sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 26 September 2014

Kreatif Table Runner

Kreatifkan 'table runner'

'Table runner' merupakan alas meja namun ia di panggil 'table runner jika untuk alas meja makan atau meja konsul yang berbentuk panjang atau bujur.Pada masa kini terdapat pelbagai 'table runner' yang di jual di pasaran dengan pelbagai corak yang cantik-cantik.Lazimnya kita sering menggunakan 'table runner' yang diperbuat daripada kain.

Kali ini , ana inginkan sedikit kelainan didalam seni deko dalaman rumah lebih kepada elemen tradisional Melayu.Untuk menambahkan elemen tradisional Melayu ana kreatifkan seni hiasan khususnya menngunakan elemen buluh dan anyaman menggantikan alas meja makan dan meja tv.Untuk merealisasikannya memang tidak jumpa di pasaraya kerana kebanyakan yang dijual adalah yang diperbuat daripada kain dan sulaman.

'Table runner' meja makan:

 

'Table runner' meja makan dari buluh

'Table runner' untuk meja makan ini ana gunakan sebidang bidai tingkap dari buluh.Boleh di beli di Daiso dengan harga cuma RM5 satu.Lagi satu ianya juga tahan panas ketika kita menghidangkan lauk pauk di atas meja makan tidak perlu lagi mengalasnya.Selesai satu idea untuk tema tradisional Melayu kita.


'Table runner' meja tv:

 

'Table runner ' untuk meja tv

Manakala untuk menjadikan 'table runner' meja tv ini juga ada elemen tradisi Melayu dengan konsep anyaman, ana gantikannya dengan empat keping 'coasters' atau alas pinggan.Alas pinggan ini hadiah dari jiran yang dibeli di Thailand mempunyai unsur-unsur anyaman dan sulaman songket di kelilingnya, memang sesuai sangatlah dengan tema kali ini.

Begitulah dua idea kreatif yang ana kongsikan disini untuk memberi sedikit kelainan kepada seni hiasan dalaman rumah.Kadang-kadang kita tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk menghias dalaman rumah, cuma pelukan sedikit idea dan kreativiti.

Disini ana kongsikan beberapa lagi foto dari Google Image, pelbagai lagi 'table runner' yang sangat kreatif selain daripada yang diperbuat dari kain.











~berkongsi idea disini~

24 ulasan:

  1. Memang cantik dan kreatif sangat Ana..kak tak boleh nak hias atau display apa atas meja, kucing berdua tu rajin bermain...cucu pun dah sama naik..semua benda nak kena sorok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, yelah kak mala rumah ni tak ada budak kecil dah,anak kucing tu memang ada tapi tak setakad ni takad pasu pecah tu dah lali dah..hehe

      Padam
  2. Salams kenal Ana, cantik sgt❤️❤️❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ukhwah AMIIZAA, terima kasih singgah :)

      Padam
  3. table runner yang macam ruler tu menarik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. unik kan Syukri Mohtar..kak ana pun suka.. :)

      Padam
  4. Mmg cantik dan kreatif la.... nmpk lain dr yg lain... sbb biasa tgk yg jenis kain tu je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Nora , saja kak ana share mana tahu kut2 boleh kongsi idea dgn yang lain..:)

      Padam
  5. Cantik-cantik alas mejanya. Kreatif dan tak macam kebiasaan yang kita sering lihat.

    BalasPadam
  6. cantik dan simple kak ana yang alas meja makan dari buluh tu.great sharing!boleh pinjam idea ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Sal..memang kak ana nak share2 idea kat sini...boleh gak memberi sedikit idea dekorasi kan..

      Padam
  7. yg buluh tu cantik la...murah pulak tu...kalau amik gambar menu makanan...sesuai sgt dijadikan props..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Kak Kamsiah, sesuai buat props macam kak kan rajin upload resepi..memang murah RM 5 je di Daiso..hehe

      Padam
  8. eH CANTIK table runner yang batu2 tu Kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan Fuza, unik sangat, mungkin boleh cuba suatu hari nanti..:)

      Padam
  9. Cantik dan menarik jugak ana..suka tengok yg macam ni, elegant

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam-macam boleh kita gunakan Zila, gantikan yang kain ..:)

      Padam
  10. cantik..jeles tgk.. kreatif sungguh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ eMMe, apalagi jom kita deco meja jap lagi hehe..:)

      Padam