sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 30 September 2014

Petua Kurangkan Pahit Peria


Petua hilangkan pahit peria

Buah Peria
Buah peria memang sangat pahit rasanya, malah ketika dahulu memang ana tak suka langsung nak makan masakan peria ni.Namun semakin meningkat usia ni, ana banyak terbaca tentang khasiat sayur yang pahit-pahit, makin gemar pula masak buah peria.Selalunya ana masak tumis dengan rempah kari dan udang kering kemudian pecahkan sebiji telur.Ini resepi dari mak ana.

Hari ini ana kongsikan petua yang ana pelajari dari mak, bagaimana hendak mengurangkan rasa pahit buah peria.Walaubagaimanapun petua ini sekadar mengurangkan rasa pahit, tidak menghilangkan rasa pahitnya, kerana kalau tidak pahit bukanlah peria namanya kan...

Oklah, selepas kita potong nipis-nipis buah peria ni, perapkan dengan garam selama lebih kurang satu jam.Maknanya kita perlu menyediakannya awal sebelum kita memasaknya.Gunakan garam yang banyak supaya ia menyerap pada potongan buah peria.Apabila hendak memasaknya, bilas bersih buah peria yang diperap dan bolehlah memasak mengikut resepi masing-masing.Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan tahap kepahitan buah peria tersebut.


~Selamat mencuba, berkongsi petua di sini ~

24 ulasan:

  1. Memang selalu pratikkan cara ini di rumah apabila memasak peria. Sayur lain juga saya rendam bersama air garam untuk memastikan ianya bebas dari racun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eyma Balkish, petua lama kan ni...betul tu kena basuh bersih2 sayur-sayuran sebelum memasak..:)

      Padam
  2. nice sharing., bolehla anis makan lepas nie.. hikhik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anizz, ia hanya kurangkan pahit tau, tapi tetap pahit hehe

      Padam
  3. selalu jugak buat..tapi orang kata dekat pahit peria tu yang ada khasiatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai Sal, memanglah kan kat pahit tu lah khasiatnya.. :)

      Padam
  4. Memang itulah yang selalu kak buat dan dapat petua ni pun surelah dari arwah mak juga...samalah. Orang dulu2 kan banyak petuanya. Kak selalu goreng dengan telur @ udang kemudian taruh serbuk kunyit dan pati santan sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Kak Mala, petua orang dulu-dulu ni memang berkesan,Insyaa Allah nanti ana cuba buh santan pula,ikut resepi Kak Mala,Terima kasih berkongsi.. :)

      Padam
  5. betol betol... itu la yg d praktikan ktorg kalau masak peria, perap sat dgn garam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. OO lia pun buat camtu ye...kuranglah sikit pahitnya kan..hehe

      Padam
  6. Assalamualaikum kak ana, lama sheila tak mai singgah sini. hehehe jarang dapat BW sekarang even dah tak kerja. hehehhee thanks bagi tips berguna ni. sheila suka peria sejak berpantang ritu. hehehe boleh try ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Sheila, dah tak kerja rupanya..tak pe demi Adam kan..haha sejak pantang makan peria ye, pasni boleh try petua lama ni kay..:)

      Padam
  7. Nurul suka makan peria... baru je ingat2 petang ni nak masak peria... Tq K Ana tuk petua ni... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa ye ke, bagusnya Nurul suka makan peria, Ok cubalah ye..

      Padam
  8. Sayur yang paling saya tak minat. Peria. Walaupun baik untuk kesihatan, tapi tetap tak berminat sebab rasanya yang pahit tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah, kak ana yang senior ni pun tak suka tapi fikirkan khasiat kenalah telan gak SY..hehe

      Padam
  9. Saya makan peria hat goring garing tu..Sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap gak Fuza, makan panas-panas kalau sejuk ia lemau dah :)

      Padam
  10. tapi ky suka rasa pahit tu..jadi ubatkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu KY pahit tu lah khasiatnya tapi kena kuatkan semangat nak makan yang pahit2 ni hehe

      Padam
  11. Bagusnya tips ana ni...julia mmg sampai sekarnag tak suka mkn buah peria tapi mmg tahu byk khasiat didalamnya...boleh cuba nanti yeyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah tapi tak hilangkan pahitnya ye Julia,sekadar mengurangkannya sahaja..pahit tetap pahit dear..hehe

      Padam