Throwback: Siri-siri tv suatu masa dahulu:

Ana membesar sekitar tahun 1990an dan pada ketika itu memang tiada stesen-stesen tv seperti sekarang.Masih ana ingat lagi, mula-mula abah membawa pulang set tv warna bukan main seronok lagi rasanya.Yang ada pada awal tahun 1980an hanyalah TV1 & TV2 (RTM) kemudian barulah muncul TV3.Kebanyakan tayangannya pula adalah siri-siri Inggeris dan hanya ada dua tiga siaran tv terbitan tempatan.Oleh itu memang kami pada masa itu yang hanya ada tv dan radio sebagai media hiburan akan melekat depan tv menonton pelbagai siri rancangan yang di tayangkan.Hari ini, ana nak mengimbau kembali sepuluh rancangan siri tv yang pernah ana ikuti suatu masa dahulu.....

1.Dallas :

Drama siri Dallas
Siri Dallas bermula sekitar 80an namun oleh kerana ia memakan beratus episod dan beberapa 'season' ana sempat jugalah mengikutinya kerana terikut dengan ibu saudara yang gemar akan siri ini.Berkisah tentang keluarga Ewing yang tinggal di bandar Dallas.Keluarga kaya mempunyai syarikat minyak dan selalu berhadapan dengan konflik keluarga.Pada masa itu, watak yang paling ana minati ialah Bobby Ewing (Patrick Duffy) dan isterinya yang cantik Pamela Ewing (Victoria Principal).

2.Dynasty:

 

Drama siri Dynasty
Kemudian muncul pula sebuah lagi drama siri keluarga yang lebih kaya-raya Dynasty sekitar penghujung 1980an hingga awal 1990an.Drama siri ini membariskan pelakon-pelakon yang cantik dan kacak seperti Linda Evan, Joan Collins,Catherine Oxenberg, Emma Sams, Jack Coleman, Micheal Nader dan ramai lagi.Berkisar tentang keluarga Carrington dengan konflik keluarga, bekas isteri, anak-anak dan perebutan harta.Sangat mewah dan elegen sekali.

3.Macgyver :

 

Drama siri Macgyver
Lakonan Richard Dean Anderson yang berkerja di Phoenix Foundation seorang yang sangat pintar menyelesaikan sebarang masalah dengan kepakarannya dalam pelbagai teknik.

4.LA Law :

 

Drama siri LA Law

Sebuah siri drama tentang kisah para peguam di sebuah syarikat guaman.Banyak kes-kes yang diselesaikan dengan pelbagai konflik dalaman.Masa mengikuti siri ini, bukan main berkobar-kobar bercita-cita hendak menjadi peguam, kononnya.

5.Knight Rider :

 

Drama siri Knight Rider
Kisah sebuah kereta pintar yang boleh bercakap dan mematuhi arahan tuannya Micheal Knight lakonan David Hasselhoff.Memang seronok melihat adengan-adengan kejar mengejar dan pelbagai kepintaran kereta ini dalam memberkas penjahat.

6. Beauty and the Beast :

 

Drama siri Beauty and the Beast

Adaptasi dari kisah dongeng popular, Beauty and the Beast berkisar tentang cinta Catherine lakonan Linda Hamilton dengan seorang makhluk buruk bernama Vincent (Ron Perlman) yang sering kali muncul di lorong gelap untuk menyelamatkan kekasihnya semasa menjalankan tugas .Sangat romatis dan menyayat hati siri drama ini.

7.Remington Steele :

 

Drama siri Remington Steele
Drama siri penyiasatan dengan genre romantik komedi lakonan pelakon kacak Pierce Brosnan dan pasangan heroinnya yang cantik Stephanie Zimbalist.

8.Full House :

 

Drama siri Full House
Drama komedi ini sangat menarik untuk tontonan kami sekeluarga.Watak-watak lucu kisah 3 orang jejaka yang menjaga tiga anak gadisnya yang meningkat remaja dan paling disukai ialah watak Michelle Tanner, lakonan kanak-kanak kembar sebagai satu watak iaitu Mary Kate dan Ashley Olsen.

9. Friends

 

Drama siri Friends
Paling tidak pernah ketinggalan ana mengikuti siri komedi Friends yang sangat kelakar.Meminati watak Rachel Green (Jennifer Aniston),Monica (Courteney Cox),Phoebe (Lisa Kudrow),Joey (Matt LeBlanc),Chandler (Matthew Perry) dan Ross (David Schwimmer).Kisah enam orang sahabat dengan pelbagai kisah lucu.

10.ER

Drama siri ER
ER bermaksud Emergency Room, kisah siri drama perubatan di County General Hospital.Banyak adengan-adengan kecemasan dan perubatan dan konflik antara watak-watak dalam siri ini.Paling meminati watak Dr Doug Ross lakonan George Clooney.

