramai pula yang 'share' semula sehingga terbukalah aib si polan di seluruh mata dunia.

Begitu juga penyebaran foto-foto yang juga membuka aib seseorang khususnya kaum wanita.Mungkin si pemakainya terlepas pandang atau memang dia bersalah kerana tidak menjaga auratnya dengan sempurna.Namun tak perlulah sebarkan aibnya dengan mengambil foto mereka dan uploadnya di laman-laman sosial dengan'caption' yang menjatuhkan maruahnya.Sekali lagi jutaan mata yang memandang dan ribuan komen yang menghina dan menghukum menjadi 'trend' masa kini.

Bayangkan andainya ahli keluarga atau kenalan kita yang di aibkan sedemikian rupa, apakah perasaan kita.Pesan ana pada diri ana sendiri , jagalah jari-jari kita dari menyebarkan aib dan fitnah di dada-dada media sosial.Jangan terlalu mudah klik butang 'share' kerana ianya juga akan di audit di mahkamah akhirat nanti.Bersihkan 'wall' laman-laman sosial kita dari unsur-unsur fitnah dan membuka aib orang lain kerana Nabi saw pernah bersabda: Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, maka Allah swt akan menutup aibnya di akhirat.

Wallahu a`lam

16 Comments

  1. gud reminder kak.
    kadang bab mengaibkan orang laju je kita semua. tak fikir perasaan diaorang macam mana. niat untuk menegur tu dah bagus tapi tak kena jalannya. kita buka aib orang, lambat laun orang buka aib kita plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farhana... :) itu yang paling kita takutkan..

      Delete
  2. bak kate UKE, facebook dah jadi fitnahbook.. peringatan bersama..tq kak ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah,Anizz kita saling ingat mengingati.. :)

      Delete
  3. Subhanallah
    bak kata orang tua2, Satu jari tuding kar orang..lagi 4 tu hala kat kita.
    jadi...buat jahat jangan sesekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju Fuza, kena selalu muhasabah diri kan.. :)

      Delete
  4. setuju kak Ana. Sekarang bukan perempuan je, lelaki pun jadi mangsa. Kadang-kadang orang tak sedar pasti ada balasan, jika tidak kena pada diri sendiri mngkin pada ahli keluarga yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang paling kita takuti, bila aib kita terbuka bagaimana pula rasanya..

      Delete
  5. paling tak tahan blog2 mengenai artis..mmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. namun itu yang paling tinggi trafiknya suki..dan paling kerap di share.. :(

      Delete
  6. Setuju dengan Ana. Walau apa cara pun tolong jangan aibkan orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak mala...bak kata Fuza di atas tu... sekadar renungan kita bersama agar tidak tergolong dalam kalangan mereka...

      Delete
  7. Sebab itulah saya tak berapa suka dok menghabiskan masa di media sosial. Bosan bila semua benda pun nak ditempek buat habuan semua orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada benarnya Mummydearie... kita sebagai manusia yang berakal pilihlah yang positif dari laman media sosial,jauhi yang boleh membawa keburukan.. :)

      Delete
  8. Betul ana, sebarang cerita yang nak dishare mestilah disahihkan cerita dan sumbernya. Klau berita mengaibkan, lebih baik jangan share. Bukan ada guna pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita jaga tangan kita dari tergolong dari mereka yang membuka aib..Tq Zila..:)

      Delete