sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 22 September 2014

Kuih Ketayap @ Kuih Dadar

 

Resepi Kuih Ketayap:


Kuih Ketayap @ Kuih Dadar

Hari ini ana kongsi kan satu lagi resepi kuih tradisional yang sering ana hidangkan untuk minum petang bersama keluarga.Ringkas dan sangat mudah untuk menyediakannya.Agaknya lah , inilah idea datangnya resepi durian crepe kan, dari menu kuih tradisi kuih ketayap ni atau ada yang memanggilnya kuih dadar gulung.Ana guna pewarna kuning sebab kebetulan pewarna hijau dah habis jadi kita gunalah apa yang ada di rumah.Ada kelainannya sedikit kan..

Bahan untuk inti:

Kelapa parut
Gula merah atau gula melaka
Sedikit gula putih
Dua helai daun pandan - untuk aroma sahaja (disimpul)
1 cawan air

Caranya: didihkan air seketika bersama gula merah atau gula melaka dan gula putih.Masukkan kelapa parut dan simpulan daun pandan dan masak hingga hampir kering di atas api perlahan.

Bahan untuk kulit dadar:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
secubit garam
pewarna hijau atau ana gunakan pewarna kuning

Caranya: Blend kesemua bahan diatas hingga agak pekat.Griskan kuali dengan minyak, ana gunakan non-stick pan supaya tidak melekat.Ambil sesenduk bahan dadar dan tebarkan.Bila sudah kering bahan dadar angkat dan sejukkan seketika sebelum menggulungnya.

~berkongsi resepi disini~

20 ulasan:

  1. mase sekolah menengah dulu first kuih anis buat mase kemahiran hidup, kuih nie dengan onde2..hihi.. senang... smpai skrg ingt resepi.. tp kan, mesti tebal sikit..xnipis..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa ye ke Anizz, masa kak ana dulu yang kak ana ingat kuih onde2 tu, tak kisah le nipis ke tebal ke, janji boleh telan kan..hehe.. :)

      Padam
  2. sedapnya..saya lama x makan dan buat sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom kita buat sama2 nak Bbwana adienia.. hehe

      Padam
  3. Owhh Nad suka sangat yang ni...kalau inti kelapa dia banyak lagi suka...
    Pandai Ana buat kuih...Nad tak berapa nak ada bakat bab ini...tapi bab makan memang terror..heheh

    Jemput join....
    Giveaway "Saya Nak Sihat" Sept 2014
    Hadiah-hadiah produk kesihatan bernilai hampir RM1000 untuk dimenangi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Nad, nanti kak ana singgah ye,Insyaa Allah.. :)

      Padam
  4. my fav !! hehe
    memangg suka sangat dengan kuih ni , kalau buat ke mesti makan banyak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke Eiyna..makan sampai kenyang lah ye.. hehe

      Padam
  5. waa..time2 ni nampak resepi kuih ni terus menjadi lapooo..haha...sedapnyeeee... dah ada resepi ni boleh cuba ni.. tq dear...

    salam perkenalan dari mommylina ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba kay CHL: senang je..campak2 blend terus dadarkan..jangan lupa buat intinya sudah le..hehe

      Padam
  6. Balasan
    1. Daffa suka tak hehe..sikit lagi Daffa boleh makan dah, laa ni belum boleh sebab Daffa tak ada gigi hehehe.. :)

      Padam
  7. Alamak Kak Ana..sedapnya tengok..nak kena minta mak CP buat la macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak CP buat mesti lagi sedap ni, air tangan seorang ibu lah katakan, lagipun banyak pengalaman...

      Padam
  8. Ini kuih kegemaran cik abang dan arwah mak...Kak ada baca satu resepi dia tabur tepung sikit dalam inti tu..belum pernah cuba sebab selalu buat tak pernah taruh pun. Mungkin untuk memekatkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye ke kak mala, mungkin juga lah, mak ana kata kalau inti nak sedap guna kelapa muda, tapi kat bandar ni mana nak cari kelapa muda kan kak, petua orang lama ni memang sesuai sebenarnya... :)

      Padam
  9. kuih peberet ni....nyum..nyum....

    BalasPadam
  10. Akak suka kuih ni, tapi jarang sekali membuatnya..selalu beli je, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Zila, nak buatnya kena duduk tepi kuali mendadar, kalau rajin baru ana buat hehe

      Padam