32 Comments

  1. Masa saya kecik dulu, paling minat McGyver dengan Knight Rider. Tipikal budak lelaki zaman 90'an. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm memang kalau budak lelaki inilah antara yg feveret kan SY

      Delete
  2. acik dulu minat sangat mcgyver dan knight rider tu..mesti tunggu..
    ada lagi..tak tau la selepas ke sebelum..bionic women pun acik suka..yang lelaki pulak tu..lupa tajuk..yang kira lebeh kurang bionic women tu..acik suka cerita jenih macam tu la..macam tak logikkan..tapi acik suka hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha achik minat siri action lah kiranya, macam2 dulu kan siri2 macam ni, Superman pun ada gak.. :)

      Delete
  3. 1, 3-6 je yang nurul ada tengok... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul, beauty and the beast tu best sgt kan, romantik suka tgk Linda Hamilton.. :)

      Delete
  4. time saya kecik-kecik dulu memang minat McGyver dan Knight Rider. Dah remaja sikit layan Full House n Home Improvement pulak.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat juga Sal tgk Macgyver ni yer..awal 90an rasa kak ana, Full house memang best..kelakar je John Stamos tu.. hehe

      Delete
    2. Haha. .sy nk masuk umur 30 dah kak.gaya je kurang matang mngkn sbb belum kahwin. Hehehe

      Delete
    3. muda lagi tu Sal, hidup kena ceria selalu kan... :)

      Delete
  5. Ya Allah akak....
    Snagat nostalgia menusuk kalbu.
    Semua ceritai atas memang fav Fuza ms zaman muda remaja dulu
    (Macam dah tua sangat erk)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi cek!!menusuk kalbu tuu..kira Fuza sama taste dengan kak ana lah ye,hehe (muda sgt lagi.. )

      Delete
  6. Oh..nostalgia betullll...Ana, mana mai idea nak post benda2 ni...hahaa..tu felem kak masa zaman remaja..Paling2 suka Remington Steel. Berkenan kat hero dia Pierce Brosnan..masa tu kurus lagi...and Dallas mestilah suka kat Pam & Bobby....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak Mala, tak tau mana mai idea sambil Google2 juga nak ingatkan kembali..Remington Steel mmg best kelakar juga kan, Dallas ni saja2 je ikut makcik masa tu follow tak berapa nak faham sgt lah kisah dia, muda sgt masa tu,sekadar tgk hero2 hensem jelah..hehe

      Delete
  7. alamak... mama tak pernah tengok citer2 ni kak... biar betik mama ni ... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama terlupa kut..hehe tak pun masa2 tu mama kurang mengadap tv.. :)

      Delete
  8. Replies
    1. memang ramai yang minat siri Mc Gyver ni kan Ed.. :)

      Delete
  9. beauty and the beast tu best..hihi.. suke suke.. :) yang lain2 tak kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun suka sangat siri Beauty and the Beast tu, romantik kan Anizz.. :)

      Delete
  10. CP suka MacGyver, Knight Rider, Full House dan Friends. Dallas tu arwah bapak CP tak bagi tengok jadi tengok cerita Melayu PJ je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan ada versi Melayu, PJ kalau tak salah kak ana pelakon dia Osman Zailani,Yusof Haslam,Aziz Singah dan watak gadis tu Melissa Saila masa di kecil2..betul tu CP.. :)

      Delete
  11. Replies
    1. Yup, sebab masa2 tu kurangnya terbitan drama2 tempatan BA :)

      Delete
  12. Tak lupa jugak citer airwolf....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Linda, siri Airwolf yang ada Mr T pakai barang kemas tu kan, kalau tak silap lah hehe

      Delete
  13. suki minat sgt friends...smpi skrg ulang kt youtube

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat kan Suki, memang tak pernah miss kak ana kalau siri Friends ni... :)

      Delete
  14. dalam list ni cita Friends ja saya pernah tengok masa dulu-dulu. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm Cik Fafa muda lagi ni..siri2 tu kebanyakannya awal 90an.. :)

      Delete
  15. Wow. Legend. Siri pilihan akak, Mac Gyver, Freinds dan Full house. Tapi ada lagi, Airwolf dan Beverly hills 90210. Fresh Prince of Bel Air pun best gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, legend gitu ye zila, Airwolf kisah helikopter tu kan, Mr T yang pakaibarang kemas, Beverly hills pun ana layan gak, hero hensem tu. Bel Air komedi kadang2 layan gak, maknanya kita ni lebih kurang je usianya Zila, berdasarkan siri2 dia atas hehe..:)

      Delete